Bunga Api


Thursday, December 31, 2009

AS SYAHID IMAM HASSAN AL BANNA


Tuesday, December 29, 2009

Ceramah Politik 30/12/2009


PESANAN PERJUANGAN

PESANAN/NASIHAT DARIPADA UST KAMARUZZAMAN BIN ABDULLAH
(KETUA PEMUDA HULU TERENGGANU)

1. Semua pejuang Islam perlu mengingati pesan As-syahid Hassan Al-Banna bahawa Al-wajibu Aktharu minal al-awqat (Kewajiban kita adalah lebih banyak daripada masa yang kita ada). Justeru janganlah terlalu sibuk dengan hal-hal yang remeh-temeh dan mencari perkara-perkara yang boleh menyusahkan jamaah.

2. Umat Islam berada di dalam keadaan yang sangat lemah. Ini kerana kita telah dijuzuk-juzuk atau dipecahkan oleh musuh Islam. Lebih malang lagi, orang Islam sendiri turut terlibat dengan perpecahan itu. Carilah persamaan dan murnikan perbezaan.

3. Kebangkitan ISLAM akan berlaku setiap 100 tahun. Pasti apabila sampai waktunya akan ada orang atau jamaah yang akan membangkitkan kegemilangan ISLAM.

4. Pejuang Islam atau pendokong jemaah akan berdepan dengan 4 golongan:

i. Al-Mukmin - golongan yang percaya kepada perjuangan ISLAM
ii. Al-Mutashakik - golongan yang menyimpan syak kepada perjuangan ISLAM
iii. An-Nafa'iyun - golongan yang ada kepentingan tertentu di dalam perjuangan ISLAM
iv. Al-Mutahamil - golongan yang benci kepada perjuangan ISLAM.

5. Meneguhkan ukhuwah sesama ahli seperjuangan. Guna tiga kaedah seperti yang dicadangakan iaitu ziarah, beri hadiah/penghargaan dan akhirnya berdoa kepada Allah agar sahabat itu kembali dan terus kekal di dalam perjuangan.

6. Kita yang menerima tarbiyah jangan terleka dengan jawatan, keselesaan, keluarga dan kebendaan yang dimiliki sekarang. Turunlah ke medan perjuangan yang menjamin kesejahteraan AKHIIRAT.

Wassalam..

Friday, December 11, 2009

Pakatan Rakyat perlu manfaatkan konvensyen pertama


Parti-parti Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen pertama pada 19 Disember nanti di Shah Alam, Selangor. Dengan slogan "Memimpin perubahan, menjana kemenangan," perhimpunan ini membawa makna yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.

PR kini menjadi harapan kepada rakyat Malaysia untuk melihat perubahan daripada penguasaan Umno dan Barisan Nasional yang menguasai segenap ruang kehidupan rakyat, dan amat diharapkan PR melaksanakan apa yang dijanjikan sejak pilihan raya umum lalu.


Berdasarkan realiti politik Malaysia, gabungan parti ialah satu jalan untuk menewaskan BN dalam pilihan raya, yang sudah lama terlibat dalam mengatur medan pilihan raya melalui pelbagai cara.
Segala persempadanan semula, pembahagian kerusi sesama parti komponen dilakukan dengan mudah oleh BN yang selama ini tidak dicabar oleh mana-mana gabungan parti.

Sekarang ini, dengan wujudnya PR di persada politik negara, BN berdepan dengan cabaran yang besar kerana pembangkang sudah dapat bertanding sebagai satu pakatan.

Pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Lim Guan Eng dilihat mampu untuk membawa parti masing-masing ke arah kerjasama yang lebih berkesan seperti yang ditunjukkan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Sekarang ini, PR perlu memikirkan dengan serius kerjasama yang lebih rapat dalam menghadapi BN yang telah mula menunjukkan tanda-tanda keretakan dalaman. Diharapkan menjelang pilihan raya umum akan datang, kerjasama PR sudah menjadi lebih rapat daripada hari ini dan mampu untuk benar-benar menjadi pilihan rakyat untuk menggantikan BN.

Benar apa yang diucapkan pemimpin-pemimpin PR, BN hanya boleh dijatuhkan oleh gabungan lain yang menyerupai BN itu sendiri. BN kuat selama ini kerana pembangkang tidak bersatu dalam pilihan raya dan kerjasama politik yang boleh menjadi pilihan lain kepada rakyat.

PR mungkin tidak perlu manifesto bersama, tetapi perlu bersetuju dalam beberapa bidang seperti ekonomi dan urus tadbir untuk memandu pemerintahan PR pada masa akan datang.

Setakat ini, dari sudut satu lawan satu dalam pilihan raya, PR sudah berjaya melaksanakan strateginya. Sekarang, PR perlu memikirkan kerjasama lain termasuk program-program apabila dapat memerintah negeri atau negara.

Apa yang berlaku di negeri-negeri dimenangi PR seperti Perak (yang sudah dirampas balik) dan Selangor boleh dijadikan kajian untuk membentuk kerjasama ini. Dua negeri ini mempunyai komposisi rakyat yang berbilang kaum dan mempunyai bandar besar dan kampung, dan ini boleh memberikan banyak program untuk difikirkan.

PR perlu memuhasabah diri melihat rekod kepimpinan mereka untuk diperbaiki. Kalau boleh, biarlah ada satu standard yang diterima oleh semua parti komponen PR untuk dilaksanakan dalam pemerintahan. Biarlah negeri-negeri diterajui PR menunjukkan contoh terbaik dalam pengurusan negeri.

Konvensyen yang bakal diadakan di Shah Alam nanti perlu menjadi medan untuk membina kerjasama yang lebih rapat, walaupun setiap parti mempunyai perbezaan dasar dengan parti-parti lain. Apa yang boleh dipersetujui perlu dipersetujui dan dilaksanakan dalam usaha mengukuhkan pakatan dalam menghadapi BN.

PR perlu ingat satu pesanan dari ahli akademik, peluang diberikan rakyat hanya sekali. Masalah dihadapi sepanjang setahun dua lalu perlu ditangani dengan baik, untuk menhadapi pilihan raya umum akan datang dengan lebih yakin.

- Harakahdaily

Pemimpin Politik dan NGO Jangan Cetuskan Sentimen Agama


Secara umumnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru agar semua pemimpin politik dan NGO di negara ini agar tidak mencetuskan sentimen yang boleh ditafsirkan sebagai menyentuh sensitiviti mana-mana agama yang tinggal dalam negara kita ini. Kita juga menyeru agar semua pihak menghormati hak dan kebebasan setiap agama yang dijamin dalam Perlembagaan Negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

PAS menghormati hak umat Islam dan penganut agama lain sesuai dalam Artikel 11, tentang Kebebasan Beragama dalam Pelembagaan Persekutuan. Dan jelas di sana setiap penganut agama, berhak mengurus tadbirkan agama masing-masing tanpa menganggu kepentingan penganut agama lain.


PAS menasihatkan agar semua pemimpin politik dan NGO dapat bertenang dan tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk menidakkan hak setiap penganut agama di negara ini. Sama ada mereka Islam atau tidak, jika kita ada rasa hormat sebarang masalah boleh diselesaikan.

PAS melihat isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Taiping berkaitan dengan pengagihan dana untuk pembinaan masjid sebenarnya adalah satu dari bukti nyata bahawa kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional selama ini gagal dalam memberikan penjelasan terhadap kaedah yang dilaksanakan dalam isu pemberian dana dan bantuan kepada rakyat pelbagai agama dan kaum dalam negara ini. PAS bertegas bahawa Islam mampu memberikan keadilan pada semua dan menolak sebarang tindakan menzalimi penganut agama lain.

Oleh itu, PAS berharap agar isu mengenai peruntukan terhadap Institusi Islam tidak menjadi bahan pertikaian dan polemik. PAS juga tidak menolak tuntutan penganut agama lain bagi mendapatkan hak mereka secara adil dan kita yakin perkara ini boleh dibincangkan secara bijak dengan mengambil contoh terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS di Kelantan selama hampir 20 tahun ini.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

TIADA TEMPAT BAGI KETUANAN MELAYU (Cantik punya statement)


Apa akan terjadi agaknya bila kata-kata itu, TIADA TEMPAT BAGI KETUANAN MELAYU! diucapkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari DAP. Adakah gambar-gambar mereka akan dibakar lagi?

Bila Penasihat GERAKAN sendiri yang bercakap begitu.. mana menghilang ahli-ahli Badan Bertindak Perpaduan Ummah (BBPU) yang bersemangat membela nasib melayu hari itu?


Penasihat parti Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berkata, tiada mana-mana kaum mempunyai hak untuk menjadi tuan kepada kaum lain di negara ini.

Oleh itu, kata bekas presiden parti tersebut, tiada ruang bagi ketuanan Melayu, Cina atau India di Malaysia.

Sehubungan itu, katanya, jika ada sesiapa yang mendukung ketuanan Melayu, maka orang itu adalah seorang ektremis rasis.

Akhbar berbahasa Cina memetik Lim berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam ulangtahun ke-41 parti itu di Ipoh malam tadi.

Sehubungan itu, Lim menggesa semua ahli parti itu supaya bercakap terhadap mereka yang mendukung isu ketuanan Melayu, walaupun ia boleh mengakibatkan mereka diheret ke penjara.

Bekas menteri kabinet itu berkata, ketuanan Melayu harus dibantah walaupun ianya didokong oleh Umno.

"Mengapa diam diri? Adakah kamu takut masuk penjara," katanya dalam laporan tersebut.

"Jangan bimbang, jika kamu masuk penjara, saya lawat kamu setiap hari dan membawa bersama sup 'shark fin'," katanya lagi.

Tuesday, December 8, 2009

WARKAH PENGORBANAN

Ust Osman Abdul Hamid..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat serta salam ke atas Rasul Junjungan, keluarga, sahabat baginda serta pejuang Islam di mana jua anda berada. Sesunggunya hidup dan mati kerana Allah memerlukan pengorbanan agar kemanisan, kenikmatan Islam dan Iman dapat dikecapi hingga keakhir hayat.


Wahai Sahabat Pejuang Islam

Aku dan namaku mungkin asing dan aku tidak tahu bagaimana kesibukan yang dilalui oleh semua pejuang, namun aku yang kerdil, jahil serta serba kekurangan hadir bersama bagi membela maruah Islam.Telingaku sentiasa mendengar luahan rasa para pejuangan, ada kecewa, ada bermegah dengan kerja yang tidak seberapa, ada yang seronak dan tertipu dengan diri sendiri, yang alpa, lalai dan berbagai kerenah yang menjadi mehnah dalam perjuangan ini. Namun pengorbanan semua amat kuhargai.

Aku juga tidak dapat menyelami kehendak dan cita rasa sahabat. Kelemahan, kejahilan dan kekurangan mungkin itulah alasan bagi diriku yang tidak seberapa ini. Begitulah terjadi bagi diriku kekadang rindu bersama, telinga mendengar dulu sebelum mata dapat melihat. Namun aku yakin bila awan mendung berarak lalu, mata hati melihat cerah, dapat melihat pengorbanan para sahabat seperjuangan. "Ya Allah kau tajamkanlah mata hatiku, jangan timbul di hatiku keraguan, prasangka yang bukan-bukan kepada sahabat seperjuangan agar hikmah di sebalik apa yang ditakdirkan menjadi pedoman dan motivasi perjuangan".

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ,itulah amanah yang kita bawa, hanya mereka yang melalui perjuangan akan merasai manisnya pengorbanan. Aku yakin Allah mahu mendidik kita. Melihat dengan mata hati, pandangan mata membuat kita terkadang tertipu, kecewa dan amarah yang sentiasa meronta. Biarlah sahabat dan pejuang melihat dengan mata hati. Semangat cintakan Islam biar bersemarak tumbuh, subur dijiwa, membesar dan menghijau. Walaupun dulu pernah tandus dan kering kontang. bak pepohon menghijau di padang pasir yang dapat memberi hasil dan amat berguna kepada kita semua. Biar kita bergerak mengikut detik-detik masa seperti bergeraknya suria di waktu pagi. Kalau semua berpeluk tubuh melihat dan memerhati ia akan terus bergerak, tapi bagi sahabat dan pejuang yang mata hatinya melihat dia tidak akan menjadi penonton yang melihat suria pagi beralu saja.

Aku merasakan peluang dan kelebihan para sahabat seperjuangan sangat hebat. Di sebalik wajah selembut sutera dan sedingin salju tak terbayang walau dinuqil di atas batu, dilukis di atas kanvas jiwaku sentiasa membisik hebatnya pengorbanan walaupun di sana terpalit derita ,di himpit keresahan, menanggung kesedihan dalam alam pejuangan yang penuh dengan pengorbanan ini.

Namun aku percaya semua ini adalah warkah cinta kepada Allah dari kekasihnya yang sentiasa merindui. Bermunajatlah dengan doa penuh harapan, memohon agar sahabat dapat merentasi halangan dan ujian perjuangan.

Aku rasakan rindunya mentari di waktu pagi yang membawa bersama cahaya dan obor Islam. Sinarnya dapat menyelamatkan ummah, namun sejauh mana kesabaran? Sehebat mana kesungguhan lidah yang petah bercakap? Adakah diguna di jalan yang betul? Sungguh malang perjuangan Islam ini, jika pejuang masih perlu dipujuk bak memujuk anak kecil yang menangis. Amat jahil kalau namanya pejuang tetapi hanya menjadi makhluk perosak kepada Islam. Jangan jadikan diri seperti yang pernah dingatkan Rasulullah, "Amat celaka kepada golangan yang menjadi punca kejahatan".

Aku harapkan kepada semua sahabat seperjuangan, marilah kita menghayati manisnya pengorbanan. Indahnya kemanisan ini jika kita dapat sama-sama dirasai. Halusilah gerak nafas perjuangan, jangan dicari kemurkaan Allah, sekiranya masa berlalu tanpa pengorbanan yang manis jangan ditangisi, masa yang mendatang memberi peluang, berilah isyarat pada bulan mengambang di waktu malam. Walau di jendela bulan senyum riang, kita terus berjuang, kita pemimpin, kita pejuang terus membimbing ummah. Selagi ada bulan, selagi ada matahari tugas kita tidak akan selesai. Berbahagialah mereka yang merasai manisnya pengorbanan kerana mereka sentiasa dirindui kekasih Allah

dari kekasih untuk kekasih………..

Saturday, December 5, 2009

Gegar akan jadi wadah perjuang royalti



KOTA BAHRU, 5 Dis: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) menggesa kerajaan supaya mengembalikan wang royalti kepada kerajaan Kelantan secara adil mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Kerajaan Pusat juga, sewajarnya menjelaskan hasil royalti kepada kerajaan Kelantan  sebagaimana perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.

Pengerusi bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof, dalam sidang medianya memberitahu, bagi menjayakan hasrat yang dicapai itu juga, pihaknya akan mengembeling tenaga bersama semua masyarakat tanpa mengira faham politik, bangsa dan agama dengan memberi kesedaran pelbagai cara.


“Pada masa yang sama juga, Gegar akan menganjurkan Konvensyen Rakyat: Royalti Petroleum Antara Hak atau Ehsan? Di Kuala Lumpur Januari tahun hadapan,”ujarnya.

Menurutnya, bekas Menteri Kewangan yang juga Anggota Parlimen Gua Musang akan dijemput bagi menjayakan program yang julungkali akan dianjurkan Gegar itu.

Pada masa yang sama, menurutnya pihaknya akan mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan, bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat di atas.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua masyarakat di negara ini mengikuti program terbuka yang dianjurkan Gegar itu.

Gegar adalah gerakan yang  menggabungkan 50 pertubuhan badan-badan Ngo di dua buah negeri.

Ianya ditubuhkan bukan sahaja untuk menuntut hak royalti rakyat Kelantan, sebaliknya Terengganu yang telah lama memperolehi hasil tersebut namun kedudukan negeri itu masih ditempat kedua kemiskinan di negara ini.

Thursday, December 3, 2009

Antara Nik Aziz, Najib dan Chin Peng



"
NAJIB Razak sudah membuat ketegasan dia tidak akan menemui bekas Setiausaha PKM, Chin Peng seperti mana yang diharapkan oleh Chin Peng. Chin Peng sangat bercadang untuk berjumpa Najib sewaktu Najib melawat Selatan Thai. Penegasan Najib itu bermakna tertutuplah harapan Chin Peng untuk kembali ke tanah air dan berkubur di hujung kuburan nenek moyangnya di negara ini.


Chin Peng sangat berharap untuk pulang ke Malaysia yang juga tanah airnya sendiri.

Hasrat itu telah lama terpendam dalam diri dan diceritakan kepada umum. Ada pula pihak yang bersimpati dengannya tolong membantu 'kempen' untuk kepulangannya. Kononnya atas dasar kemanusiaan dan memandangkan usia Chin Peng sudah tua, 86 tahun wajarlah kalau beliau dibenarkan pulang.


Sepanjang menjadi PM inilah keputusan pertama Najib yang saya lihat keras dan tegas. Keputusan ini agak berlainan dengan gaya dan pembawaan Najib yang lembut dan kelihatan banyak berdiplomasi. Sebelum ini Najib begitu terbuka dan liberal terutamanya berhubung dengan polisi pentadbirannya. Dia juga kelihatan terikut-ikut permainan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Beberapa idea yang dicetuskan Anwar untuk menarik sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat diikuti oleh Najib satu persatu. Misalnya mengenai penilaian semula ke atas DEB, Anwar suruh mansuh tetapi Najib memberi beberapa kelonggaran kepada kaum lain yang sebelum ini dilihat ketat. Tawaran jawatan kepada tokoh politik di Sabah dan Sarawak dibuat Anwar, juga turut diikuti dan dilaksanakan oleh Najib.
Tetapi dalam soal Chin Peng nampaknya Najib tidak terikut dengan rentak dan tarian Anwar. Najib nampaknya substantif dalam soal ini.
Apakah tindakan Najib itu betul? Mungkin Najib sudah mendapat maklumat dan juga pandangan balas dari semua pihak di sebalik ura-ura Chin Peng nak pulang itu. Mungkin beliau telah mengkaji kesan dan akibat daripada keputusan yang dibuat itu. Tentunya dalam hal ini Najib mengira ia tidak menjejaskan wibawannya sebagai perdana menteri dan tindakan itu tidak merugikan UBN.

Saya secara peribadi tidak merasa dukacita kalau Najib tidak mahu memenuhi hasrat Chin Peng dan membenarkan bekas Setiausaha Agung PKM itu kembali ke negara ini. Apa yang ditanggung Chin Peng kini adalah hasil apa yang beliau lakukan sejak lebih 40 tahun lalu. Walaupun ada sejarah baru 'pro kontra' berhubung jenayah dilakukan Chin Peng, namun sebahagiannya telah diterima sebagai bahan dan catatan sejarah yang diakui umum.

Sudah tentu UBN yang memerintah negara ini ia berpegang kepada sejarah yang menguntungkannya. Kalau sejarah perjuangan Chin Peng hendak dibetulkan semula tunggulah bila kerajaan baru yang menyetujui dan bersimpati dengan Chin Peng. Buat masa ini saya tidak fikir sejarah itu kandatipun betul ia akan diterima sebagai sejarah benar dan tepat.

Bagaimana pun dalam melihat ketegasan Najib ini saya tidak harap ia akan bersikap begitu ke atas Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hendaknya Najib tidak akan mengambil sikap tegas begitu dalam melayan Nik Aziz berhubung tuntutan royalti petroleum oleh Kelantan.

Umum tahu semalam kerajaan negeri menerusi seorang Exco telah menulis surat untuk berjumpa dengan Najib bagi membincangkan isu royalti petroleum untuk Kelantan. Surat itu dihantar selepas Najib menyatakan isu royalti itu boleh dirundingkan. Kenyataan Najib itu telah diambil kesempatan cepat oleh seorang Exco berkenaan untuk berjumpa dan berbincang dengan Najib. Saya melihat tawaran untuk berunding itu sebagai cabaran kepada Najib.

Kenapa saya berkata begitu? Kerana sebelum ini beberapa pihak di Kelantan tidak mahu berunding dan berkeras tidak mahu pemberian wang royalti itu sebagai wang ehsan dan mahu menuntutnya menerusi mahkamah, termasuk mahkamah antarabangsa. Menurut pihak tertentu Kerajaan negeri sudah pun membentuk panel peguamnya untuk memulakan tindakan.

Tetapi bila Najib menyatakan ia boleh dirundingkan, alih-alih kerajaan Kelantan mengubah sikap, dari keras dan tegas menjadi lembut. Baguslah kalau begitu. Saya sendiri sudah lama percaya kepada perundingan. Kalaulah isu hasil petroleum ini dirunding sejak awal-awal dulu mungkin perkara ini sudah hampir selesai.

Jadi cadangan Kelantan untuk berunding dengan Najib itu harus didoa oleh semua penduduk Kelantan. Biarlah ia berjaya dan membawa hasil untuk kebaikan rakyat Kelantan. Cuma apa yang saya bimbang apakah Najib sedia menerimanya setelah pihak tertentu dan Nik Aziz sendiri mengecam hebat Najib sebelum ini?

Demi untuk rakyat dan keadilan, harapnya Najib tidak terkilan dengan apa yang berlaku. Sebagai perdana menteri Najib harus berfikir lebih tenang dan tersusun berbanding dengan orang lain. Segala kecaman dan cacaian ke atasnya itu boleh dilupakan. Kalau Najib boleh melakukannya beliau akan lebih dihormati oleh rakyat Kelantan.

Andainya Najib juga mengambil keputusan seperti mana dilakukan ke atas Chin Peng alangkah sedih dan tersinggungnya saya sebagai rakyat Kelantan yang tidak ada apa-apa kepentingan untuk melihat Kelantan menerima hasil yang dikeluarkan oleh muka buminya itu. Pun begitu kita tidak boleh salahkan Najib sebab beliau juga manusia yang ada perasaan untuk membalas dendam.

Apapun saya tidak mahu mendoakan Najib dan kerajaannya jahanam, tetapi mahu mendoakan agar Najib sedia menerima surat hasrat kerajaan Kelantan itu kemudian berunding dengan Nik Aziz. Kalau ini Najib dapat lakukan saya percaya martabat dan kedudukan Najib makin dihormati di mata umum.  Apa pun, Nik Aziz sememangnya negarawan unggul.."

dari Tranungkite 

Manipulasi media punca ramai keliru isu doa – Nik Aziz


KOTA BHARU, 3 Dis: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan manipulasi yang dimainkan media punca ramai keliru isu doa yang disebutnya sebelum ini.

“Saya sendiri tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, dalam doa tu saya sebut dua perkara, meminta Allah perbetulkan pemikiran Perdana Menteri serta menteri-menterinya supaya membayar royalti kepada Kelantan.


“Dan sekiranya Perdana Menteri masih enggan menyerah royalti kepada kerajaan negeri barulah saya mendoakan sesuatu yang tidak baik, itu kaedah biasa,” katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Semalam segelintir penyokong Umno yang berselindung di sebalik Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di depan Kota Darulnaim bagi mendesak Menteri Besar supaya meletak jawatan.

Sebelum itu, akhbar melaporkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz mendoakan supaya dimusnahkan masa depan politik pemimpin Umno sekiranya enggan membayar royalti petroleum kepada Kelantan.

Oleh itu Menteri Besar hari ini melahirkan rasa dukacita kerana doa yang disebut sebelum ini tidak ditulis secara betul sehingga menyebabkan ramai tidak faham.

“Sekiranya ingin mengulas tentang doa, ia harus diambil isi doa tersebut secara keseluruhan iaitu meminta kepada Allah supaya memperbetulkan jalan berfikir Perdana Menteri agar menerima Islam yang syamil (menyeluruh),” katanya.

Malah kata beliau mana mungkin seseorang yang dikhianati mengambil sikap berdiam diri tanpa dilakukan sebarang tindakan.

Beliau menjelaskan Islam tidak pernah melarang umatnya mendoakan sesuatu yang buruk terhadap musuh atau atau kepada mereka yang berniat jahat.

“Jika kita rajin membaca sejarah doa-doa yang dilakukan para Nabi, kita tentu akan berjumpa dengan kandungan doa Nabi Musa dan Nabi Muhammad saw yang pernah mendoakan bala kepada musuh Islam.

“Saya juga merasa hairan kenapa sesuatu yang tidak baik sahaja digambarkan, yang elok tidak diperbesarkan,” ujarnya.

Katanya juga memandangkan Perdana Menteri agak terasa apabila berdoa menyebut namanya maka tidak perlu disebut sewaktu berdoa beramai-ramai kecuali secara individu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menempelak demontran yang mendesaknya melepaskan jawatan.

Kata beliau Umno Pasir Mas menggunakan topeng Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan untuk berselindung di sebalik perhimpunan tersebut.

“Ini lagi peliklah, kenapa dah malu ke nak menggunakan nama Umno sehingga terpaksa berselindung di sebalik nama lain pula.

“Malah CD yang disebutkan ada bersama memorandum tersebut untuk dijadikan bahan tidak pula disertakan.

“Biar pun tidak membaca kesemua kandungan bantahan itu, saya sudah dapat menyukat betapa tidak terurusnya sebuah rancangan yang kononnya mahu menggugat sebuah kerajaan,” katanya.

Menurut beliau juga isu membabitkan menantunya, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman  di Perbandanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan haji sudah selesai.

Katanya juga mustahil baginya meletak jawatan semata-mata mengikut kerenah beberapa orang ‘budak nakal’ yang berhimpun semalam.

Petugas PAS diingat berusaha keras tarik golongan muda


TEMERLOH, 3 Dis: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan petugas parti supaya berusaha keras menarik lebih ramai masyarakat khususnya anak muda menyokong dan menjadi ahli PAS.

Tumpuan juga harus diberikan kepada pendaftaran ahli dan penyokong ke dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan mereka layak mengundi dalam pilihanraya umum akan datang.


Beliau ketika berucap pada ceramah anjuran PAS Kawasan Temerloh baru-baru ini memberitahu, gerakan berterusan ke arah itu perlu diperkasakan sebagai persiapan awal berdepan pelbagai kemungkinan sebelum berlakunya pilihan raya.

“Kita ada pengalaman  bagaimana petugas dan penyokong parti yang kuat bekerja dalam program parti terutama di musim pilihanraya tetapi gagal menunaikan tanggung-jawab mengundi semata-mata kerana namanya tiada dalam senarai daftar pemilih. Ini merugikan,” katanya.

Menyentuh mengenai peranan rakyat sebagai hakim yang adil dalam menghadapi proses pilihanraya bagi menentukan pemimpin yang dipilih benar-benar jujur melaksanakan tanggung-jawab kepimpinan, Abdul Hadi mahukan rakyat di negara ini mencontohi negara yang maju dalam amalan demokrasi berpilihanraya bagi menjaga kepentingan rakyat dan negara.

“Rakyat di negara ini mestilah mencontohi negara yang maju dalam system demokrasi berpilihanraya. Di negara lain rakyat menggunakan kuasa mereka sebagai hakim bagi menjatuhkan parti yang melakukan kesilapan dalam pemerintahan.

“Kita tengok di Amerika dan di India juga di negara lain pemimpin bertukar ganti  kerana rakyat bertindak secara bijak dan adil. Di negara kita dah 50 tahun lebih tak tukar-tukar, walau pun pemerintah  rasuah, pemerintah menyeleweng. Ini tak betul, rakyat kena berlaku adil,” katanya.

Terdahulu beliau menyempurnakan pelancaran lot tanah wakaf  bagi pembangunan Markaz PAS Chempaka, di Lanchang.

"Lanun" era 1Malaysia

Oleh tok pepijat

Seorang AJK UMNO Bahagian Muar dituntut nafkah mutaah oleh bekas isterinya sejumlah RM5 juta.


Bekas isterinya juga menuntut harta sepencarian mereka iaitu Kondominum di Genting Highlands, rumah di Bukit Jelutong, apartment di Hawaii dan apartment di Los Angeles, AS. Juga yang dituntut sebuah kereta Mercedes Benz, Porsche dan Ferrari.


Wow! Kayanya dia! Jawatannya hanyalah AJK UMNO. Belum lagi pegang Ketua Bahagian, Wakil Rakyat, MB dan Menteri Kabinet. Taraf AJK UMNO Bahagian tinggi sedikit dari JKKK. Lagi hartanya kondominium yang terletak di Genting Highlands bukan rumah PPRT ! Belum habis lagi.....apartment di Hawaii bukan rumah flet di Sri Perak KK. Lagi satu aparment di Los Angeles LA bukan pondok buruk di Baling!
Kereta pula bukan jenis Kancil, Iswara, Perdana, Ixora bukan...bukan! Tapi Mercedes Benz, Porsche dan Ferrari.


Jadi tidak menghairankan jika Mat Taib pikul duit berguni-guni kat Australia. Jugak tidak hairan jika Khir Toyo punya banglo harganya sekitar RM20 juta. Itu yang terbongkar....yang belum "terlondeh" belum tahu lagi.
Itulah kekayaan "lanun-lanun" UMNO Malaysia.
Kita yakin dan percaya kalau taraf "ikan bilis" UMNO(AJK) pun punya kekayaan berjuta-juta, apatah lagi Menteri-Menterinya.
Cuba jawab persoalan ini :
a) Menteri UMNO manakah punya kereta paling banyak dan paling mahal?
b) Menteri UMNO manakah yang ada tanah dan rumah di luar negeri dan berapa buahkah dan berapakah keluasan tanah mereka?
c) Negara manakah paling ramai Menteri UMNO punya aset?

http://tokpepijat.blogspot.com/

Faham Sebelum Berjuang


Dalam Rukun Bai’at yang sepuluh imam Syahid Hasan Al-Banna meletakkan rukun Al-Fahmu pada urutan pertama dan menjadi tunjang utama kepada amal harus dilakukan oleh seorang ikhwah, jika al-fahmu dapat dikuasai maka niscaya seorang ikhwah tidak akan sulit memahami Islam secara kaffah seperti yang difahami oleh gerakan Ikhwanul Muslimin, dan memahami apa yang seharusnya dilakakan oleh seorang ikhwah dalam berbagai langkah dan kehidupannya bersama gerakan Ikhwanul Muslimin.

Banyak pihak yang mempertanyakan mengapa Imam Syahid Hasan Al Banna mendahulukan pemahaman dalam Arkanul Bai’ah ini. Ustadz Dr. Yusuf Al Qaradhawi menjelaskan bahwa urutan yang dibuat oleh Imam Syahid Hasan Al Banna sudah tepat. Karena beliau tahu betul skala keutamaan, mendahulukan apa yang harus didahulukan.



Skala aulawiyat dalam memperjuangkan Islam haruslah diperhatikan. Hal ini jelas, yang hampir tidak seorangpun diantara para pemikir dikalangan umat Islam yang memperselisihkannya. Dengan menentukan skala prioriti dalam melakukan kegiatan dakwah, tarbiyah, gerakan dan penataan ini yang keseluruhannya adalah merupakan unsur utama bagi setiap usaha menjulang Islam. Atau penghidupan kembali manhaj Islam dalam diri manusia, akan terwujudlah kebangkitan dan kebangunan di seluruh wilayah Islam sebagaimana yang kita saksikan saat ini.

Beliau lalu menjelaskan fungsi pemahaman selaras dengan keperluan sebenar, pemikiran harus mendahului gerakan, gambaran yang benar merupakan pendahuluan dari perbuatan yang lurus. Karena ilmu merupakan bukti keimanan dan jalan menuju kebenaran. Para ahli sufi juga membuat alur: ilmu akan membentuk sikap, sikap akan mendorong perbuatan. Sebagaimana pernyataan psikologi yang menyatakan ada alur antara pengetahuan, emosi dan perbuatan.

Prinsip Al Fahmu dengan 20 prinsipnya merupakan deklarasi bahwa Islam adalah solusi dan penyelesaian. Karena Islam adalah solusi maka kaedah-keidah yang ada dalam Al Fahmu ini akan menjadi kaedah dasar dalam melakukan segala aktiviti. Seperti halnya yang telah diterangkan pada prinsip pertama dalam rukun Al-Fahmu ini tentang Syumuliatul Islam:

“Islam adalah system yang syamil (menyeluruh) mencakup seluruh aspek kehidupan. Ia adalah Negara dan tanah air, pemerintahan dan umat, moral dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu pengetahuan dan hukum, materi dan kekayaan alam, penghasilan dan kekayaan, jihad dan dakwah, serta pasukan dan pemikiran. Sebagaimana ia juga aqidah yang murni dan ibadah yang benar, tidak kurang tidak lebih”

Prinsip pertama ini mengajarkan kepada kita bahwa aktiviti kita sehari-hari bukan hanya aktiviti semua yang tidak berlandaskan pada Islam, setiap muslim harus menyedari, mengetahui, meyakini dan mengamalkan Islam sesuai dengan kebesaran Islam itu sendiri. Sehingga semua permasalahan kehidupan baik yang yang peribadi dan yang lebih besar dari pada itu disandarkan pada tata aturan Islam.

Tidak ada pemisahan antara agama dan negara, seperti ungkapan ,” berikanlah hak negara kepada raja, dan berikanlah, hak agama kepada Tuhan.” Tidak akan pernah ada sekularisme dan liberalism dalam pemikiran dan aktivitas lainnya di muka bumi ini. Dan hal ini sepadan dengan firman Allah yang memerintahkan umat Islam untuk masuk ke dalam agama Islam secara kaffah.

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”. (Al-Baqarah:208)

Pembahasan mengenai Rukun Al Fahmu dan 20 Prinsip ini sudah banyak sekali bertebaran di buku-buku yang ditulis oleh para pewaris Dakwah Imam Syahid Hasan Al Banna. Inti dari landasan Syar’i aktiviti berlandaskan Rukun Al Fahmu dapat kita ketahui di akhir rukun Al Fahmu ini Imam Syahid Hasan Al Banna menutupnya dengan kata-kata:

“Apabila saudaraku Muslim mengetahui agamanya dalam kerangka prinsip-prinsip tersebut, maka ia telah mengetahui makna dari Syi’arnya : Al Qur’an adalah undang-undang kami dan Rasul adalah Teladan kami. Artinya kerangka aktiviti hidup kita di dunia harus selalu berada dalam pedoman Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah Saw.

Kepentingan ‘al Fahmu’

Al-Fahmu dalam diri setiap ikhwah adalah suatu keniscayaan, sebab ia dapat membantu keselamatan amal, baiknya penerapan dan memelihara pelakunya dari ketergelinciran.

Umar bin Abdul Azia berkata: “Barangsiapa yang beramal tanpa di dasari ilmu, maka unsur merusaknya lebih banyak daripada maslahatnya”. [Sirah wa manaqibu Umar bin Abdul Aziz, Ibnu Al-Jauzi; 250]

Orang yang ikhlas beramal tetapi tidak memiliki pemahaman yang benar dan tidak mampu menempatkan sesuatu pada tempatnya mungkin dapat tersesat jauh. Rasulullah saw bersabda:

فقيه واحد أشد على الشيطان من ألف عابد

“Satu orang faqih itu lebih berat bagi syetan daripada seribu ahli Ibadah” [At-Tirmidzi: 5/46. Nombor:2641]

Umar bin Al-Khattab juga berkata: “Kematian seribu ahli ibadah yang selalu shalat malam dan berpuasa di waktu siang itu lebih ringan daripada kematian orang cerdas yang mengetahui hal-hal yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah”. [Jami' bayanil ilmi wal fadhlihi; Ibnu Abdul Barr: 1/26]

Rasulullah saw bersabda: “Semoga Allah memberi kecerahan pada wajah seseorang yang mendengar hadits dariku, lantas ia menghafalkannya hingga dapat menyampaikan kepada orang lain. sebab, terkadang seseorang membawa suatu pemahaman (ilmu) kepada orang yang lebih paham. Dan, terkadang orang yagn membawa sebuah ilmu bukan ulama.” [Abu Daud: 3/321. No. 3660 dan At-Tirmidzi: 5/33. No. 2656]

Allah SWT melebihkan satu nabi yang lain karena kedalaman pemahaman yang dianugrahkan kepadanya. Allah SWT berfirman: “Maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat), dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu”. (Al-Anbiya:79)

Ibnu Abbas dimuliakan meski masih muda usianya, melebihi kebanykan tokoh-tokoh senior lainnya, karena pemahaman yang baik yang dikaruniakan Allah kepadanya. Sehingga, ia berhak menjadi anggota Majelis Syura Amirul Mukminin Umar bin Khattab saat itu.

Oleh karena itu, wahai saudaraku, berusahalah memiliki pemahaman yang benar dan cermat. pemahaman yang mencapai dasar urusan dan menempatkan sesuatu pada tempatnya, tanpa berlebih-lebihan dan tanpa meremehkan. Juga pemahaman yang jernih, murni, integral dan peripurna. Sebab, barangsiapa yang dikaruniai oleh Allah pemahaman yang benar, maka ia telah mendapatkan karunia yang banyak, keutamaan yang besar terhindar dari ketergelinciran dan terjaga dari penyimpangan.

Ibnu Al-Qayyim berkata: “Benarnya pemahaman dan baiknya tujuan merupakan nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada hamba-hamba-Nya. Bahkan, hamba tidak dikarunia nikmat yang lebih utama setelah nikmat Islam melebihi kedua nikmat tersebut. Dua nikmat itu merupakan dua kaki dan tulang punggung Islam. Dengan keduanya, hamba terhindar dari jalan-jalan orang-orang yang dimurkai (yaitu orang-orang yang buruk tujuannya), dan dari orang-orang yang sesat (yaitu orang-orang yang buruk pemahamannya), serta akan menjadi orang-orang yang diberi nikmat (yaitu orang-orang yang baik pemahaman dan tujuannya). Merekalah orang-orang yang terbimbing di jalan yang lurus, di mana kita semua diperintahkan memohon kepada Allah dalam setiap shalat agar dibimbing ke jalan mereka.

Benar pemahaman merupakan cahaya yang disemayamkan oleh Allah dalam hati hamba-Nya. Dengannya , ia dapat membedakan antara yang baik dan yang buruk; yang hak dan yang batil; petunjuk dan kesesatan penyimpangan dan kelurusan..” [A'alamul Muwaqqi'in; Ibnu Al-Qayyim: 1/187]


Majlis Meraikan Pemuda Di JKR 10





Tengahari semalam bertempat di Kediaman Menteri Besar Kelantan (JKR 10) berlangsung Majlis Meraikan Pemuda PAS yang terlibat secara langsung dalam mempertahankan Menteri Besar Kelantan dari provokasi pihak UMNO diluar SUK hari sebelumnya.

Kalau kita baca laporan dari Media Perdana berkenaan demonstrasi diluar SUK, banyak yang melaporkan bahawa kehadiran mencecah "ribuan", padahal ramai yang tidak tahu bahawa demonstrator yang hadir sebenarnya tanpa mereka sedar telah "terkepung" oleh Pemuda-Pemuda PAS yang siap sedia menghadapi sebarang provokasi jahat pihak UMNO dan dalang-dalang mereka.


Cerita banyak pun tak guna... apapun, Tahniah pada para Pemuda PAS yang hadir memberi sokongan kepada TGNA dan Kerajaan PAS Kelantan dan tak lupa juga pada 'pihak ke-3" yang juga hadir memberi sokongan.



TGNA mengadap hidangan bersama tetamu-tetamu yang hadir.



Barisan Pemuda yang diraikan dalam Majlis Khas.


TGNA menyampaikan ucapan dan tazkirah pada barisan Pemuda yang hadir.



Dato' Paduka Husam Musa, Dr Fadli dan EXCO Pemuda PAS Kelantan antara yang hadir.

Abdul Ariffahmi dan Timbalan Menteri Besar Kelantan turut hadir meraikan barisan Pemuda. 


Ubat Pahit 2 - Perjuangan yang meretak !


Oleh : gopeng-hagen


Perpecahan dalam sejarah perjuangan Islam bukan perkara baru, meneroka dan menerjah kembali sejarah akan menemukan kita dengan kisah-kisah perit pertembungan sesama mereka yang mengaku memperjuangkan agama.

Para sahabat selepas kewafatan Rasulullah juga tidak terlepas dari perbezaan dan pembentukan puak-puak berdasarkan aliran pemikiran. Lihat sahaja pertentangan idea di antara Abu Bakar dan Umar, antara Ali dan Muayiwah, Othman dan sebilangan besar sahabat-sahabat. Namun apa yang kita yakini perbezaan pandangan dan idea mereka adalah berasaskan ilmu, walaupun tidak dinafikan sebagai manusia biasa sudah pastinya ada kelemahan yang membawa kepada penentangan dari pihak-pihak lain.


Sejarah juga menukilkan betapa khilafah Islam menemui ajal akibat perpecahan dan permusuhan sesama mereka. Kehancuran khilafah Muawiyah, Abbasiah, Fatimiyah, dan juga Uthmaniah banyak disebabkan oleh perpecahan dalaman dan faktor kekuatan musuh amat sedikit menjadi akibat keruntuhan empayar Islam.

Di dalam gerakan Islam pasca khilafah, perpecahan dan perbedaan pendekatan juga menular di dalam jemaah, Ikhwanul Muslimin, Jamiat Islami, parti refah dahulunya Milli Salamet, Nahdatul Ulama ataupun Muhammadiyah adalah gerakan-gerakan Islam yang terpaksa melalui proses pemurnian dan pembersihan dalaman.

Tidak sedikit pimpinan tertinggi mahupun ahli yang tidak melepasi tanzim ini, malahan ada yang membawa diri dan terus berdiri di pihak yang pernah mereka musuhi ketika di dalam jemaah dahulu.

Parti Islam Semalaysia (PAS), sebegai sebuah gerakan Islam tidak terlepas dari melalui proses saringan ini. Malahan sejarah menukilkan betapa pimpinan yang mengasaskan PAS sendiri hanyut di dalam proses ini. Presiden PAS, Timbalan Presiden, Ketua Dewan Ulama', Ketua Pemuda Pusat hanyalah sebahagian dari sejarah yang perit itu.

Tetapi denyut nadi perjuangan Islam di dalam PAS tidak mati dengan gugurnya nama-nama besar tersebut, malahan semakin laju dan berdegup kencang bagai genderangan mahu berperang.

Proses ini telah berjaya mematangkan PAS sehingga mampu bangkit dari kekecewaan demi kekecewaan dalam pilihanraya untuk menjadi parti yang mengetuai 3 buah negeri. Malahan PAS hampir mempunyai kekuatan yang sama dengan BN yang ditunjangi oleh komponen kerajaan.

Kemenangan yang diperolehi di dalam pilihanraya ke-12 rupa-rupanya adalah ujian dari Allah untuk sekali lagi memproses isi kandungan jemaah ini. Bahtera yang tenang belayar di lautan dalam, rupa-rupanya telah reput dimamah usia dibahagian terasnya. Anak-anak kapal yang dahulu sanggup bersusah payah bermandi keringat dan darah demi agama, terkesima melihat orang atasan kapal sibuk membina kapal baharu dari kekayaan yang mula bertimbun.

Tidak kurang juga khabar angin yang bertiup ada yang mahu meminta bantuan dari kapal lanun atas dasar persaudaraan laut dan dari daratan yang sama. Mujurlah nakhodanya terus teguh dan tegap di huluan kapal, memacu bahtera walaupun kelam di hadapan semakin hitam, ombak membadai menggulung ganas, angin dan air bercampur menjadi pembunuh yang kejam. Tuan Guru Nik Aziz terus kukuh mempertahankan kapal yang terbina atas dasar aqidah dan tidak sama sekali terpalit dengan agenda bangsa mahupun suku.

Andai sejarah boleh berbicara pastinya sudah lama ia berbisik pada telinga kita, betapa ia akan datang kembali. Jika dahulu bahana dan gelombang proses pembersihan ini menghanyutkan kepimpinan tertinggi PAS, tiada apa yang mustahil kali ini proses itu akan berulang.

Jika akidah islamiyah yang menjadi tiang seri perjuangan ini dikompromikan dengan anutan nasionalisme dan kebangsaan, maka tunggulah saatnya kehancuran datang menimpa. Sebelum kehancuran itu tiba, pembuat onar dan makar walau apa pun jawatan dan kedudukannya harus melalui proses pembersihan. Kalau mereka lulus, kita akan angkat mereka jauh lebih tinggi dari sebelumnya, tapi kalau mereka gagal, maka perjuangan ini tidak pernah mengenal erti belas pada munafik dalam perjuangan.

Sekiranya gelombang kali ini terus membadai dan menghempas bahtera sehingga retak dua, tiga, lima atau seribu, maka itulah lumrah yang harus diterima. Persoalannya ke mana hala tuju anak-anak kapal yang setia dengan bai'ah untuk terus bersama Islam. Mahu bersama dengan kapal lanun yang mewah dan gagah bersama-sama sebahagian bekas atasan , dan terus melaungkan perjuangan agama walaupun pada bahtera lanun yang noda, atau terus berpaut pada pecahan-pecahan kapal dengan doa agar daratan datang memanggil, agar bisa membina bahtera baru atas dasar yang dibai'ahkan bersama. (sumber)

Husam mahu jumpa PM isu royalti minyak



Kerajaan Kelantan semalam menghantar surat permohonan untuk mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai tuntutan royalti minyak.

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Datuk Husam Musa berkata, permohonan itu dibuat berikutan kenyataan Najib bahawa pihaknya bersedia berbincang dengan kerajaan Kelantan bagi menyelesaikan isu tersebut.

"Oleh kerana perdana menteri telah menyatakan persetujuan untuk berunding, saya selaku pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri yang dilantik oleh exco, telah menghantar surat kepada perdana menteri," katanya kepada pemberita di lobi
Parlimen semalam.

Baca lagi...

Najib ketika sidang medianya di Port Of Spain (Trinidad & Tobago) dilaporkan berkata, tuntutan tersebut boleh diselesaikan melalui perbincangan.

Katanya, segala isu boleh dibincang untuk mencari jalan penyelesaian dan bukannya digunakan untuk mencetus pergaduhan.

Sehubungan itu, Husam yang juga pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri berkata, telah meminta jasa baik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mengatur pertemuan antara kerajaan Kelantan dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk membincangkan isu royalti minyak.

Menyentuh tentang laporan media bahawa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa Jumaat lepas supaya Allah menurunkan bala ke atas perdana menteri kerana enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, beliau mendakwa hanya sebahagian daripada ucapan mursyidul am PAS itu dilaporkan.

Katanya, doa Nik Aziz sebenarnya bukan terus minta Allah jatuhkan hukuman ke atas perdana menteri sebaliknya supaya Najib berbesar hati untuk berunding dan mempertimbangkan bayaran royalti terhadap kerajaan negeri.

"Jika selepas satu masa beliau masih enggan (berbuat demikian) barulah Tok Guru (Nik Aziz) minta supaya Allah letakkan bala kepada perdana menteri.

"Tetapi media telah ambil sebahagian sahaja daripada ucapan tersebut dan telah memanipulasikan bahagian terakhir ucapan itu untuk menggambarkan menteri besar Kelantan hanya sukakan konfrontasi dengan perdana menteri," katanya.

Najib dilaporkan berkata beliau tidak akan meminta Nik Aziz memohon maaf sebaliknya menyarankan menteri besar sedar bahawa perbuatannya dilihat oleh ramai umat Islam sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keislaman.

Mengenai laporan sebuah harian baru-baru ini bahawa beliau akan meletakkan jawatan exco, Husam berkata laporan berkenaan menjejaskan reputasinya sebagai anggota exco negeri Kelantan.

"Berita ini telah menjejaskan saya dengan teruk sekali. Di Kelantan hampir saban hari perbincangan mengenai isu ini berlanjutan menerusi pelbagai cara, menyebabkan satu gangguan yang tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Husam berkata peguamnya telah menghantar notis kepada harian berkenaan semalam menuntut agar permohonan maaf secara terbuka segera dibuat. BERNAMA

CINA ISLAM

PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor


Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor menghampiri usia dua tahun. Tidak seperti rakannya di Perak yang tidak dapat bertahan angkara “politik pintu belakang” pihak musuh, kerajaan PR Selangor yang bertahan dengan 35 kerusi berbanding pembangkang 20 dan Bebas 1, dijangka mampu menghabiskan tempoh penggalnya.

Walaupun pihak musuh politik terus cuba mengadu-domba dan memporak-perandakan kerajaan yang setahun jagung usianya itu namun ternyata kematangan politik rakan-rakan dalam PR Selangor yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS terus berjaya melayari persada politik dan mengatasi segala gelombang dan gelora yang ada.


Pengalaman memerintah Selangor bukan hanya baru buat PAS tetapi juga PKR dan DAP. Selangor adalah sebuah negeri maju dengan lanskap politiknya yang tersendiri dan banyaka berbeza dari negeri-negeri lain. Oleh itu ujian dan cabaran pada kerajaan ini khasnya pimpinan ketiga-tiga parti peringkat negeri sudah pastilah besar dan kemampuan terus bertahan sehingga hari ini membuktikan yang mereka komited dan mahu bersama melihat negeri ini terus menerajui agenda perubahan demi kesejahteraan negeri dan rakyatnya.

PAS Selangor menyertai pilihanraya umum ke 12 lalu dengan jentera pilihanraya yang paling besar, terlatih, tersusun dan penuh disiplin. Ia bukan sekadar menyediakan sokongan padu buat calon-calon PAS yang bertanding di 20 daripada 56 kerusi DUN malah turut menyumbang dengan penuh kesungguhan mengisi kekurangan dan kekosongan jentera rakan-rakan lain yang bertanding termasuklah PKR di 21 kerusi dan DAP di 15 kerusi.

Kerana itu walaupun PAS dengan 8 kerusi merupakan rakan kongsi yang terkecil sahamnya berbanding PKR 14 (setelah 1 melompat jadi Bebas) dan DAP 13, namun sumbangannya ke arah kemenangan besar PR pada PRU lalu perlu diakui dan diiktiraf oleh semua pihak.

Dengan kemenangan ini PAS menerobosi pengalaman baru, hakikatnya ia menang dan pernah menang di negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, tetapi peluang memerintah sebuah negeri campuran seperti Selangor adalah yang pertama buatnya.

Dalam kerajaan PR Selangor PAS diberikan 3 dari 10 kerusi EXCO, memegang portofolio penting seperti Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam (Dato Dr Hasan Ali), Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan (Iskandar Abd Samad) dan Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan (Dr Halimah Ali).

Ternyata ketiga-tiga EXCO berkenaan berpengalaman dan memiliki kelayakan dan berwibawa selain 5 lagi ADUN PAS yang tidak kurang kebolehan dan kepakaran mereka masing-masing. PAS sudah pasti akan mahu mencurahkan khidmat yang terbaik buat kerajaan PR demi melihat ia kekal dan mampu menang lebih besar lagi pada PRU yang akan datang.

Selangor yang hampir setengah abad diperintah oleh parti Perikatan dan kemudiannya BN kini melihat tunggak kuasanya diterajui oleh PKR, DAP dan PAS. Parti yang berbeza fahaman dan ideologi ini kini diberi peluang dan mandat oleh rakyat Selangor untuk memimpin mereka.

Sudah pastilah semua pihak perlu bersedia untuk meneroka pengalaman baru selain PKR, DAP dan PAS, termasuklah kakitangan kerajaan, ahli-ahli perniagaan, hatta rakyat kebanyakkan semuanya akan berhadapan dengan pengalaman baru. Rakyat telah lali dengan BN sekian lama, lantaran muak dengan lenggok dan gaya kepimpinan BN kini mereka sanggup berhadapan dengan yang baru. Mereka bukan terpaksa tetapi mereka membuat perubahan itu dalam keadaan sedar dan faham.

Mungkin PKR adalah suatu parti baru, tetapi rakyat Selangor yang terdedah kepada maklumat dan pendidikan sudah kenal PKR. Apalagi PAS yang hampir seusia dengan Umno itu, dan DAP yang telah menjejak kaki ke DUN Selangor sejak 1969.

Rakyat Selangor kenal PAS sekian lama. PAS adalah parti Islam dan kekal begitu walaupun pemimpinnya datang dan pergi. Dasar dan matlamat perjuangannya adalah Islam namun hak masyarakat bukan Islam turut dititpkan sebagai sebahagian dari perjuangan dan dasar pembelaannya. Ia telah cemerlang di Kelantan dan Terengganu. Rakyat Selangor mula berjinak dengan PAS pada tahun 1999 apabila memenangkan 4 calon PAS ke DUN Selangor. Dan kini ia memenangkan pula 8 calon PAS sekaligus memberi mereka peluang untuk membentuk kerajaan bersama PKR dan DAP.

DAP dan PKR juga kenal PAS kerana itu PAS diterima sebagai rakan. PAS sudah pasti lebih baik dari Umno dan BN kerana itu mereka boleh diterima rakyat dalam PRU lalu bukan hanya di Selangor malah seluruh negara kecuali di Sabah, Sarawak dan Melaka. Persepakatan PR unik di Selangor dimana ketiga-tiganya perlu terus bergabung untuk mengekalkan hayat kerajaan ini, mana-mana satu kelompok yang meninggalkan kerajaan ini bermakna ia akan roboh. Atas kesedaran ini semua pihak insaf akan keperluan untuk kekal berkerjasama.

Menerima PAS sebagai rakan juga bermakna perlu menerima perjuangan PAS sebagaimana PAS menerima dan menghormati dasar dan perjuangan PKR dan DAP. PAS akan terus PAS dalam erti kata memperjuangan dasar dan matlamatnya dalam ruang lingkup realiti politik semasa. Dalam kes di Kelantan dan Terengganu satu ketika dahulu, sudah pastilah gelanggang di sana berbeza dibandingkan dengan Selangor, namun dalam apa sahaja ruang yang ada PAS perlu memain pernanan agar matlamat dan nilai perjuangannya tidak hapus atau pupus dan ia terus dihormati masyarakat.

PAS Selangor tahu bahawa Selangor bukan Kelantan atau Terengganu, namun perjuangan Islam tidak boleh dikatup atau dirihatkan semata-mata kerana Selangor bukan Kelantan atau Terengganu. Islam perlu hidup dan berperanan walaupun suasananya berbeza dan terbatas.

Di sinilah seruan Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dalam ucapan dasar Muktamar PAS tahun 2000 lalu perlu diberi perhatian:

Saya sedar akan tuntutan supaya PAS teguh dari segi prinsip tetapi kontemporari dari sudut perlaksanaan dan futuristic dari sudut tuntutan fiqhul syara’. Maka kita akan dapat membezakan antara perkara yang tetap (at-thawabit) daripada perkara yang boleh saja berubah-rubah (al-muthaghayirat).

Beliau menambah:

Senario politik Malaysia bersama dengan demografinya yang unik memerlukan PAS memunggah segala khazanah ilmu syarak (agama) untuk diberi jalan yang seluas-luasnya bagi menerokai satu model perlaksanaan Islam yang sentiasa berpegang kepada prinsip disamping cukup peka terhadap peredaran zaman.

Sebenarnya perkara yang sama turut diulangi dan diulas oleh Presiden PAS kini Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam Mukatamar PAS ke 55 lalu.

Dalam rangka dasar inilah PAS Selangor perlu dan akan berperanan. Mempertahan dan mengukuhkan akhlak, keperibadian serta aqidah umat Islam adalah tanggungjawab perjuangan PAS, selain membutikan keadilan Islam kepada masyarakat yang bukan Islam.

Forum dan perbincangan bagi mengujudkan persefahaman khasnya bersama-sama rakan-rakan dalam PR penting bagi menjamin kelangsungan perjuangan PAS di Selangor.

Memang kelihatan apa yang PAS mahu lakukan seolah boleh merugikan sokongan masyarakat bukan Islam buat PR tetapi dalam waktu yang sama apa sahaja yang PAS gagal laksanakan boleh juga merugikan sokongan masyarakat Islam buat PR. Kerana itu kematangan dan persefahaman serta kerjasama erat kepimpinan ketiga-tiga parti khasnya dalam mengharungi politik di Selangor penting.

Tohmahan dan cerita budak-budak nakal bahawa PAS Selangor mahu menyertai Umno sesungguhnya adalah sebahagian dari agenda yang mahu meruntuhkan PR jika dilihat secara serius. PAS Selangor tidak akan merongkai ikatan persahabatan bersama PR yang membentuk kerajaan di Selangor. Malah sejarah telah membuktikan apabila berkawan, PAS tidak pernah meninggalkan kawan-kawannya apalagi berpaling tadah.

Bagi PAS khasnya di Selangor, PR adalah jambatan yang paling baik untuk menzahirkan dasar dan matlamat perjuangan parti. PAS akan menggunakan segala kekuatan dan pengaruhnya untuk mempertahan dan memperteguhkan kerajaan ini. Rakan-rakan dalam PR Selangor berulang-kali telah diyakinkan akan perkara ini malah dalam Persidangan Meja Bulat antara PAS dan DAP Selangor baru-baru ini beberapa petua dan pantang larang parti telah dokongsi dengan DAP Selangor untuk meyakinkan mereka akan betapa istiqamahnya PAS dalam perjuangan.

Sesunggunya paduan tenaga antara PKR, DAP dan PAS Selangor mantap. PR Selangor mampu bertemu secara tetap setiap dua minggu sekali melalui Majlis Pakatan Rakyat Negeri dan sering pertemuan ini bermula dan berakhir dengan mesra dan semangat setiakawan.

Walaupun kadangkala kelihatan ada pergeseran dan pertelingkahan antara tokoh-tokoh tertentu dalam PR Selangor, namun ia semuanya dapat dilerai dan diselesaikan melalui
Musyawarah. Masing-masing diberi ruang dan peluang untuk bercakap khasnya apabila melibatkan prinsip dan dasar perjuangan.

Kekentalan dan keakraban hubungan inilah yang menghantui BN di Selangor. Harapan untuk menang dan kembali berkuasa di Selangor semkain tipis dan jauh. Tohmahan dan apa sahaja cerita budak-budak nakal akan hanya menghiburkan BN yang selamanya akan meratap tangis lantaran mantapnya kepimpinan PR Selangor. Kerana itu bagi para pejuang PAS bersamalah kita timbul dan berenang dengan arus perdana parti, jangan bergayut pada dahan yang reput dan buruk, kepentingan jemaah mengatasi kepentingan individu, berjuanglah ikhlas dan yakin kerana Allah swt.

Yakinlah saf kepimpinan yang ada di bawah bimbingan para ulamak yang tidak putus-putus memberi nasihat akan terus berpedomankan nas yang nyata dan jelas. Gabungan pengalaman, ilmu dan ketajaman politik pimpinan jangan dipandang murah lantaran tembakan liar merekayang jauh dan tidak bertanggungjawab.

PAS insyallah akan kekal bersama menerajui PR di Selangor.

66,616 nama digugur dari senarai pemilih


Suruhanjay Pilihan Raya (SPR) telah menggugurkan 66,616 nama daripada rekod pemilih berdaftar kerana pertukaran alamat, kematian, dilucut kewarganegaraan dan sebagainya dalam Daftar Pemilih Tambahan (DPT) bagi suku tahun ketiga 2009.

DPT yang diperakui SPR itu adalah bagi tempoh Julai hingga September tahun ini.

Berikutan itu, jumlah pemilih pendatar terkini ialah seramai 11,085,863 - termasuk 81,625 pemilih dalam DPT suku tahun ketiga itu, yang terdiri daripada 67,502 permohonan pemilih baru dan 14,123 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Baca lagi...

Dalam satu kenyataan hari ini, SPR turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu SPR membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia.

"SPR memohon kerjasama mana-mana waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur waris-waris mereka yang telah meninggal dunia kepada SPR.

"Waris-waris boleh menghantar salinan tersebut secara pos atau faks atau datang sendiri ke mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri ataupun ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya," menurut kenyataan itu.

Pemilih berdaftar turut digalakkan untuk menyemak Daftar Pemilih Induk 2006 bagi tujuan membuat pembetulan ke atas sebarang kesilapan seperti ejaan nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina dan sebagainya.

Orang ramai yang berminat boleh membeli DPT Suku Tahun Ketiga 2009 dengan membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi SPR di 03-8885 6500, mana-mana Pejabat Pilihanraya Negeri ataupun di laman web www.spr.gov.my. - Bernama

MalaysiaKini

Wednesday, December 2, 2009

Muhyidin Iktiraf Kepimpinan Nik Aziz

Oleh: ulitmayang

"Betul lah kata orang , biar dia orang ni bercakap , lama – lama dah penat dia orang berhenti lah sendiri. Barangkali sudah letih agaknya. Tapi , yang ni pelik sikit , bukan setakat penat , tapi dah silap ,  musuh mengakui kekuatan dan kelebihan lawannya.

Jarang berlaku sebegini dalam politik. Biasanya musuh tidak pernah diakui kuat , walau dalam keadaan macam mana pun. Kata orang selagi nyawa di badan , pantang memuji kekuatan musuh.Ini lah yang terjadi dengan Muhyidin. Barang kali ‘keng’ dah longgar dah. Banyak sangat beri ulasan dan komen semenjak Najib kat luar Negara. Akhirnya terkeluar kenyataan ni "Biar Nik Aziz Lama Dalam PAS"

Tak tau lah samada Muhyidin sedar atau tidak implikasi dan kesannya ekoran dari kenyataannya ini
Cuba baca apa yang dikatakan oleh Muhyidin ni
1.    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Berkata, Terserah Kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Sama Ada Mahu Terus Kekal Menerajui Parti Berkenaan Walaupun Pelbagai Pihak Meminta Beliau Supaya Berundur.
2.    Beliau Berkata, Mursyidul Am Pas Itu Mengeluarkan Banyak Faktwa Yang Mengelirukan Rakyat Mencerminkan Sikap Sebenar Parti Berkenaan.
3.    “Saya Rasa Biarlah Nik Aziz Lama Dalam Pas Kerana Ia Berguna Juga. Banyak Perkara Yang Dilakukannya Mencerminkan Sikap Sebenar Pas.
4.    “Sebab Itu Lagi Lama Beliau Memerintah, Lagi Baik Kerana Beliau Mencerminkan Hala Tuju Pas

Apa – apa pun kita ucapkan terima kasih banyak – banyak lah kerana mengiktiraf peranan dan kekuatan Nik Aziz , dan secara tidak langsung kekuatan PAS dan juga Pakatan Rakyat. Terima Kasih.

4 Imam 4 Jemaah

Syaikh al-Qadhi Abu 'Abdillah Muhammad bin Ibrahim al-Lawati (704 - 779H / 1304 - 1377M) atau terkenal dengan gelaran Ibnu Battutah rahimahUllah dalam catatan perjalanan beliau yang dikenali dengan "Rehlah Ibn Battutah" atau jodol sebenarnya "Tuhfah an-Nuzzar fi ghara`ib al-amsar wa `aja`ib al-asfar" yang diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh Ustaz Syed Nurul Akla dan Dr. Adi Setia dengan jodol "Pengembaraan Ibn Battutah", pada halaman 183 - 184 di bawah subtopik "Adat yang diamalkan oleh penduduk Makkah dalam solat dan kedudukan Imam-Imam Mazhab" dinyatakan, antara lain:-
Berbanding dengan 3 orang imam yang lain, imam Mazhab Syafi`e diberikan penghormatan untuk memulakan solat di Maqam yang mulia, iaitu Maqam al-Khalil Ibrahim AS dan di Hatim yang cantik serta khusus untuk beliau. Inilah antara adat dan kebiasaan penduduk Makkah. Imam Mazhab Syafi`e ini dilantik oleh pihak pemerintah. Kebanyakan penduduk Makkah berpegang pada mazhab ini. ............

Apabila imam Mazhab Syafi`e selesai menunaikan solat, imam Mazhab Maliki pula menunaikan solat di sebuah mihrab yang menghala ke Rukn al-Yamani. Imam Mazhab Hanbali juga akan mendirikan solat pada waktu yang sama di satu tempat yang menghala ke sebahagian daripada dinding Kaabah, iaitu di antara Hajar al-Aswad dengan Rukn al-Yamani.

Akhir sekali, imam Mazhab Hanafi pula menunaikan solat di satu tempat berhadapan dengan pancuran (mizab), iaitu di bawah satu ruang berpagar yang disediakan untuknya. Lilin akan diletakkan di hadapan imam-imam ini di mihrab mereka semasa mendirikan Solat Subuh, Zuhur, Asar dan Isyak.

Semasa Sholat Maghrib, mereka akan bersembahyang serentak dan setiap imam akan bersembahyang dengan pengikut-pengikutnya. Akibatnya, orang ramai nebhadu keliru. Adakalanya seseorang yang bermazhab Maliki akan rukuk bersama-sama dengan imam Mazhab Syafi`e dan seseorang yang bermazhab Hanafi pula menurut sujud pengikut Mazhab Hanbali. Kamu dapat melihat mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada suara muazzin yang memperdengarkan bacaan kepada pengikutnya supaya mereka tidak lalai dan membuat kesilapan.
Begitulah keadaan sholat di Masjidil Haram yang disaksikan oleh Ibnu Battutah yang hidup pada kurun yang ke-8H. Keadaan tersebut berterusan ratusan tahun lagi sehinggalah kejatuhan Khilafah Utsmaniyyah Turki dan Hejaz dijajah oleh puak Wahabi dari Nejd. Kenapa umat Islam pada masa tersebut dan ratusan tahun setelahnya, tidak bersholat di bawah seorang imam dalam Masjidil Haram yang mulia. Adakah kerana mereka tidak bersatu dan kerana mereka terlalu taksub dengan mazhab masing-masing? Sesungguhnya justru kerana mereka tidak bersikap taksub dan fanatik dengan mazhab masing-masinglah maka perkara tersebut terjadi. Ini jelas kerana setiap mazhab tidak saling menyalahkan antara sesama mereka, mereka saling hormat menghormati pendapat pihak lain selagimana ianya berdasarkan kepada ijtihad yang diterima dan mereka tidak ingin hendak meng"impose" mazhab mereka kepada orang lain. Dan hal ini terjadi di Masjidil Haram kerana ianya adalah milik umat Islam keseluruhannya, Tanah Haram bukan milik pengikut Mazhab Syafi`e, walaupun mazhab ini adalah mazhab yang paling dominan di Hejaz. Maka atas adab dan tasamuh yang tinggi, para penguasa Hejaz yang bermazhab Syafi`e tidak memaksa mazhab mereka kepada pengikut mazhab lain, sebaliknya setiap mazhab Ahlus Sunnah wal Jama`ah diberi ruang untuk beribadah dalam Masjidil Haram mengikut pandangan dan pegangan mazhab masing-masing. Patutkah kita memaksa para pengikut Hanafi untuk sembahyang Asar bersama dengan kita sedangkan menurut mazhab mereka waktu Asar masih belum masuk lagi, sudah tentu tidak patut dan tidak adil bagi mereka. Yang patut dan wajar, kita biarkan mereka menunaikan sholat Asar setelah masuk waktunya di sisi mereka. Sungguh keberadaan sholat 4 Imam dengan jemaah masing-masing tersebut membuktikan sikap tasamuh dan toleransi sesama umat yang tinggi, malangnya segelintir telah silap tanggapan bahawa ianya tanda umat berpecah belah.

Apakah benar, ketika itu umat Islam menjadi berpecah-belah? Jawapannya adalah sebaliknya, kerana sejarah telah membuktikan bahawa kala itu umat Islam adalah umat yang bersatu dan kuat sehingga menguasai dunia. Lain pula halnya sekarang, walaupun umat Islam bersholat di Masjidil Haram di bawah seorang imam sahaja yang pada zahirnya nampak bersatu tetapi hati-hati mereka telah berpecah belah dengan saling salah menyalah sesama umat. Kesatuan dan perpaduan itu berakhir dengan salamnya imam... Allahu ... Allah. Justru kekuatan umat Islam itu adalah pada kepelbagaian pendapat yang ditangani dengan sikap tasamuh yang tinggi serta saling hormat-menghormati. Di situlah kunci perpaduan yang sejati.

Ketahuilah bahawa Masjidil Haram itu milik seluruh umat. Mungkin sekarang sudah tidak praktikal untuk sholat dengan 4 jemaah berasingan tersebut dilaksanakan kerana bilangan pengunjung masjid yang bertambah, tetapi setidak-tidaknya kerajaan Saudi yang mengaku diri mereka sebagai khadam DuaTanah Haram, sepatutnya menjaga dua Tanah Haram tersebut atas nama umat Islam sekaliannya. Mereka sepatutnya menunjukkan bahawa mereka tidak fanatik dengan mazhab mereka dengan melantik imam-imam Masjidil Haram dan Masjidin Nabawi dari kalangan 4 mazhab yang utama, di mana imam-imam tersebut diberikan tugas menjadi imam secara bergilir menurut mazhab masing-masing. Buktikan bahawa mereka tidak fanatik dan taksub kepada mazhab mereka sahaja. Moga dengannya umat akan menjadi lebih bertasamuh dalam perkara-perkara khilafiyyah. Mudah-mudahan keagungan Islam dan umatnya dikembalikan dan Islam terus menerajui manusia sejagat .... takbiiiirrrrrrrrr. ..... الله اكبر الله اكبر الله اكبر و لله الحمد

***************************************
(i) Binaan 1 - Maqam Syafi`i
(ii) Binaan 2 - Maqam Hanafi
(iii) Binaan 3 - Maqam Maliki;
(iv) Binaan 4 - Maqam Hanbali.

dari Bahru Shofa

Wacana Menarik Antara Pendekatan AKP Turki dan Ikhwan Muslimin


Oleh: abuamirah

"Tajuk Asal : Isu Turki dan Penjelasan Beberapa Kefahaman

Tidak syak lagi kemenangan sebuah parti yang dikatakan berideologi dan mempunyai hala tuju Islami sebagaimana yang berlaku di Turki, memberikan sedikit rasa gembira ke dalam hati setiap muslim yang prihatin terhadap agamanya dan bercita-cita mahu agar agama Islam ditegakkan di atas muka bumi ini. Bahkan kita merasa gembira dengan setiap usaha sama ada kecil atau besar yang dilakukan oleh mana-mana kumpulan atau individu demi kepentingan Islam.

Ini bukanlah suatu yang ganjil bagi orang Islam semenjak generasi pertama dahulu lagi, bahkan ia pernah berlaku ketika hayat Rasulullah saw lagi. Kisah bagaimana orang-orang Islam merasa gembira dengan kemenangan orang Rom yang merupakan ahlil kitab terhadap Parsi yang beragama Majusi telah dijelaskan di dalam al-Quran. Tiada seorang pun yang mengecam perasaan ini. Firman Allah dalam surah al-Rum, ayat 2-5):

Maksudnya: “Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.”

Oleh itu, adalah tidak munasabah jika orang-orang Islam hari ini tidak merasa gembira dengan kemenangan yang diperoleh oleh Partai Keadilan dan Pembangunan (AKP) dengan mengalahkan pihak sekular yang memerintah Turki semenjak kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah sehingga hari ini, yang memisahkan agama daripada negara. Mereka tidak hanya memisahkan Islam daripada pemerintahan sahaja, bahkan mereka memerangi segala fenomenanya, bermula daripada kopiah dan hijab wanita muslimah, berakhir dengan mereka menghapuskan bahasa Arab, iaitu bahasa al-Quran, bahkan mereka merasa sebati dengan perancangan dan projek Eropah sama ada dari sudut fizikal dan spiritual.

Sesungguhnya kegembiraan yang kita akui dan kongsikan bersama mereka merupakan perkara yang berkaitan dengan perasaan hati, yang tidak ditegah oleh syarak kita yang mulia. Tetapi saya perlu menjelaskan beberapa perkara yang berkaitan dengan matlamat, objektif dan manhaj taghyir (perubahan), agar segalanya menjadi jelas. Perkara ini perlu ditegaskan agar konsep sebenar manhaj tersebut menjadi jelas dan terang kepada kita agar pendirian kita tetap utuh berpegang dengannya. Mungkin setelah melihat kemenangan ini, ada di antara kita merasa bahawa jalan yang kita lalui adalah panjang, matlamat yang ingin dicapai terlalu jauh dan tidak mungkin dicapai, bahkan mustahil untuk mencapainya melalui manhaj yang kita imani ini dan kita telah laksanakannya sejak sekian lama, pada pandangan mereka.

Adalah suatu yang silap jika kita membuat perbandingan antara mereka yang sampai kepada tampuk pemerintahan tanpa melakukan perubahan Islam yang sejati dan hakiki di dalam masyarakat sama ada pada peringkat individu, keluarga dan masyarakat, dengan mereka yang melakukan perubahan Islam dan berusaha menegakkan agama sebagaimana dijelaskan oleh al-Quran, dalam surah al-Shura ayat 13:

Maksudnya: “Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya, apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya.”

Juga sebagaimana kata-kata Murshid kita yang lalu:

Maksudnya: “Tegakkanlah negara Islam di dalam hati kamu, nescaya ia akan tegak di di atas bumi kamu.”

Terdapat perbezaan yang besar antara sampai kepada pemerintahan dengan menegakkan Islam di atas muka bumi.

Apa yang berlaku di Turki sepatutnya jelas kepada kita, agar matlamat akhir tidak bercampur aduk dengan wasilah, dan matlamat jauh dengan matlamat dekat, dan sepatutnya tidak ada di antara kita yang berkata, “Alangkah baiknya jika kita turut mengikut jalan mereka agar kita boleh merealisasikan apa yang telah mereka realisasikan!”

Saya ingin tegaskan di sini bahawa apa yang berlaku di Turki hanya sampai kepada tampuk pemerintahan dan kekuasaan. Itulah yang mereka usahakan menggunakan segala sarana yang boleh. Mereka tidak menafikan bahawa itulah wasilah yang mereka harapkan dan mereka berusaha dengan menggunakan segala sarana yang dibenarkan. Demi kerana itulah mereka berusaha untuk ‘mengumpulkan’ (tajammu’) manusia bukan demi kerana ‘jamaah’ yang mempunyai hala tuju, manhaj, objektif, wasilah, matlamat, perancangan dan manhaj nabawi dalam melakukan perubahan.

Perkara yang hampir sama juga pernah berlaku kepada Dr Hasan al-Turabi di Sudan, meskipun sarana yang digunakan berbeza. Di Turki, ia berlaku menggunakan sarana demokrasi, manakala di Sudan, ia berlaku melalui rampasan kuasa yang sama sekali ditolak secara total oleh Ikhwan Muslimin. Namun matlamat al-Turabi juga ialah mahu sampai kepada kekuasaan dan pemerintahan. Manakala manhaj Ikhwan jelas berbeza dengan kedua-duanya. Masing-masing mempunyai tabiat dan suasananya yang tersendiri, tetapi perlu diingat bahawa manhaj taghyir (perubahan) hendaklah bersifat tetap. Firman Allah swt dalam surah al-Ra’d ayat 11:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Beberapa analisis berkenaan pengalaman Turki mengatakan : Pengalaman yang dilalui oleh Partai Keadilan dan Pembangunan di Turki merupakan salah satu pengalaman politik Islam moden dan semasa dalam sejarah bangsa Arab dan umat Islam. Tetapi pengalaman ini tidak boleh dilaksanakan oleh Ikhwan Muslimin di Mesir kerana beberapa sebab. Antara yang terpenting ialah:

Pertama:

Erdogan berjanji untuk memberikan komitmen kepada kaedah dan prosedur praktik politik Turki dan juga perlembagaan negara. Toleransi politik yang diamalkan menyebabkan beliau mengisytiharkan secara terang terangan bahawa beliau bukan sahaja berpegang teguh dengan ciri sekular dari sudut rujukan politiknya, namun beliau juga berjanji untuk memberikan komitmen penuh dengan identiti sekular negara Turki. Sehinggakan beliau hanya mendiamkan diri terhadap kekecohan yang ditimbulkan oleh golongan sekular dengan sebab tudung yang dipakai oleh isteri Menteri Luar Turki, Abdullah Gul ketika dicalonkan sebagai Presiden, yang salah seorang daripada mereka mengatakan, “Tidak mungkin wanita pertama di Turki seorang yang bertudung,” dan mereka juga berkata, “Jika isteri Abdullah Gul, Puan Khayr seorang wanita bertudung, memasuki istana Presiden Turki yang diasaskan oleh bapa sekularisme, Ataturk, maka ia adalah satu perlanggaran serius terhadap seluruh nilai sekular Turki, sebagaimana ia turut bercanggah dengan perlembagaan negara!”

Bahkan lebih parah lagi, Erdogan sendiri tidak mampu menyempurnakan pendidikan anak perempuannya di Turki dengan sebab larangan memakai tudung yang diamalkan oleh universiti-universiti Turki, lalu beliau menghantar anaknya itu ke Amerika untuk meneruskan pengajiannya.

Inilah sekularisme yang dikatakan oleh Erdogan bahawa “kami tidak akan melencong daripadanya dan kami tidak akan mengubah sesuatu pun daripadanya, bahkan kami datang hanya untuk mempertahankannya.” Inilah pilihan yang ada bagi Partai Keadilan dan Pembangunan. Pilihan ini tidak mungkin diperjuangkan oleh Ikhwan Muslimin di Mesir dalam mana-mana bentuk sekalipun. Memang Ikhwan Muslimin memberikan komitmen terhadap perlembagaan negara Mesir tetapi kerana ia menyebut bahawa agama rasmi negara ialah Islam dan Syariat Islam adalah sumber utama perundangan negara, tetapi mereka tidak mungkin menerima sepenuhnya kaedah permainan politik yang ditetapkan oleh pihak pemerintah yang telah memerintah sejak lima dekad lalu, sama ada pada peringkat prinsip yang menentukan hala tuju atau praktik politik dengan menerima segala institusi kulit yang tidak berfungsi, kebejatan politik, ekonomi, pentadbiran dan sosial. Jika ini dilakukan, maka segala program dan objektif Ikhwan akan kehilangan kredibilitinya, dan jika ini berlaku Ikhwan akan kehilangan elemen kekuatannya yang terpenting iaitu dokongan massa dan sokongan rakyat sama ada di Mesir, di negara-negara Arab dan negara-negara Islam lain yang selama ini menerima dan menyokong mereka kerana agenda tersebut.

Kedua:

Sesungguhnya aliran reformasi (islah) iaitu aliran Ikhwan dengan agendanya ini bertujuan untuk menghidupkan kembali kenangan umat Islam yang lalu, mengembalikan semula tamadun hebatnya yang lepas dan mengembalikan semula kepimpinannya pada peringkat dunia dalam setiap bidang. Tetapi perkara ini tidak menjadi manifesto yang dilaung-laungkan oleh Erdogan. Alirannya hanya bertindak dalam batasannya sahaja. Tiada agenda Islam yang bersifat universal itu yang diperjuangkan. Ini menjadikan pihak Barat iaitu Amerika dan Eropah, bahkan Zionis antarabangsa tidak merasa bimbang dan terancam. Sebaliknya, aliran Ikhwan yang mempunyai agenda yang melampaui batasan sempadannya, merupakan ancaman terhadap program Amerika dan Zionis antarabangsa. Ini kerana agenda dan program yang diserukan oleh Ikhwan itu bersifat bersepadu dan merangkumi dunia Islam keseluruhannya. Salah satu objektif utama mereka ialah mengembalikan semula Khilafah Islam. Mereka juga tidak bersedia untuk mengubah prinsip ini kerana ia adalah prinsip yang tetap bagi mereka.

Ketiga:

Ikhwan mempunyai beberapa thawabit (perkara tetap yang tidak akan berubah). Ikhwan tidak akan melencong daripadanya dan mengubahnya, seperti isu pengiktirafan Israel, isu Baitul Maqdis dan lain-lain isu penting. Pendirian ini tidak sama dengan toleransi politik yang diamalkan oleh Partai Keadilan dan Pembangunan. Turki masih menjadi anggota kepada Pertubuhan Atlantik Utara (NATO) yang terus membunuh umat Islam di Afghanistan dan melakukan tipu daya terhadap negara-negara Islam hingga hari ini. Turki juga masih menjaga hubungannya dengan regim Zionis dan Amerika Syarikat. Erdogan sendiri mengumumkan bahawa dia menjaga dan memelihara hubungan tersebut.

Inilah perbezaan yang menjadikan pihak Barat boleh menerima kehadiran Partai Keadilan dan Pembangunan tetapi mereka menolak HAMAS di Palestin, bahkan apabila Ikhwan memenangi beberapa kerusi sahaja di dalam parlimen, mereka terus mengisytiharkan perang terhadap Ikhwan. Apa yang mungkin akan berlaku jika Ikhwan berjaya memerintah, walaupun sebenarnya mereka tidaklah berkeinginan untuk memerintah? Sudah pasti pihak Barat akan memperlihatkan permusuhan secara nyata dan mereka yang mempunyai perancangan barat Zionis akan berusaha untuk menggagalkan pengalaman Ikhwan itu di dalam pemerintahan jika ia berlaku.

Masyarakat yang dikehendaki Islam ialah:

1. Masyarakat rabbani yang segala cirinya bersumberkan perintah, arahan dan hukum Allah.
2. Masyarakat yang sentiasa mengadap kepada Allah dalam segala perasaan, kesedaran dan amalannya.
3. Masyarakat yang akidah menjadi asasnya, syiar Islam menjadi lambangnya, akhlak menjadi jaminannya dan syariat menjadi penterjemah amalan dan tindakannya.
4. Segala kewajipan di dalam masyarakat ini adalah dituntut, manakala segala larangan hendaklah ditinggalkan. Antara keduanya terdapat perkara sunat, makruh dan harus.

Sila perhatikan pendirian Rub‘i bin ‘Amir ketika berhadapan dengan panglima tentera Parsi. Rub‘i berkata:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengutuskan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang Dia kehendaki daripada perhambaan sesama hamba kepada perhambaan kepada Allah, dan daripada kezaliman para pemerintah kepada keadilan Islam, dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.”

Alangkah tegas dan jelas pendirian yang tergambar daripada kata-kata ini!

Dengarkanlah juga kata-kata Hasan al-Banna yang menjelaskan perkara tersebut dengan katanya:

Maksudnya: “Kita mahukan individu muslim, rumahtangga Islam dan bangsa Muslim. Tetapi sebelum itu kita mahu agar fikrah Islam menguasai sehingga memberikan kesan terhadap seluruh hal ehwal kita. Kita juga mahu agar seluruh kehidupan kita dicelup dengan celupan Islam. Tanpa yang demikian, kita tidak akan sampai ke mana-mana.”

Kita mahu berfikir secara bebas tetapi berdasarkan kepada asas Islam yang mulia, bukan berdasarkan pemikiran tradisional yang menjadikan kita terikat kepada teori-teori barat dan hala tuju mereka dalam segala perkara. Kita mahu agar kita mempunyai perbezaan dan keistimewaan dengan ciri-ciri keperibadian tersendiri dalam kehidupan sebagai umat yang agung dan mulia, yang memiliki bukti dan fenomena kebanggaan dan keagungan paling lama dan paling baik sepanjang sejarah kemanusiaan.

Bermula Daripada Naungan Keimanan

Permulaan daripada naungan keimanan akan menyuburkan keperibadian yang mempunyai kebebasan daripada sifat ‘pak turut’ dan ‘buih’. Ia berlaku melalui proses tarbiah yang menghasilkan model yang unik, mempunyai pelbagai kemampuan dan kefahaman. Dengannya, seseorang muslim menjadi seorang yang unik, berbeza daripada orang lain. Kepelbagaian dan kebebasan ini adalah asas bagi tertegaknya sebuah masyarakat yang tidak dipengaruhi oleh pengikutan yang membuta tuli dan pembebasan yang mematikan, tetapi tersepadu padanya segala elemen inovasi dan ciri-ciri kepelbagaian. Lalu ia menjadi seperti sebuah papan yang mempunyai pelbagai warna yang sepadan dan gambaran yang sempurna.

Ini semua adalah hasil daripada proses tarbiah dan perancangan berjangka panjang, memerlukan nafas yang panjang, kesabaran yang utuh, kerja yang berterusan, hati yang tetap teguh, bahkan pemaksaan, bagi membentuk suatu contoh bentuk kehidupan yang menegaskan nilai-nilai tinggi Islam dan prinsip-prinsipnya yang istimewa. Dengannya, seseorang muslim melalui kehidupan ini tanpa mengalami masalah, krisis dan membuat perbandingan yang silap, bahkan tiada pemisahan keperibadian, sentiasa sedar terhadap cabaran yang akan dihadapi, yakin terhadap manhaj serta berusaha melaksanakannya, menjadikan seluruh umat merasa wajib untuk beramal, yakin dengan kemampuannya untuk memberikan pengaruh yang positif, berbangga dengan identiti Islamnya dan yakin dengan pertolongan Allah terhadapnya.

Matlamat Islam

Islam mempunyai dua matlamat penting yang mesti kita memahami dan menyedarinya dengan baik:

Pertama:

Menegakkan satu umat yang baik (salih) dan melakukan pembaikan (muslih). Umat seumpama ini tidak akan wujud melainkan apabila dipenuhi syarat-syarat yang asasi, antaranya:

1. Mempunyai risalah dalam kehidupan dan berjuang demi kerananya
2. Bersatu dan saling berkasih sayang.
3. Berkorban dan sentiasa sedia untuk berkorban.

Kedua:

Hendaklah mengepalai umat ini sebuah kerajaan Islam awam, bersifat baik (salih) dan sentiasa melakukan pembaikan (muslih), menjadi khadam kepada rakyat, tertegak di atas dasar syura, menegakkan keadilan, merealisasikan kebebasan bagi semua individu rakyatnya, bukan kerajaan yang zalim dan autokratik.

Untuk mencapai matlamat-matlamat di atas, ia menuntut suatu kekuatan kehendak dalaman yang kuat dan keazaman yang tinggi untuk meneruskan perjalanan. Kerana jalan yang dilalui dipenuhi dengan pelbagai halangan dan rintangan. Oleh itu, Hasan al-Banna berkata kepada golongan yang gopoh :

Maksudnya: “Wahai Ikhwan Muslimin! Dengarkanlah perkataan ini daripadaku. Suatu perkataan yang tinggi dan mulia. Perkataan yang datangnya daripada mimbar ini. Di dalam muktamar anda yang besar ini. Sesungguhnya jalan anda ini telah digariskan segala langkah-langkahnya, telah ditetapkan batas sempadannya. Saya tidak akan menyalahi batas sempadan ini yang telah saya yakini bahawa ia adalah jalan paling selamat untuk sampai ke destinasi. Ya, mungkin jalan ini jauh dan panjang, tetapi tidak ada jalan lain. Sesiapa yang mahu memetik buah (hasil) sebelum ia masak, atau memetik bunga sebelum waktunya, maka saya tidak akan bersamanya. Lebih baik baginya untuk beredar daripada dakwah ini kepada yang lain.”

Beliau juga pernah berkata kepada golongan yang mendahulukan perasaan daripada akal mereka :

Maksudnya: “Kekangi keliaran perasaan anda dengan pandangan akal. Terangilah pancaran akal dengan gejolak perasaan. Iringi khayalan dengan kebenaran hakikat dan realiti. Bongkari hakikat menerusi cahaya khayalan yang indah dan bersinar terang. Janganlah anda terlalu cenderung kepada sesuatu lalu anda meninggalkannya dalam keadaan tergantung. Janganlah anda bertembung dengan undang-undang alam kerana ia pasti akan menang. Tetapi jinakkanlah ia, pergunakanlah ia dan alihkan alirannya serta ambillah bantuan daripada sebahagiannya bagi menghadapi sebahagian yang lain. Tunggulah saat kemenangan kerana ia tidak jauh daripada anda.”

Beliau juga berkata kepada golongan yang menyukat sesuatu berdasarkan hasil dan gambaran zahirnya sahaja:

Maksudnya: “Sesungguhnya anda ingin memperoleh keredhaan Allah dan mendapat balasan pahala dan rahmatNya. Anda dijamin memperolehinya selagi mana anda ikhlas. Allah tidak memerintahkan agar anda mencapai hasil amal yang anda lakukan, tetapi anda dituntut untuk ikhlas dengan benar-benar meniatkan apa yang anda lakukan demi kerana Allah semata-mata dan melakukan persediaan sebaik-baiknya. Selepas itu, kita mungkin adalah golongan yang tersilap, namun kita tetap memperoleh pahala orang yang beramal dan berusaha. Atau mungkin kita betul, lalu kita mendapat pahala orang yang menang dan betul. Tetapi pengalaman lalu dan kini membuktikan bahawa tidak ada kebaikan melainkan melalui jalan anda ini. Tidak akan ada hasil melainkan dengan perancangan anda ini. Tidak betul melainkan pada apa yang anda kerjakan. Oleh itu, janganlah anda memperjudikan usaha-usaha anda. Jangan perjudikan syiar kejayaan anda. Dan bekerjalah “kerana Allah bersama-sama dengan anda dan Dia sekali-kali tidak akan mengurangkan balasan pahala anda” (Surah Muhammad ayat 35). Kemenangan adalah bagi orang-orang yang bekerja dan berusaha, “Dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman) (Surah al-Baqarah ayat 143).

Kesimpulan

Sesungguhnya kita mempunyai projek Islam yang menyeru kepada pembentukan umat, pentarbiahan bangsa dan perealisasian cita-cita. Ini semua menuntut suatu jiwa yang besar dan agung yang tergambar melalui kehendak yang kuat, kesetiaan yang tidak berbelah bagi, pengorbanan yang tinggi, pengetahuan tentang prinsip dan keyakinan tinggi terhadapnya, kerana ia adalah projek bangsa muslim yang terbakar hatinya kerana rindu dan penuh berharap untuk hidup dengan Islam dan kerana Islam, agar ia mempunyai kedudukan yang tinggi di kalangan manusia di dunia, serta bangkit melaksanakan kewajipannya yang telah ditetapkan oleh Allah, tuhan sekalian alam.

Ia adalah projek yang membawa manusia kepada ketaqwaan, petunjuk dan jalan lurus yang merealisasikan bagi umat ini identitinya yang tersendiri, keperibadiannya yang istimewa, kebebasan ekonomi dan kehendak politiknya, sehingga ia tidak lagi cair menurut acuan barat atau timur, dan sehingga ia keluar daripada kelemahan yang sedang dialaminya hasil daripada kemunduran, jumud (kebekuan) dan kerosakan dirinya sendiri daripada satu sudut, dan serangan serta penjajahan pemikiran dan ketenteraan daripada sudut yang lain.

Oleh itu, kita hendaklah menyedari sebaik-baiknya bahawa Islam adalah risalah tarbiah sebelum ia adalah risalah perundangan dan peraturan. Ia adalah risalah akidah dan akhlak, sebelum ia adalah risalah perang dan jihad. Ia adalah risalah nilai dan prinsip, sebelum ia adalah risalah peluasan dan penyebaran. Dari sini, langkah-langkah perubahan dan islah hendaklah ditujukan kepada hati dan jiwa bagi merealisasikan kesatuan hati agar ia menjadi suci dan ikhlas. Ini perlu dilakukan lebih dahulu sebelum memastikan kesatuan saf daripada sudut tanzim, perancangan dan pentadbiran. Menjadi baik hendaklah didahulukan sebelum melakukan pembaikan.

Ya, tidak dapat tidak ruh hendaklah sedar, hati hendaklah hidup, dan perasaan serta emosi hendaklah jaga sebelum perkara-perkara lain. Hasan al-Banna telah memperingatkan tentang hakikat ini dengan katanya:

Maksudnya: “Ketika menilai sesuatu gerakan dakwah, manusia hanya memandang kepada amalan yang zahir dan warna luaran sahaja, sedangkan mereka lupa untuk melihat kepada dorongan-dorongan kejiwaan dan ilham ruhani yang pada hakikatnya adalah sumber utama dan bekalan makanan bagi gerakan dakwah yang hanya dengannya sesuatu gerakan dakwah itu boleh mendapat kemenangan dan berkembang. Ini adalah satu hakikat kebenaran yang tidak dinafikan melainkan oleh orang yang jauh daripada pengkajian gerakan-gerakan dakwah dan jauh daripada mengenali rahsia-rahsianya. Sesungguhnya di sebalik segala fenomena ini dan pada setiap gerakan dakwah pasti ada ruh yang mendorong, kekuatan dalaman yang menggerak dan menguasainya serta menolaknya. Adalah mustahil bagi sesuatu umat untuk bangkit tanpa ada kesedaran yang hakiki ini di dalam jiwa, ruh dan perasaan. Firman Allah dalam surah al-Ra’d ayat 11 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Oleh itu, saya mampu mengatakan bahawa perkara pertama yang kita ambil berat dalam dakwah kita ini dan perkara paling penting yang menjadi pergantungan kita di dalam rangka kita mahu menyubur, menzahir dan menyebarkan dakwah kita ini ialah kesedaran tersebut. Perkara ini kita tegaskan sentiasa agar tertanam di dalam pemikiran kita bahawa ia adalah langkah pertama yang seharusnya diambil sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini. Sesiapa yang membuat permulaan yang baik, dia akan mendapat kesudahan yang baik juga.

Sesungguhnya melalui pelaksanaan syariat sehingga Islam menjadi penyelesaian kepada segala masalah, kita mahu memulakan semula kehidupan di atas dasar Islam secara sempurna. Sebuah kehidupan yang diarahkan oleh akidah Islam, dihukum oleh syariatnya, dikawal oleh akhlaknya dan dipimpin oleh nilai-nilai dan adab-adabnya. Sebuah kehidupan yang dicelup dengan nilai-nilai Islam secara menyeluruh. Inilah yang kita mahukan, iaitu kita mahu untuk hidup dengan Islam dan kerana Islam.

Ia bukanlah sebagaimana dikatakan oleh golongan Marxis dan kebendaan: “Ubahlah ekonomi atau ubahlah hubungan-hubungan produktiviti maka sejarah akan berubah.” Tetapi kita berkata: “Ubahlah diri anda nescaya kehidupan dan sejarah akan berubah. Jiwa tidak akan berubah melainkan dengan keimanan dan penyucian agar kita mendapat kejayaan dan kemenangan. Firman Allah dalam surah al-Shams ayat 7-10:

Maksudnya: “Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya -yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya -yang sedia bersih- itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).”

Inilah manhaj kita sebagaimana kita fahami, yakini dan kita bergerak dengannya. Kita tidak akan terpesong daripadanya, bahkan kita berkata sebagaimana kata-kata Rasulullah saw:

Maksudnya: “Demi Allah, jika mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini (Islam), nescaya aku tidak akan meninggalkannya, sehinggalah Allah memenangkannya atau aku musnah kerananya.”

Semoga Allah memberikan selawat dan salamNya kepada Nabi Muhammad, kaum keluarga dan para sahabat baginda. Dan segala puji adalah bagi Allah, tuhan sekalian alam.

Sekian.

Ust. Jumaat Amin Abdul Aziz, Ulama Mesir.
Anggota Maktab Irshad, Ikhwan Muslimin


Catatan Abu Amirah - Tulisan ini amat baik untuk kita wacanakan dengan lebih lanjut berkaitan perkara THAWABIT (tetap) dan MUTAGHAYYIRAT (berubah) dalam gerakan islam. Dalam rangka mengatur pergerakan PAS dalam konteks Malaysia hari ini, kita perlukan kejelasan yang sejelas-jelasnya antara dua sudut tersebut dan kaedah-kaedah yang berkaitan dengannya agar kita tidak kesamaran dalam menggerakkan jamaah. Di mana batas kompromi kita dalam soal prinsip dan strategi. Sebagai contoh, sekiranya rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan atau mengadakan program berbentuk maksiat, adakah kita tidak boleh menentang? Jika dulu, kita mengadakan demonstrasi ketika adanya konsert yang kita anggap tidak islamik, selepas ini bagaimana? Kiaslah kepada contoh-contoh yang lain. Saya rasa Dewan Ulamak boleh mengambil peranan untuk memperincikan perkara tersebut....."

dari tranungkite

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...