Bunga Api


Saturday, May 7, 2011

Panas: Utusan Terus Jadi Alat UMNO BN, Tuduh DAP Pula Berpakat Dengan Paderi-Paderi Untuk Jadikan Kristian Sebagai Agama Rasmi Malaysia

Justify Full

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (foto) berang dengan laporan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara Kristian?'. Katanya, dengan hanya berdasarkan pendedahan dua blog pro-Umno, Utusan sanggup “membakar 1Malaysia” dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama masyarakat berbilang bangsa di negara ini. "Utusan mahu membakar 1Malaysia... ini amat jahat dan elemen bahaya ini sedang berlaku di negara kita sekarang,” kata Lim pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini. "Saya telah minta pemimpin parti saya membuat laporan polis mengenai perkara itu. Bagaimana finah dan penipuan boleh dijadikan tajuk utama sebuah akhbar?” Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP mengulas laporan di dua blog dan dipetik oleh Utusan yang mendakwa pemimpin parti itu bekerjasama dengan paderi-paderi seluruh negara yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan. Selain itu, penulis blog Bigdog menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu Perdana Menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu. Nama ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama. Utusan Malaysia pada halaman cetaknya hari ini bukan sahaja menyemak kesahihan berita tersebut sebaliknya mengapi-apikan perkara itu dengan melaporkan “selain menjamu selera (Jeff Ooi) turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.” Penulis blog Bigdog.com, adalah pengkritik lantang mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi penyokong taksub Tun Dr Mahathir Mohamad.

Utusan Sebar Fitnah Berdasarkan Skrip UMNO BN

Dalam laporannya itu juga disiarkan sekeping gambar yang kononnya menunjukkan seramai 35 orang paderi tersebut dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Utusan yang memetik blog itu melaporkan "Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi." Manakala blog Marahku, pula memilih tajuk 'Kedudukan agong terancam? DAP mahu jadikan Kristian agama rasmi? Menurut penulisnya parti berkenaan akan cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan mereka yang bearagama Kristian menjadi perdana menteri. Menurut Lim tidak ada sesiapa yang akan mempercayai dakwaan yang dibuat oleh penulis blog berkenaan kerana DAP tidak pernah terlintas untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Tambahnya lagi, DAP juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa agama rasmi Malaysia iaitu Islam ditukar kepada Buddha, Kristian, Hindhu ataupun mana-mana agama lain. “Ini permainan politik orang yang terdesak,” kata Lim sambil menambah, “dalam usaha memancing undi mereka sanggup melakukan apa sahaja”. Sementara itu, penganjur mesyuarat tersebut, National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship, juga menafikan dakwaan berkenaan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang semalam, pertubuhan itu menganggap tulisan tersebut sebagai “tidak berasas dan tidak bertanggungjawab serta bertujuan memecah-belahkan dan menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.” Mereka juga menganggap tulisan berkenaan berbaur fitnah. Menurut mereka, mesyuarat dan seminar yang diadakan itu bagi membincangkan isu rasuah dan sumbangan masyarakat Kristian bagi memeranginya. "Ia tidak ada kena mengena dengan politik atau tukar agama rasmi negara,” kata mereka. malaysiakini

[Apa yang disajikan kepada kita ini jelas sekali sungguh memalukan sebenarnya. Selepas mereka nampak jalan buntu dengan isu liwat dan video seks kini mereka cuba mengalih isu kepada soal perkauman dan agama pula. Ternyata UMNO BN kini semakin takut dengan DAP, lantaran itulah mereka melakukan apa saja bagi tujuan menghakis sokongan rakyat terhadap parti yang semakin diterima itu. Bermula dengan tuduhan DAP sebuah parti perkauman (rasis) dan sebagainya, kini mereka mainkan pula isu mahu tukar agama rasmi negara. Bukankah, sudah termaktub dalam perlembagaan bahawa agama rasmi negara ialah Islam, malah Perdana Menteri juga dari kalangan orang Melayu. Maka bagaimana DAP boleh disalahkan mahu mengubah agama rasmi negara?. Utusan Malaysia kini semakin biadap dan wajar ditentang habis-habisan oleh rakyat. Jika tidak ia akan terus meracuni minda mereka dulu, kini dan selamanya. Senario ini menunjukkan kepada kita Pilihan Raya Umum Ke-13 kini semakin hampir].

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...