Bunga Api


Monday, May 23, 2011

KJ SEMAKIN 'BIJAK' BERPOLITIK

KJ mencapai kemuncak karier politik
di zaman Pak Lah menjadi PM
20 Jamadil Akhir 1432 H | 23 Mei 2011

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan bersandiwara ketika meminta Pemuda Umno membantah kenaikan harga barang.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, semasa berada di bawah pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dahulu, Khairy menyifatkan kenaikan harga barangan satu keperluan.

Beliau yang juga anggota Parlimen Machang mengulas ucapan Khairy yang antara lain menggesa Pemuda Umno seluruh negara membuat usul menentang kenaikan harga minyak kerana membebankan rakyat.

Beliau mencadangkan kerajaan menyemak semula perbelanjaan untuk program PLKN yang berjumlah RM600 juta dan mencadangkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan.

"Ucapan ini nampak seolah-olah lunak, tetapi sebenarnya tidak lebih dari sebuah sandiwara untuk berlagak jaguh rakyat terutama ketika pilihanraya umum semakin dekat. Tiga tahun lepas, Khairy membuat kenyataan yang jauh sama sekali bertentangan dengan kenyataan beliau hari ini," kata Saifudin.

Beliau merujuk ucapan Khairy di Dewan Rakyat pada 23 Jun 2008 : "Walaupun pahit dan mengundang pelbagai reaksi negatif rakyat jelata, (namun) keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan".

Beliau juga berkata dengan menaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan, kerajaan membuat keputusan yang bertanggungjawab, beramanah dan jauh memandang ke hadapan.

Beliau menambah, walaupun rakyat terpaksa memikul beban hari ini, penstrukturan semula subsidi ini membawa sistem yang lebih adil dengan subsidi yang progresif.

"Harus diingat, petikan ucapan di atas adalah ketika bapa mertua beliau, Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri.

Soalan saya...
  • Kenapa Khairy sebagai seorang pemimpin utama parti Umno mengubah pendirian prinsipnya hanya dalam masa tiga tahun?
  • Kenapa ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri, Khairy menyokong penarikan subsidi dan kenaikan harga barang, sedangkan ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, Khairy terpaksa meminjam hujah Pakatan Rakyat yang konsisten menentang kenaikan harga barang dan penarikan subsidi kepada rakyat?
Sehubungan itu, Saifudin percaya, sikap sebenar Khairy adalah ketika bapa mertuanya menjadi Perdana Menteri dan sikapnya tidak pernah berubah, kecuali untuk mengabui mata rakyat dan berlagak hero menjelang pilihanraya ke 13. - Harakahdaily

Arak: Malaysia lebih teruk dari negara bukan Islam

Salah seorang penyumbang kepada peningkatan jumlah peminum arak negara

KUALA LUMPUR, 23 Mei: Kemunculan Malaysia sebagai negara yang menduduki tangga ke-10 peminum arak paling ramai di dunia, jelas meletakkan Malaysia sebagai negara lebih teruk dari negara-negara bukan Islam di seluruh dunia.

Dengan kedudukan itu juga, jelas melambangkan kegagalan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno dalam mendidik rakyatnya tentang bahaya arak agar menjauhinya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin Md Taib berkata, kejadian itu turut menjadi satu tamparan hebat kepada umat Islam di negara ini, memandangkan negara ini adalah negara umat Islam dengan Islam sebagai agama rasminya.

Menurut beliau, dalam masa yang sama, ia turut melibatkan maruah para mufti sendiri di tanah air kerana Malaysia turut memiliki mufti yang ramai yang berjumlah 14 orang di seluruh negara.

Katanya, selain itu, ia turut memberikan tamparan hebat kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam yang berada di JPM yang walaupun tidak mempunyai kementerian khusus, tetapi berfungsi sebagai menteri yang bertanggungjawab penuh terhadap hal ehwal Islam di negara ini.

"Memang amat mengaibkan. Dah lebih 50 tahun Kerajaan BN yang ditunjangi Umno memerintah negara ini, tetapi masih gagal mengatasi masalah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bahawa Malaysia menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia.

WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan beer di Malaysia pula mencecah 11 liter per kapita.

Menurut Ustaz Taib, para pemimpin Umno sepatutnya berasa malu dengan statistik itu, memandangkan sebelum ini mereka begitu bangga apabila Amerika Syarikat mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam contoh.

Antara pemimpin Umno yang jelas menyuarakan kebanggaannya dengan pengiktirafan Amerika itu termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin sendiri.

"Jadi sekarang apakah sudahnya? Patutlah Amerika mahu Malaysia jadi negara Islam contoh. Tidakkah para pemimpin Umno malu dengan apa yang berlaku itu?" katanya sinis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, walaupun secara dasarnya statistik itu melibatkan orang bukan Islam, tetapi kejadian itu tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan BN tahu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap rakyat.

"Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan BN tidak sepatutnya membiarkan rakyatnya begitu bebas dengan minuman arak, tetapi mestilah ada dasar tertentu yang perlu dilaksanakan bagi kawalan dan pemantauannya.

"Selain itu, kerajaan juga perlu melaksanakan dasar-dasar tertentu ke arah mendidik rakyatnya agar faham dengan bahaya minuman keras. Tetapi tanggungjawab itu ternyata gagal dilaksanakan oleh Kerajaan BN," katanya.

Beliau turut bimbang jika statistik itu juga turut membabitkan umat Islam sendiri, memandangkan di negara kita sememangnya terdapat anak pemimpin sendiri yang menjadi taukeh syarikat arak terbesar di Filipina, San Miguel, manakala bapanya pula asyik menghentam ulama kononnya dialah yang lebih pandai mengenai hukum-hakam.

Lebih jauh dari itu, katanya, walaupun umat Islam sendiri tidak meminumnya, tetapi kegitan itu juga pasti turut melibatkan umat Islam kerana persoalan arak itu sendiri melibatkan 10 perkara atau 10 pihak.

"Antaranya termasuklah pihak yang mengeluarkan lesen penjualan arak, orang yang menyediakan pembuatannya, orang yang menghidangnya dan orang yang mengangkutnya.

"Walaupun saya hanya menyebut beberapa perkara dari 10 perkara itu, tetapi dari yang saya sebutkan itu, tidakkah ia juga turut terbabit dengan umat Islam?" tegasnya.

Dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-10 peminum arak tertinggi di dunia, jelas beliau, ternyata menunjukkan Kerajaan BN yang ditunjangi Umno tidak mengambil berat tentang perkara itu, walaupun ia akan mendatangkan kesan amat buruk kepada negara.

"Arak adalah ibu maksiat. Jika ia tidak ditangani dengan baik, ia pasti akan mendatangkan masalah besar kepada peminumnya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara, termasuk mempertingkatkan lagi kes-kes gejala sosial," katanya.

Menurut beliau lagi, tokoh gerakan Islam, Al-Syahid Syed Qutb di dalam bukunya "Fi Zilli Quran" menjelaskan, kelebihan kepimpinan Islam antara lain akan menjaga dan mendokong kedaulatan agama, dakwah dan akhlak rakyatnya.

"Dalam Umno BN ternyata tidak ada landasan itu. Ia amat berbeza dengan PAS. Inilah yang perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini dengan memberikan sokongan padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bagi membolehkan negara muncul sebagai negara yang diberkati Allah," ujar beliau.

Sunday, May 22, 2011

(LENSA DPPWM) : EXKLUSIF GAMBAR DI TEMPAT KEJADIAN SEMALAM...


Mangsa yang ke 9 yang berjaya dikeluarkan


Dr Halimah dengan salah seorang waris yang terlibat.... mana shahrizat?
Mangsa yang ke 11 berjaya dikeluarkan... kelihatan waris mangsa terbabait....

Mangsa yang ke 10 berjaya dikeluarkan bersama mangsa yg ke 9




Mangsa yg ke 11
Mangsa yang ke 12 dan 11 ditemui jam 11.30 malam
Sahabat Unit Alam Puncak Alam

Lokasi tempat kejadian

(LENSA DPPWM 2) : KRONOLOGI TANAH RUNTUH BT 14

16 maut termasuk 2 dewasa




3 mangsa berusia 9 tahun dijumpai jm 4.15 pg tadi dan yang terakhir jam 5 pg tadi
Al-Fatihah buat mereke yg terkorban.... yang pangkah tue terkorban....sesungguhnya mereka itu termasuk dlm manusia yg syahid akhirat...

Mayat empat lagi kanak-kanak mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini, ditemui awal pagi ini.


Dengan itu 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal, demikian menurut laporan Bernama.

Operasi mencari dan menyelamat disambung pukul 8 pagi ini.

Mayat tiga daripada empat mangsa itu, dikenali sebagai Riz, Fahad dan Hazim, kesemuanya berumur 9 tahun ditemui pada pukul 4.21 pagi dan may

at kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Boboy, 11, diitemui pada pukul 5.05 pagi tadi.

Terkini: Kes Tanah Runtuh, Dua Belas Terbunuh, Sembilan 'Berjaya Di Selamatkan' Dan Empat Lagi Mangsa Masih Hilang Serta Tertimbus Setakat Ini


KAJANG, 22 Mei - Sebanyak 12 mayat berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu. Polis memaklumkan sehingga pukul 10.30 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun. Sebanyak empat mangsa lagi masih tertimbus dalam runtuhan itu setakat ini. Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Ampang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui. Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Dalam insiden malang itu, Tambahnya, kesemua penghuni rumah tersebut adalah sebanyak 24 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.lelaki.

[Sementara itu seorang lelaki yang tertimbus lapan jam dalam kejadian tanah runtuh di rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat dikeluarkan dengan selamat. Lelaki dikenali sebagai Abang Iwan berusia 33 tahun itu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 10.20 malam tadi. Dalam pada itu seorang lagi mangsa tanah runtuh terbabit dipercayai telah meninggal dunia di Hospital Ampang malam tadi. Kami sekali lagi mengucapkan salam takziah buat semua yang terlibat dan terselamat dalam insiden yang mengerikan ini hendaknya].

Rumah Al-Taqwa tak dapat bantuan kerajaan pusat

Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

rosmah hilton hotel 221209 sharizatDatuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.

"Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu malam semalam.

Sehingga awal pagi ini, semua 25 mangsa yang tertimbus berjaya dicari dan dikeluarkan. Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat pada kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.30 petang semalam itu.

Shahrizat berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu.

Thursday, May 12, 2011

Kenapa Ganu boleh Klate x boleh !! Umno perompak wang rakyat ? ,


Wang Ehsan oh Wang ehsan ......Lihat betapa kotornya dan busuknya politik Umno,duit royalti yang sekian lama dinikmati oleh rakyat Trengganu semasa diera pemerentahan BN di rampas dan ditukar menjadi wang ehsan setelah Umno kehilangan kuasa setelah tewas dalam pilihanraya umum pada tahun 1999 ditangan Pas.

Dengan sombong dan bongkak seperti zionis merampas tanah orang Palastin Umno dengan kerjasama kerajaan pusat dengan sewenang wenangnya merampas hasil royalti minyak ditukar menjadi wang ehsan dengan melanggar perjajian antara Petronas dan Kerajaan Negeri yang ditandatanganipada tahun 1975.

Tetapi bila BN kembali memerentah dan berkuasa di Trengganu wang ehsan itu ditukar balik kepada royalti. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sehingga Mac tahun ini Kerajaan Negeri sudah menerima wang royalti berjumlah RM670 juta bagi bayaran pertama manakala bayaran kedua berjumlah RM150 juta akan diterima minggu ini.

Pembayaran semula royalti minyak Terengganu itu juga menunjukkan sikap membuli Kerajaan Pusat terhadap musuh politik mereka.

Kita lihat di Kelantan pula kemelut wang royalti seakan sama seperti di Trengganu sehingga kini kes masih cabar mencabar di Mahkamah . Kenapa Umno /Bn bergitu jijik dan kotor permainan politik .Sekiranya Petronas boleh membayar royalti semula kepada Terengganu takan mereka boleh menafikan hak Kelantan sedangkan kedua-dua negeri bersempadan dan telaga minyak Kelantan adalah berhampiran , jika kelantan gagal dalam tuntutan ini nanti menjelaskan hasrat kerajaan pusat menganaktirikan Kelantan atas faktor politik dan dendam.

Disini kita boleh lihat kesimpulan dan pengajaram dari isu wang royalti di Trengganu yang kita nampak ialah Umno adalah perompak wang rakyat ,Umno pencabul perjajian kerana perkara yang telah termaktub didalam perjanjian pun Umno boleh mengekplotasikan untuk kepentingan politik dan dendam kesumat ,cuba kita bayangkan khanzanah negara yang lain berapa banyak Umno telah salah gunakan atau songlap ?

Kepada kerajaan tolonglah jagan menunjuk sikap double standard dalan isu ini kembalilah wang rakyat untuk ditakbir kepada yang berhak. Berlaku adil dalam merealisasikan kebajikan secara saksama demi kepentingan rakyat . Buangkan sifat ego kerajaan pusat bagi merealisasikan slogan Rakyat didahulukan pencapain di utamakan. Jangan slogan tingal slogan.


Terima royalti minyak RM938 juta

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri menerima bayaran royalti minyak berjumlah RM938 juta secara berperingkat sehingga Jun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sehingga Mac tahun ini Kerajaan Negeri sudah menerima wang royalti berjumlah RM670 juta bagi bayaran pertama manakala bayaran kedua berjumlah RM150 juta akan diterima minggu ini.

Menurutnya, Petronas akan membayar sebanyak RM938 juta secara berperingkat sebagaimana dijanjikan dan kekal seperti mana perjanjian asal, cuma cara pembayarannya dibuat melalui Kerajaan Pusat.

“Tidak ada terma dan perjanjian baru akan dibuat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berhubung royalti minyak yang diterima Kerajaan Negeri.

“Sehingga kini Kerajaan Negeri telah menerima wang royalti berjumlah RM670 juta,” katanya.

Belian berkata demikian ketika menjawab soalan Abdul Wahid Endut (Pas/Wakaf Mempelam) mewakili Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas/Rhu Rendang) yang tidak hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12, semalam kerana ada urusan di Kuala Lumpur, meminta Kerajaan Negeri menyatakan terma yang dipersetujui dalam rundingan antara Kementerian Kewangan, Kerajaan Negeri dan Petronas untuk mengembalikan semula royalti Petroleum.

Menjawab soalan tambahan daripada Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas/Batu Buruk) Ahmad menjelaskan, Petronas telah membuat pembayaran sebanyak lima peratus hasil royalti (RM938 juta) berkenaan melalui Kerajaan Pusat yang kemudiannya menyalurkannya kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat tidak ambil satu sen pun wang berkenaan.

“Cuma ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terutama berkaitan Dana Khas, dulu ada peruntukan Kerajaan Negeri yang digunakan bertujuan membiayai projek lain dan bayaran projek yang komited itu masih belum diselesaikan.

“Hasil rundingan terakhir baru-baru ini, kita mencapai kata sepakat bahawa semua baki yang tinggal akan diserahkan kepada Kerajaan Negeri yang berjumlah RM400 juta setelah semua urusan berkaitan projek pembinaan fasa kedua Lapangan Terbang Sultan Mahmud selesai,” katanya.- sinar

ANTARA 2 DARJAT


9 Jamadil Akhir 1432 H | 12 Mei 2011


PAS menasihatkan polis agar jangan menambah kekecewaan rakyat dengan kegagalan demi kegagalan dalam mengambil tindakan dalam kes yang sudah terang lagi bersuluh jenayahnya dan perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegur sikap pihak polis yang semakin dilihat bersifat dwi-standard dalam melaksanakan tugas menjamin keselamatan negara dan menegakkan keadilan undang-undang.

Demo anjuran UMNO seolah
mendapat 'restu', tiada polis dan FRU
“Tindakan mereka dilihat jauh lebih cekap dan segera bilamana sesuatu yang boleh mengugat Umno Barisan Nasional (BN) timbul. Pihak polis harus beringat-ingat untuk melakukan pembetulan segera kerana kewibawaan polis dan juga Kementerian Dalam Negeri, di mana ia bernaung sentiasa dinilai rakyat,” ujar Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Beliau memberikan contoh bagaimana cepatnya polis bertindak dalam demo-demo anjuran Pakatan Rakyat seperti anjuran bantahan terhadap Lynas di Kuantan baru-baru ini, berbanding dengan cara polis “menjaga” demo-demo anjuran Umno dengan tidak menghadirkan diri supaya ia dapat berjalan dengan bebas.

“Ia jelas amat berbeza apabila anggota keselamatan ‘dihadapankan bagi menghadapi parti pembangkang sehingga ianya menjadi bahan ketawa rakyat – bahawa jika satu-satu demo tersebut itu kelihatan berjalan bebas tanpa polis dan FRU maka rakyat terus tahu itu semestinya demo anjuran Umno dan sekutunya.
Jikalau PR yang berhimpun, walaupun demi keselamatan rakyat, yang termasuk juga keluarga-keluarga polis dari ancaman radioaktif, mereka terus diberikan amaran,” ujarnya, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Mengulas mengenai hujah polis yang mengganggu ceramah anjuran Pakatan Rakyat kerana tiada permit, Tuan Ibrahim berkata itu hanyalah alasan semata-mata kerana kalau pihak Pakatan Rakyat memohon sekalipun, permit tetap tidak diberi.’

“Bukan tak nak minta permit, kerana dah tahu minta pun tak dapat, buat apa minta? Menyusahkan sahaja. Tidak macam negara luar, yang pihak polisnya menjadi pengawal himpunan agar berjalan dengan baik. Satu masa dulu, Umno juga dakwa demo bukan budaya kita, namun nampaknya kebelakangan ini ianya pun sudah menjadi budaya baru dalam Umno,” tambahnya.


Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata sikap dwi-standard polis turut kelihatan dalam dua isu sensasi terbaru ini, iaitu kes video seks yang didakwa mebabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan permainan berbahaya media tradisional milik Umno, Utusan Malaysia yang cuba melagakan penganut agama Kristian dengan orang Islam dengan membangkitkan tuduhan tidak berasas mengenai ‘negara Kristian’.

“Sebelum ini dalam isu klip video, sampai sekarang tangkapan dan dakwaan terhadap trio Umno Datuk T (yang diketuai bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik) tidak dilakukan, sedangkan mereka terus terang melanggar peraturan dan undang-undang negara.


Kini, satu demi satu tindakan berbahaya dan bersifat menghasut melampau oleh akhbar Utusan dan blogger pro-Umno terus dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan. Apakah pihak polis menunggu berlakunya tragedi malang seperti 13 Mei, yang dua hari lagi sebelum ulang tahun tragedi mendukacitakan negara itu, barulah mereka nak bertindak?” soal Tuan Ibrahim

Rakyat menunggu dan menghitung hari bila polis akan ambil tindakan terhadap Utusan Malaysia selepas diam menyepi dalam isu seks video. - Harakahdaily

Tuesday, May 10, 2011

STRATEGI PENGHAPUSAN RIBA, STRATEGI HALUS MENJATUHKAN MONOPOLI KUASA AMERIKA


Selagimana penggunaan Wang Kertas di amalkan, selagi itu amat sukar untuk mengelak dari tertempias dengan debu-debu riba. perkara ini diakui sendiri oleh Nabi Muhammad SAW. Usaha perubahan kepada matawang yang mempunyai nilai pada zat atau ain wang perlu dilakukan; iaitu ke arah mewujudkan mata wang terus kepada emas dan perak, atau dikenali sebagai dinar dan dirham.

Wang kertas menjadi bernilai, apabila ia diiktiraf oleh sesebuah kerajaan. Tetapi, emas dan perak atas nama Dinar dan Dirham tetap bernilai tanpa pengiktirafan kerajaan. Cuma sesuatu negara itu mungkin tidak mengiktirafnya sebagai matawang sahaja.

Kelantan telah melakukan perubahan ini. Ia boleh dianggap sebagai strategi berani dalam usaha mengelakkan diri dari terlibat dengan riba, atau debu-debu riba. Mungkin ada pihak yang menganggap ia sebagai satu perkara yang mustahil, tetapi jika diteliti, ia adalah satu perkara yang tidak mustahil.

Jika dahulu, iaitu diawal kemenangan PAS di Kelantan. Kerajaan Negeri kelantan dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mengambil sikap berani dengan mengeluarkan segala wang kerajaan Negeri dari bank ribawi, lalu dipindahkan kepada bank Islam. Ternyata tindakan itu menjadi tekanan kepada bank ribawi sehingga mereka memasukkan elemen "anti-riba" dalam bank mereka, malahan berkembang di seluruh Malaysia. Keadaan kini pula,Bank Ribawi sendiri sudah semakin memasukkan elemen Islam dalam bank mereka, sehingga unsur ribawi semakin mengecil dalam bank mereka.

Jika usaha ini dilihat semakin berjaya, waima ia bermula dari tahun 1990. Jadi, ia tidak mustahil jika tindakan memulakan usaha mewujudkan dinar dan dirham di Negeri Kelantan dilakukan. Permulaan mungkin ia tidak dianggap sebagai matawang, tetapi apabila penggunaannya semakin berleluasa, tidak mustahil pihak bank terpaksa mengiktiraf penggunaan ini.

Jika ini berjaya, sebenarnya ia telah menjadi satu usaha yang berkesan dalam mengugat kekuatan amerika yang menjadi bapa monopoli wang dunia, seterusnya menindas negara umat Islam yang kita dapat lihat berlaku pada hari ini.

Sekian

Wallahu 'Alam

Dua lagi rasuah Scorpene RM32.5 juta dibongkar


KUALA LUMPUR: Dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene didedah kerajaan Perancis bernilai RM32.5 juta, kata Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.

Menurut Cynthia, rasuah itu terbongkar apabila siasatan dijalankan pihak berkuasa negara itu sejak lima bulan lalu.
“Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia.
“Jika benar, ini bermakna dalam penbelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi,” katanya.
Berita mengenainya disiarkan dalam Suara Keadilan, edisi ke 15 yang berada di pasaran sejak hari ini.
Cynthia berkata, dokumen itu diperoleh selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat.
“Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu.
Baru-baru ini, laman web Rue89 yang berpusat di Perancis mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar komisyen RM493 juta sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Laporan itu berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Saturday, May 7, 2011

Panas: Utusan Terus Jadi Alat UMNO BN, Tuduh DAP Pula Berpakat Dengan Paderi-Paderi Untuk Jadikan Kristian Sebagai Agama Rasmi Malaysia

Justify Full

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (foto) berang dengan laporan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia dengan tajuk utamanya 'Malaysia Negara Kristian?'. Katanya, dengan hanya berdasarkan pendedahan dua blog pro-Umno, Utusan sanggup “membakar 1Malaysia” dengan mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama masyarakat berbilang bangsa di negara ini. "Utusan mahu membakar 1Malaysia... ini amat jahat dan elemen bahaya ini sedang berlaku di negara kita sekarang,” kata Lim pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini. "Saya telah minta pemimpin parti saya membuat laporan polis mengenai perkara itu. Bagaimana finah dan penipuan boleh dijadikan tajuk utama sebuah akhbar?” Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP mengulas laporan di dua blog dan dipetik oleh Utusan yang mendakwa pemimpin parti itu bekerjasama dengan paderi-paderi seluruh negara yang berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan. Selain itu, penulis blog Bigdog menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku juga melaporkan paderi-paderi Kristian mahu Perdana Menteri dilantik dari kalangan penganut agama itu. Nama ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama. Utusan Malaysia pada halaman cetaknya hari ini bukan sahaja menyemak kesahihan berita tersebut sebaliknya mengapi-apikan perkara itu dengan melaporkan “selain menjamu selera (Jeff Ooi) turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.” Penulis blog Bigdog.com, adalah pengkritik lantang mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi penyokong taksub Tun Dr Mahathir Mohamad.

Utusan Sebar Fitnah Berdasarkan Skrip UMNO BN

Dalam laporannya itu juga disiarkan sekeping gambar yang kononnya menunjukkan seramai 35 orang paderi tersebut dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian. Utusan yang memetik blog itu melaporkan "Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi." Manakala blog Marahku, pula memilih tajuk 'Kedudukan agong terancam? DAP mahu jadikan Kristian agama rasmi? Menurut penulisnya parti berkenaan akan cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan mereka yang bearagama Kristian menjadi perdana menteri. Menurut Lim tidak ada sesiapa yang akan mempercayai dakwaan yang dibuat oleh penulis blog berkenaan kerana DAP tidak pernah terlintas untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Tambahnya lagi, DAP juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bahawa agama rasmi Malaysia iaitu Islam ditukar kepada Buddha, Kristian, Hindhu ataupun mana-mana agama lain. “Ini permainan politik orang yang terdesak,” kata Lim sambil menambah, “dalam usaha memancing undi mereka sanggup melakukan apa sahaja”. Sementara itu, penganjur mesyuarat tersebut, National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship, juga menafikan dakwaan berkenaan. Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang semalam, pertubuhan itu menganggap tulisan tersebut sebagai “tidak berasas dan tidak bertanggungjawab serta bertujuan memecah-belahkan dan menimbulkan huru-hara di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.” Mereka juga menganggap tulisan berkenaan berbaur fitnah. Menurut mereka, mesyuarat dan seminar yang diadakan itu bagi membincangkan isu rasuah dan sumbangan masyarakat Kristian bagi memeranginya. "Ia tidak ada kena mengena dengan politik atau tukar agama rasmi negara,” kata mereka. malaysiakini

[Apa yang disajikan kepada kita ini jelas sekali sungguh memalukan sebenarnya. Selepas mereka nampak jalan buntu dengan isu liwat dan video seks kini mereka cuba mengalih isu kepada soal perkauman dan agama pula. Ternyata UMNO BN kini semakin takut dengan DAP, lantaran itulah mereka melakukan apa saja bagi tujuan menghakis sokongan rakyat terhadap parti yang semakin diterima itu. Bermula dengan tuduhan DAP sebuah parti perkauman (rasis) dan sebagainya, kini mereka mainkan pula isu mahu tukar agama rasmi negara. Bukankah, sudah termaktub dalam perlembagaan bahawa agama rasmi negara ialah Islam, malah Perdana Menteri juga dari kalangan orang Melayu. Maka bagaimana DAP boleh disalahkan mahu mengubah agama rasmi negara?. Utusan Malaysia kini semakin biadap dan wajar ditentang habis-habisan oleh rakyat. Jika tidak ia akan terus meracuni minda mereka dulu, kini dan selamanya. Senario ini menunjukkan kepada kita Pilihan Raya Umum Ke-13 kini semakin hampir].

PRU13 AGENDA UTAMA

4 Jamadil Akhir 1432 H | 7 Mei 2011


GOMBAK, 7 Mei:
Kekuatan PAS mesti diterjemahkan dalam pilihan raya umum ke-13 dan persiapannya harus dijadikan agenda penting untuk dibincangkan dalam muktamar parti Jun ini.


Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS harus memenangi pilihan raya umum kerana ianya akan mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap parti itu dan ianya merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua pimpinan dan ahli parti.


"Cabaran dalam muktamar kali ini, bagaimana PAS nak perkukuhkan persiapan untuk menghadapi PRU ke-13. PAS parti yang paling lama, paling banyak pengalaman, cawangan banyak, ahli banyak tapi data yang ada tak mencukupi kalau tak diterjemahkan dalam konteks pilihan raya.


"Kemenangan pilihan raya jadi ukuran dalam konteks politik. Memanglah dalam Islam kita menang ke kalah kita kena istiqamah,tapi umum menilai kita bergantung kepada pencapaian dalam pilihan raya.


"Jadi kalau kita masuk pilihan raya tiba-tiba pencapaian kita rendah,akan ada kesan politik dan mempengaruhi keyakinan rakyat," kata beliau ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) ke-28, dekat sini, hari ini.


Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut berkata, muktamar kali ini juga harus memberi tumpuan kepada strategi memperkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dikenali sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya.


"Bagaimana kita nak perkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat? Kita tak mahu kita hanya menumpang tapi kena bersama menerajui perubahan dan kepimpinan dalam Pakatan.
Ini cabaran besar kerana terdapat isu-isu yang dibangkitkan berkaitan agama dan melibatkan hukum yang merupakan cabaran kepada pemimpin-pemimpin PAS," katanya.


Menurutnya juga, PKR dan DAP akhir-akhir ini turut menerima serangan yang teruk daripada BN dan PAS sebagai parti Islam pula sering diserang berkaitan pendekatan Islam yang dibawa.


"Kita lihat sekarang cabaran dalam PKR, Datuk Seri Anwar (Ibrahim) kena serang teruk dengan beberapa ahli lompat parti.
DAP pula berhadapan dengan cabaran untuk meluaskan pengaruh untuk keluar daripada orang Cina sahaja.


Jadi PAS dilihat dalam pendekatan agama. Kita tak nak lihat pendekatan agama dalam konteks yang negatif.
Kita tak tegaskan agama yang PAS bawa bukan tertutup tapi agama sebagai rahmat kepada seluruh alam samaada kepada orang Islam atau bukan Islam.


Kita kena terjemahkan supaya orang bukan Islam tidak melihat PAS ini sebagai ancaman. Tapi kalau pendekatan PAS sendiri agak tetutup, menyebabkan mereka salah anggap terhadap PAS," katanya juga.


Pasca PRN Sarawak
"Ada orang cuba kaitkan kekalahan PAS di Sarawak kerana dasar Islam yang kita bawa tapi kita bantah. Kita dapat dokongan daripada orang Kristian. Mereka bawa kita ke rumah panjang dan bersama-sama kita dalam kempen. Jadi kita tak ditolak kerana agama.

"Ini yang perlu kita yakinkan masyarakat dan PAS perlu bersama dalam arus perubahan politik negara," katanya. - Harakahdaily

Monday, May 2, 2011

Al-Fatihah





Ustaz Yussaine Ketua baru DPP Perlis

KANGAR -Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Yussaine Yahya dipilih secara syura sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis yang baru.

Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua akan menggantkan Ustaz Ya'akub Abu Seman yang akan "bersara wajib" dari Pemuda PAS.

Yussaine akan digandingkan dengan Timbalan yang baru, Ustaz Muhammad Azmir Azizan yang sebelum ini merupakan Setiausaha Pemuda PAS Perlis.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Kangar, Meor Hassan Sazali Meor Hajar juga terpilih selaku Naib Ketua.

sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...