Penggulingan Thaksin mencetuskan pergolakan bertahun-tahun dan siri protes jalanan oleh puak-puak politik yang bersengketa. Parti Pheu Thai yang dipimpin oleh adik perempuannya, Yingluck mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya semalam, memaksa Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva daripada Parti Demokrat mengaku kalah. "Saya sudah berbincang dengan para pemimpin tentera, kami akan membenarkan ahli-ahli politik mencari penyelesaian dan tentera tidak akan campur tangan. "Rakyat sudah bersuara dengan jelas, kerana itu tentera tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menerima keputusan itu," kata Prawit. Pemerhati politik sebelum ini telah memberi amaran, kemenangan tipis dalam pilihan raya semalam boleh mencetuskan lagi protes jalanan atau campur tangan tentera. Namun kemenangan besar pembangkang itu menyukarkan jeneral-jeneral tentera untuk mewajarkan rampasan kuasa sekali lagi. "Biarlah ahli politik yang dipilih menjalankan tugas mereka, kami tidak boleh mengusir mereka kerana mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan," ujar Prawit. Satu isu penting yang dibangkitkan tentera ialah sama ada kerajaan baru Yingluck akan mengambil tindakan undang-undang atau langkah lain terhadap para jeneral kerana menggunakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan pembangkang pada tahun lepas, sehingga menyebabkan lebih 90 orang terbunuh, kebanyakannya penduduk awam. - AFP
BANGKOK 4 Julai - Tentera Thailand menerima kemenangan besar yang dicapai oleh sekutu-sekutu bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang digulingkan oleh tentera dalam rampasan kuasa pada 2006, kata Menteri Pertahanan, Jeneral Prawit Wongsuwon hari ini.
Kerajaan Pahang Memperuntukkan Sebanyak RM10 Juta Bagi Persediaan Untuk
Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026
-
*KUANTAN: *Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi
persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026, termasuk
penghantaran awal ban...
14 hours ago


0 comments:
Post a Comment