Bunga Api


Sunday, November 20, 2011

Calon PRU-13 PAS Terengganu; orang kita tak pertikai, orang ramai boleh terima


KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan mengambil sikap tegas dalam menentukan calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Pesuruhjayanya Haji Mohd Abul Wahid Endut berkatapihaknya tidak akan meraikan mana-mana calon yang 'tidak boleh menang' walaupun di kalangan pimpinan negeri sekali pun.

"kes calon ni, saya cakap terus terang, bagi saya, kali dalam suasana kita nak menang kita kena bubuh (letak) calon baru boleh menang, saya dah beritahu awal-awal, saya kata kali ni, bukan saya tak nak rai,

"dan saya beritahu kemungkinan besar, pimpinan negeri dia pegang jawatan dalam parti, tak semestinya dia jadi calon,"tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penerangan Konsep Negara Berkebajikan yang dianjurkan PAS Kawasan Setiu, di sini, 17 November.

Menurutnya, PAS akan mencari calon yang sesuai, yang mana, ia tidak dipertikaikan oleh orang-orang PAS sendiri dan dapat diterima oleh orang ramai.

Katanya, beliau akan menolak sebarang usaha oleh mana-mana pohak yang meminta untuk memegang amanah khususnya menjadi calon menjelang pilihanraya.

"Pengalaman (lalu) pasal kita (semua) orang parti, jawatan jangan sesekali kita minta, kita jangan minta, siapa yang minta tu, (terlebih) dulu saya tak bagi, pasal dia (jawatan adalah) bab amanah, bab tangungjawab ni,

"kita akan nilai siapa yang akan pikul amanah ni, yang minta (jawatan) tu dia bukan jenis yang (ber) tangunjawab. kita cakap terus terang gitu je,"jelasnya.

Beliau berkata, pihaknya menekankan perkara tersebut kerana PAS Terengganu kini mahu dilihat dan memiliki imej baru dan melaksanakan pendekatan yang baru.

Menurutnya, khalayak ramai sedang memerhatikan tindakan-tindakan yang diambil PAS dalam menghadapi PRU ke-13.

"orang tengok yang kita ada imej baru dalam parti kita, orang tengok kita ada pendekatan yang baru dalam parti dekat pilihanraya ni. sekarang ni memeang dia akan tengok tindakan kita yang seterusnya apa yang kita nak tawar dalam parti, siapa calon (yang akan bertanding),"ujarnya lagi.

Katanya, beliau akan meneruskan pendekatan tersebut, walaupun menurutnya, mungkin ada dikalangan anggota PAS yang tidak bersetuju.

"walau pun apa juga keputusan yang kita buat, tidak 100% orang sokong dengan kita, kita payah (untuk mendapat sokongan semua) sekurang-kuranya kita ingin mengurangkanya, kita banyak pengalaman dalam bab calon ni,"katanya.

Beliau berkata, Badan Perhubungan PAS Terengganu telah meminta pelbagai sektor dalam PAS menghantar nama-nama cadangan calon-calon tersebut, termasuk dari pihak DUN, Muslimat, Pemuda, Keselamatan serta jabatan dan Lujnah untuk diperimbangkan. -BO

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...