
Mereka kononnya mengaku NGO Temerloh membantah perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Remaja terbabit dipercayai datang dari Kampung Belengu, Jalan Bahagia, Bukit Kelulut dan Paya Keladan memegang sepanduk sambil dan memekik perkataan “Selamatkan Malaysia” dan berada kira-kira dua minit di depan pejabat PAS lapor blog selamatkan pahang. Mereka kemudiannya bertempiaran lari dan menonggang motosikal masing-masing apabila diusir oleh anggota mata-mata termasuk polis wanita. Anggota Unit Amal, YB Syed Hamid, Ahmad Nizam Hamid (PKR) serta ahli PAS kelihatan turut berkumpul di depan pejabat PAS ketika itu. Sementara itu, di Kuantan pula seramai lebih 20 orang pemuda yang diysaki ahli Pekida dipercayai telah mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh di Jalan Beserah dekat sini.
Kain rentang "low class" yang diguna oleh perserta demo itu tengahari tadi
[Mereka berkumpul sambil membawa kain rentang dan poster yang membantah himpunan Bersih 2.0. Antara tulisan yang jelas dapat dilihat pada kain rentang itu ialah "Kenapa Buat Di Jalanan, Buatlah Di Stadium" dan "Wahai Pemimpin PAS, Jangan Terpedaya Dengan Datuk Ambiga, Nanti Nyesal Tak Sudah". Ketika kejadian hanya dua pekerja pejabat Fuziah yang berada disitu. "Kah Gee dah pesan jangan cakap apa-apa. Kalau dia nak bagi apa ambil aje... kunci pintu grill dan ambil (memorandum) dari dalam aje..Pada mulanya kami dapat info kata demo lynas.. sebab Jumaat lepas Karam Singh Walia buat rakaman disini", kata seorang pegawai pejabat Fuziah. Melihat kepada kain rentang yang dipaparkan jelas menujukan bantahan kepada pemimpin PAS, tetapi anehnya mereka ini berdemo pula di pejabat Naib Presiden PKR. Ternyata puak-puak ini tidak punyai kepakaran dan pengalaman berdemo].
Pahang-Online
Pahang-Online
0 comments:
Post a Comment