Bunga Api


Thursday, May 12, 2011

ANTARA 2 DARJAT


9 Jamadil Akhir 1432 H | 12 Mei 2011


PAS menasihatkan polis agar jangan menambah kekecewaan rakyat dengan kegagalan demi kegagalan dalam mengambil tindakan dalam kes yang sudah terang lagi bersuluh jenayahnya dan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegur sikap pihak polis yang semakin dilihat bersifat dwi-standard dalam melaksanakan tugas menjamin keselamatan negara dan menegakkan keadilan undang-undang.

Demo anjuran UMNO seolah
mendapat 'restu', tiada polis dan FRU
“Tindakan mereka dilihat jauh lebih cekap dan segera bilamana sesuatu yang boleh mengugat Umno Barisan Nasional (BN) timbul. Pihak polis harus beringat-ingat untuk melakukan pembetulan segera kerana kewibawaan polis dan juga Kementerian Dalam Negeri, di mana ia bernaung sentiasa dinilai rakyat,” ujar Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Beliau memberikan contoh bagaimana cepatnya polis bertindak dalam demo-demo anjuran Pakatan Rakyat seperti anjuran bantahan terhadap Lynas di Kuantan baru-baru ini, berbanding dengan cara polis “menjaga” demo-demo anjuran Umno dengan tidak menghadirkan diri supaya ia dapat berjalan dengan bebas.

“Ia jelas amat berbeza apabila anggota keselamatan ‘dihadapankan bagi menghadapi parti pembangkang sehingga ianya menjadi bahan ketawa rakyat – bahawa jika satu-satu demo tersebut itu kelihatan berjalan bebas tanpa polis dan FRU maka rakyat terus tahu itu semestinya demo anjuran Umno dan sekutunya.
Jikalau PR yang berhimpun, walaupun demi keselamatan rakyat, yang termasuk juga keluarga-keluarga polis dari ancaman radioaktif, mereka terus diberikan amaran,” ujarnya, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Mengulas mengenai hujah polis yang mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat kerana tiada permit, Tuan Ibrahim berkata itu hanyalah alasan semata-mata kerana kalau pihak Pakatan Rakyat memohon sekalipun, permit tetap tidak diberi.’

“Bukan tak nak minta permit, kerana dah tahu minta pun tak dapat, buat apa minta? Menyusahkan sahaja. Tidak macam negara luar, yang pihak polisnya menjadi pengawal himpunan agar berjalan dengan baik. Satu masa dulu, Umno juga dakwa demo bukan budaya kita, namun nampaknya kebelakangan ini ianya pun sudah menjadi budaya baru dalam Umno,” tambahnya.


Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata sikap dwi-standard polis turut kelihatan dalam dua isu sensasi terbaru ini, iaitu kes video seks yang didakwa mebabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan permainan berbahaya media tradisional milik Umno, Utusan Malaysia yang cuba melagakan penganut agama Kristian dengan orang Islam dengan membangkitkan tuduhan tidak berasas mengenai ‘negara Kristian’.

“Sebelum ini dalam isu klip video, sampai sekarang tangkapan dan dakwaan terhadap trio Umno Datuk T (yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik) tidak dilakukan, sedangkan mereka terus terang melanggar peraturan dan undang-undang negara.


Kini, satu demi satu tindakan berbahaya dan bersifat menghasut melampau oleh akhbar Utusan dan blogger pro-Umno terus dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan. Apakah pihak polis menunggu berlakunya tragedi malang seperti 13 Mei, yang dua hari lagi sebelum ulang tahun tragedi mendukacitakan negara itu, barulah mereka nak bertindak?” soal Tuan Ibrahim

Rakyat menunggu dan menghitung hari bila polis akan ambil tindakan terhadap Utusan Malaysia selepas diam menyepi dalam isu seks video. - Harakahdaily

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...