Bunga Api


Sunday, May 22, 2011

Terkini: Kes Tanah Runtuh, Dua Belas Terbunuh, Sembilan 'Berjaya Di Selamatkan' Dan Empat Lagi Mangsa Masih Hilang Serta Tertimbus Setakat Ini


KAJANG, 22 Mei - Sebanyak 12 mayat berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu. Polis memaklumkan sehingga pukul 10.30 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Sebanyak empat mangsa lagi masih tertimbus dalam runtuhan itu setakat ini. Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Dalam insiden malang itu, Tambahnya, kesemua penghuni rumah tersebut adalah sebanyak 24 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.lelaki.

[Sementara itu seorang lelaki yang tertimbus lapan jam dalam kejadian tanah runtuh di rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat dikeluarkan dengan selamat. Lelaki dikenali sebagai Abang Iwan berusia 33 tahun itu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 malam tadi. Dalam pada itu seorang lagi mangsa tanah runtuh terbabit dipercayai telah meninggal dunia di Hospital Ampang malam tadi. Kami sekali lagi mengucapkan salam takziah buat semua yang terlibat dan terselamat dalam insiden yang mengerikan ini hendaknya].

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...