Orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, dkwa Ketua Penerangan Umno hari ini.
Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.
“Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.
“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan,” kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.
Bercakap pada forum “Agenda Melayu pasca pilihan raya”, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini mendakwa DAP tidak menghormati institusi diraja dan juga bahasa kebangsaan.
“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad.
“Saya risau mengapa PAS boleh berkawan dengan DAP (tapi) menentang kerjasama dengan Umno. Bukankah lebih baik jika PAS menyertai BN, dengan itu kita akan ada 160 kerusi persekutuan,” katanya lagi.
PAS dengan gandingan DAP dan PKR memperoleh 82 kerusi Parlimen tiga tahun lalu.
Umno berulang kali sejak 2008 menggesa PAS meninggalkan PR dan membentuk kerjasama politik dengan Umno. PAS menegaskan ia akan kekal bersama PR.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata bahawa Umno sentiasa menghulurkan tangan kepada PAS tetapi parti Islam itu sentiasa menolak pelawaan.
Dengan menekankan bahawa ancaman Melayu akan hilang kuasa memang benar akan berlaku, Ahamd mendakwa komuniti Cina secara perlahan-lahan menguasai arena politik dan ekonomi.
Ini kerana kaum Cina sedang mendahului proses pendaftaran pemilih.
“Orang muda Cina lebih 21 tahun sudah pun mendaftar sebagai pengundi. Bagaimana dengan orang Melayu? Sesetengah mereka berusia 31 tahun dan belum mendaftar lagi.
“Kita tidak lagi pegang kuasa. Lihat di Selangor, siapa Exco Kerajaan Negeri? Ronnie Liu, Xavier, Elizabeth, Teresa Kok, ini adalah agenda DAP, Kristianisasi,” katanya lagi.
Ahmad berkata orang Melayu memerlukan pelan 10 langkah jika mereka perlu kekal dominan.
Umno memulakan perhimpunan agung tahunan hari ini, yang dilihat sebagai terakhir sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Barisan Nasional (BN), yang parti terasnya Umno, kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008.
JuRaGan : Inilah sebuah Parti politik yang ketinggalan zaman,bercakap bab perkauman untuk mendapat sokongan,siapa sebenarnya yang melingkupkan orang melayu dan ketuhanan melayu dan siapa pula yang meminggirkan Islam..Pemimpin Umno DiIngatkan jangan sangka orang Melayu "Bodoh" mcm lembu Shahrizat..cukuplah penyokong Umno sahaja yang kamu boleh pelembukan!!
Ingat!! Inilah modal basi pimpinan Umno apabila Parti mereka semakin mereput dan tersepit..maka mereka akan memainkan isu Perkauman..Agama dan Raja-raja Melayu..
0 comments:
Post a Comment