Bunga Api


Wednesday, November 30, 2011

PRU-13: Umno akan berjihad pertahan Putrajaya!!!


Muhyiddin: PRU-13 ‘ibu segala pilihan raya’, mahu ahli Umno jihad

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurunya merupakan “ibu segala pilihan raya.

Susulan tsunami politik tiga tahun lalu, Timbalan Presiden Umno ini menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.

“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan Raya Umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?” kata beliau berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno malam ini. Ucapannya disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan.

Dalam ucapan bertemakan “Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad”, Muhyiddin yang timbalan perdana menteri bertanya perwakilan ketiga-tiga sayap, “sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita?”

“Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak,” kata beliau.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini yang Umno merupakan parti terasnya berkata, perjuangan Umno sekarang jihad untuk agama, bangsa dan negara.

“Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah,” katanya merujuk kepada perwakilan ketiga-tiga sayap itu.

Persidangan tahun ini merupakan ketiga dirasmikan oleh Muhyiddin selaku timbalan presiden Umno.

Muhyiddin menambah, calon adalah senjata parti untuk menang dan oleh itu mahu setiap ahli memberi sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

Katanya, “yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat.”

“Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka,” kata beliau lagi.

Sambil menekankan bahawa Umno tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan, kata Muhyiddin, partinya bukanlah malaikat.

“Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan,” katanya lagi.
- MI

Muhyiddin: PRU-13 tentukan jatuh bangun Melayu

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan anggota parti itu bahawa pilihan raya umum ke -13 adalah "ibu segala pilihan raya" yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu.

Bahkan beliau yang juga timbalan perdana menteri turut membangkitkan kebimbangan sama ada kuasa politik akan kekal pada parti itu atau terlepas ke tangan pihak lain.

"Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini.

"Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?

"Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa ketiga-tiga sayap parti bersatu dan bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

'Jangan main belakang'

"Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak.

"Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara malam ini.
Peringatan itu dilontarkan susulan wujudnya persepsi kuasa Melayu semakin goyah susulan kemerosotan sokongan Umno dalam pilihan raya umum lalu dan ekoran dakwaan "fitnah jahat" yang dilemparkan pada Umno.

Sementara itu, untuk mencapai kejayaan, Muhyiddin mengingatkan supaya tidak berlaku sabotaj dalam parti ekoran pemilihan calon pilihan raya.

"Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan 'mandikan' calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan.

"Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati," katanya.
- M'kini

Bekalan untuk berjihad:

Nota kaki:
Umno akan berjihad bersama-sama ahli MCA, MIC dan Gerakan untuk mempertahankan RASUAH, KEZALIMAN DAN SALAHGUNA KUASA. Bukankah MCA, MIC dan Gerakan kini 'melayu umno'?

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...