Bunga Api


Thursday, December 29, 2011

Mukhriz "Terlopong" Dengan "Bidasan" MB Kedah...

Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina.
Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.

"Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.

Beliau membidas sikap sesetengah pihak khasnya Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan surau itu diroboh.

Surau itu terpaksa dirobohkan untuk membolehkan projek Aman Central dibina di atasnya kerana ia bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk.

"Saya tahu hukum-hakam..saya (juga) lulusan (Universiti Al Azhar) Mesir. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Majlis Fatwa dan Mufti.

"Jangan cari publisiti murahanlah...selesai dulu kes lembu (NFC) RM250 juta tu dulu," kata Azizan membidas pemimpin Umno yang membangkit isu itu.

Kerajaan negeri juga, katanya, telah membayar pampasan bernilai RM1.48 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebagai pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep 'istiddal' bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanafaat kepada umat Islam.

Tengku Razaleigh meramalkan PRU 13 UMNO akan menerima kekalahan lagi.

Mahathir bukan cerdik sangat - Ku Li

Mahathir bukan cerdik sangat - Ku Li

KUALA LUMPUR- Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman. -Hrkh

Negara Berkebajikan.


Sunday, December 25, 2011

'CYBER WAR' - KUASAI MEDIA BARU HADAPI PRU13

29 Muharram 1433 H | 25 December 2011

Oleh Wan Nik Wan Yusoff, Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan


MESKIPUN banyak pihak sudah mengambil maklum akan pentingnya peranan media baru d
alam kempen plihan raya, masih berlaku sikap sambil lewa di kalangan pengurus kempen PAS dalam memanfaatkan ruang kempen media baru
untuk memberi maklumat kepada pengundi.

Kelebihan era “24 hours news cycle” yang menyaksikan informasi yang bersimpang siur tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.


Paling mudah diukur ialah sikap lewa pengurus kempen PAS, antaranya dari segi sejauh mana memanfaatkan telefon bimbit yang sentiasa di sisi itu sebagai alat penggempur maklumat.


Pengurus kempen PAS didapati tidak memberi tumpuan serius, terutama dari segi melengkapkan profil pengundi sasar dengan nombor telefon bimbit, gagal memanfaatkan SMS berkelompok dan online SMS. Agak minimum pula menggunakan SMS bergambar (multimedia message) atau pemberitahuan secara twitter.

Penggunaan telefon bimbit bukan hanya sekadar untuk bersembang dan ber'sms' sahaja tetapi harus diperkasakan lagi dengan pengurusan perang media yang dijana oleh teknologi maklumat internet atau komunikasi maya.

Justeru setiap pengurus kempen PAS hendaklah turut menguasai dan berkuasa mencorakkan maklumat internet menerusi pelbagai jaringan komunikasi maya bersifat laman sosial seperti blog,facebook dan twitter.


Kesemua laman sosial ini boleh dicapai secara mudah oleh setiap pengguna telefon bimbit, kerana pelbagai peranti telefon bimbit sekarang sudah dilengkapi dengan aplikasi sistem laman sosial. Sementelah pula, budaya pengguna peranti komunikasi (termasuk kalangan pengurus kempen PAS) sekarang sedang berkembang ke arah penggunaan dwi-fungsi peranti atau dua-dalam satu, iaitu telefon dan iPad.


Kecanggihan peranti yang seharusnya dapat dimanfaatkan secara maksimum oleh pengurus kempen PAS demi memakmurkan kempen pilihan raya pascaledakan maklumat internet.


Kempen menerusi telefon mengambil peluang pengguna telefon bimbit di Malaysia kini sekitar 15 juta orang (daripada 28,908,795 orang) sudah tentu kempen media/isu menerusi peranti ini boleh memberi nilaian positif yang meyakinkan. Tinggal lagi, sejauh manakah usaha dan upaya itu dapat dilaksanakan?


Di sinilah peri pentingnya pendekataan perang media dirancang dengan kemas dan berstrategi. Apakah pengurus kempen PAS bersedia atau sudah melaksanakannya?


Menyelesaikan persoalan ini, pihak jentera kempen PAS perlu mengambil langkah-langkah berkikut:
  • Melatih dan membiasakan para pengurus kempen dengan budaya bestari perang media (smart culture of the media war). Ia bermaksud, suatu perancangan strategik berasaskan maklumat dengan teknik dan taktik serangan berorientasikan media baru. Ia perlu bermula dengan tindakan melengkapkan profail pengundi yang akses media baru.

  • Menyediakan medium dan bahan atau isu untuk disampaikan kepada pengundi menerusi peranti seperti telefon bimbit, mahupun iPad.

    Ia memerlukan simulasi isu berupa agenda setting. Misalnya isu korupsi, kronisme dan nepotisme Umno yang terjelma melalui ‘politik lembu’ NFC boleh dijadikan modal awal untuk di- SMS-kan.

    Selepas itu, diikuti dengan isu berikutnya. Antaranya isu isteri PM yang suka bergaya sebagai First Lady, dan isu-isu yang seterusnya. Apa yang penting penyediaan agenda setting secara berterusan sehingga pilihan raya adalah teknik penting untuk disesuaikan dengan penggunaan peranti telefon bimbit.

  • Wujudkan pasukan penilai dan penarafan hasil atas kempen menerusi telefon bimbit. Penilaian adalah penting untuk penarafan setiap respons pengundi, apakah sikap pengundi bersetuju atau menolak isu-isu yang dibangkitkan? Atau, apakah sesuatu isu yang dibangkitkan oleh PAS mendapat sambutan popular di sisi pengundi atau sebaliknya.
Justeru itu, pendekatan kempen media baru seumpama pendekatan SMS telefon bimbit adalah salah satu teknik dan taktik untuk menguji peluang PAS sama ada menang atau sebaliknya. Ia suatu medium sosial yang memberi kesan politik serta establishment politik baru yang semestinya dimanfaatkan oleh pengurus kempen PAS.

Saturday, December 24, 2011

PRU KE-13





Thursday, December 22, 2011

Kemuncup Dalam Perjuangan Dan Dasar PAS Yang Dijamin Majlis Syura



Mehnah atau tribulasi dalam perjuangan Islam adalah sunnatulLah, bagi menguji dan memperkukuhkan jamaah dan membina kekuatan mujahadah bagi ahli.

Dalam sejarah perjuangan Islam yang panjang ini, kita meyaksikan betapa beratnya ujian atau mehnah yang dihadapi oleh jamaah dan ahli yang mendokongi jamaah tersebut. PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang lama di negara ini telah lali dengan pelbagai mehnah yang dihalakan kepada jamaah ini. Kita pernah diharamkan, dibatalkan logo, disekat aktiviti, didenda dan sebagainya, namun parti terus berkembang hingga kini.

Manakala tribulasi kepada ahli berlaku setiap hari, samada kecil atau besar, ujian tersebut ianya akan pasti berlaku. Panduan kita ialah kenyataan:

"Andainya anda menyertai mana-mana jamaah Islam, lalu anda tidak menerima apa jua mehnah dan ujian, maka semak semula jamaah yang anda sertai itu, kerana mungkin ianya bukan jamaah yang menepati kriteria jamaah Islam.”

Sekiranya setelah anda semak dan teliti, ternyata benar ianya adalah jamaah Islam, maka semak pula apakah anda bekerja untuk Islam atau tidak. Kerana mungkin kalau anda tidak menerima apa jua ujian atau mehnah, mungkin sebenarnya anda tidak bekerja untuk Islam, melainkan untuk diri sendiri.”

Kenyataan itu mencerminkan betapa mehnah dalam perjuangan Islam adalah lumrah dan sunnatulLah. Itulah yang menyebabkan kita merasai kemanisan berada dalam jamaah dan kenikmatan bersama jamaah memperjuangkan Islam sebagai cara hidup ummah, selaras dengan tuntutan Islam.

Dalam sejarah yang panjang ini, PAS menyaksikan ada ahli dan pimpinan yang muncul dan hilang. Kehilangan dari medan terkadang bukanlah lari dari perjuangan, ianya hanya rehat sementara dari kepenatan yang panjang atau menceburi jalan dan uslub lain yang sesuai dengan jiwa dan tenaga semasa.

Apapun, ianya adalah manik-manik embun waktu pagi bersinar mengerlip dengan cahaya matahari, tapi ianya akan kering dek kepanasan matahari yang menyerinya diawal pagi.

Namun ada jua yang terus hilang dari medan perjuangan. Kenapa ianya hilang? Semua ada jawapan sendiri, kita tidak perlu berbahas di atas hujah masing-masing. Apa yang penting jamaah mesti dipelihara, dijaga dan dimantapkan bagi meneruskan agenda besar yang menjadi kewajipan perjuangan Islam.

Kita tidak perlu meratapi kehilangan, walaupun kita sanga sedih di atas kehilangan itu. Kita mesti terus memandang kehadapan dangan penuh yakin bahawa satu hari Islam akan berada dipuncaknya.

Kita hanyalah mata rantai bagi memusingkan roda Islam itu. Kalaulah Allah kehendaki, ia boleh sahaja menukarkan dengan mata rantai lain dan roda itu terus berpusing sampai kemuncaknya.

Suatu hari, bilamana saorang sahabat bertanya Rasulullah s.a.w "siapakah di kalangan manusia yang sangat berat ujiannya, lalu jawab Rasulullah s.a.w yang paling berat ialah nabi-nabi, kemudian mereka yang mengikuti nabi- nabi (para sahabat) dan mereka yang mengikuti dibelakangnya ( tabieen).

Hadis ini membuktikan bahawa ujian yang ditempuhi oleh pimpinan tidak sama dengan ahli biasa, demikian juga ujian waktu kalah tidak akan sama dengan ujian di saat kemenangan. Besarnya mehnah ini memerlukan kita istiqamah dalam jamaah, mengikuti tartib jamaah dan sentiasa wala' pada pimpinan. Itulah erti berada dalam jamaah Islam.

Kita tidak perlu bimbang soal sesuatu dasar yang diputus dalam jamaah kerana kita punya Majlis Syura yang memandu jamaah agar semua keputusan jamaah tidak bercanggah dengan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan.

Majlis syura ulamak yang terdiri dari Mursyidul Am Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dan timbalannya Dato' Dr Haron Din dan jawatankuasa adalah badan pemantau perjalanan parti agar selaras dengan dasar Islam yang menjadi dasar parti.

Majlis Syura juga adalah badan penapis segala program parti, bahkan kesemua calon yang akan bertanding dalam mana-mana Pilihanraya akan disahkan oleh Majlis Syura. Mekanisme ini tiada dalam mana- mana parti lain, sehingga semua hala tuju dan dasar parti mesti menepati kehendak syarak.

Manakala Muktamar Agong adalah ruang terbuka untuk membahas dan membincang hala tuju atau masa depan parti, begitu juga kewujudan dewan-dewan yang menjadi sayap penting parti bagi memastikan dasar yang telah diputus dapat berjalan dengan sempurna dan berimbang.

Andainya ada pihak yang mempertikai sesuatu yang telah menjadi dasar parti, maka itu bermakna mempertikaikan keputusan syura, muktamar agong dan pendirian parti. Ianya tidak sepatutnya berlaku.

PAS tidak pernah lari dari dasar perjuangan. Kita tetap dengan dasar yang sama yang telah termaktub dalam perlembangaan parti. Hal itu tidak perlu dipertikai lagi.

Apa yang perlaku ialah PAS telah membuat anjakan paradigma perjuangan, dengan pendekatan baru yang lebih terbuka dari sudut pendekatan bagi menterjemahkan realiti Islam sebagai 'rahmatal lil 'alamin'.

Perubahan dan anjakan ini selaras dengan perkembangan semasa dengan arus perubahan pemikiran, media dan realiti rakyat. Perubahan kaedah atau uslub, bukan bermakna perubahan dasar dan prinsip. Namun sebahagian yang biasa dengan pendekatan lama yang statik akan menganggap ianya perubahan dasar dan prinsip perjuangan. Ianya seumpama menukar cover sofa dan mengalihkannya dengan susunan baru, serta menukar warna langsir agar lebih ceria. Namun perubahan ini ada yang merasakan perubahan seluruh ruangtamu itu.

Perkembangan ini menggerunkan musuh, dan mereka mula menyerang bahawa PAS yang berkembang ke arah 'rahmatal lil a'lamin' telah terpesong daripada dasarnya. Motif mereka hanya satu, mereka tidak ingin melihat PAS berkembang, mereka hanya ingin melihat PAS kekal jumud dan terbelakang. Sepatutnya sebagai ahli PAS, kita harus membantu jamaah menerangkan perkara ini dan bukannya menyanyikan lagu musuh di media musuh mempertikaikan dasar parti sendiri.

Apapun, ini hanyalah kemuncup dalam perjuangan. Kita mempunyai tugas dan kerja besar yang perlu dilakukan. Ibarat bermain bola, jangan sibuk mencabut kemuncup yang lekat diseluar atau stokin; teruskan permainan sehingga selesai perlawanan ini. Tumpuan kepada usaha memenangi perlawanan menyebabkan kita tidak akan terasa adanya kemuncup di seluar dan stokin. Jangan leka mencabut kemuncup sehingga pintu gol terlopong tanpa penjaga.

Jika ada pemain yang dilihat semakin tidak menjadi team player dan menyusahkan seluruh pasukan kerana beliau tidak setuju dengan taktik 4-4-2 yang diputuskan, jurulatih pasukan terpaksa bertindak untuk menegur, dan sekiranya keadaan tidak berubah, menggantikannya dengan pemain lain yang lebih bersifat team player. Ini terpaksa dilakukan supaya pasukan itu dapat memfokuskan segala tenaganya untuk menembus gawang gol lawan daripada membazirkan masa menjawab dan memotivasikan pemain mengapa taktik 4-4-2 digunakan hanya kerana beliau lebih sukakan 6-4-0.

Diharap sedikit kiasan ini dapat membantu jamaah dan ahli-ahli PAS untuk bergerak ke hadapan dengan hala tuju yang sama.

Salam perjuangan.

Ustaz Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pemuda Umno Guna Gangster Ugut Mahasiswa


Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam tindakan Pemuda Umno menggunakan gangster untuk mengugut ibu bapa Adam Adli di Pulau Pinang.

Pertubuhan itu mendakwa Umno turut membuat demonstrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendesak Adam dibuang pengajian.

SAMM kata pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin menyatakan solidariti bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memperjuangkan kebebasan akedemik.

“Kita secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun, siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa,” katanya.

SMS dan panggilan telefon

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata, Adam diugut dalam media baru termasuk SMS dan panggilan telefon.

“Setelah berjumpa Adam, saya menasihatkan Adam membuat laporan polis,” katanya.

Beliau berkata, tunjuk perasaan mahasiswa pada Sabtu lalu adalah untuk menuntut kebebasan akedemik di dalam negara ini.

Katanya, jika Umno tidak campur tangan dan wujud kebebasan akedemik maka tunjuk perasaan tersebut pasti tidak berlaku.

Katanya, kehadiran kumpulan lebih 400 mahasiswa selepas mereka menghantar memorandum di Suhakam selepas Timbalan Menteri

Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah setuju menerima rombongan mereka. -FMT

Wednesday, December 21, 2011

Banjir Di Johor Semakin Buruk, 3,310 Dipindahkan

Johor Bahru: Mangsa banjir di seluruh Johor meningkat kepada 3,310 orang hingga jam 9.45 malam tadi, dengan Kluang menjadi daerah paling teruk terjejas membabitkan pemindahan 2,703 mangsa daripada 695 keluarga.


Setakat ini, 42 pusat pemindahan sudah beroperasi meliputi tiga daerah, membabitkan 23 pusat di Kluang, lima di Segamat dan empat di Batu Pahat.


Cuaca mendung di sekitar Johor Bahru sepanjang hari semalam, membolehkan penduduk Kampung Laut yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai, pulang ke rumah masing-masing.


Di Kluang, kawasan teruk terjejas di Mengkibol dan Kahang dengan enam pusat pemindahan dibuka, selain lima di Machap, tiga di Paloh, manakala masing-masing dua di Layang dan Mahkota.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai, berkata beliau agak kecewa dengan sikap penduduk di kawasan tertentu yang terjejas banjir menunggu hingga saat akhir untuk berpindah.


Katanya, sikap seumpama itu bukan saja menyusahkan diri malah menyukarkan pasukan penyelamat menjalankan operasi pemindahan apabila banjir melanda terutama pada waktu malam.


“Semua penduduk yang berada di kawasan terdedah banjir, wajar mengambil langkah awal memastikan dokumen dan barang berharga dipindahkan ke tempat selamat sebelum bencana melanda.


“Kita juga minta pasukan keselamatan khususnya polis untuk menjalankan rondaan di kawasan kampung dan perumahan yang terpaksa ditinggalkan oleh mangsa banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika meninjau mangsa banjir di Kluang, petang semalam.


Di Batu Pahat, sebuah pusat pemindahan baru dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru dan sehingga jam 2 petang semalam, 24 orang mangsa daripada tujuh keluarga telah ditempatkan di sana.


Kini terdapat empat pusat pemindahan di Balai Raya Haji Kamisan, SK Kota Dalam dan SK Taman Sri Kota dan jumlah keseluruhan 88 mangsa.


Di Segamat, lima pusat pemindahan dibuka sehingga jam 3 petang, semalam, membabitkan Balai Raya Kampung Pogoh 2, Kampung Usahajaya, Spangloi, Balai Islam Kampung Paya Dalam dan Batu Badak membabitkan 223 mangsa daripada 46 keluarga.

Di Muar, jurucakap bilik gerakan banjir daerah itu memaklumkan keadaan masih terkawal, bagaimanapun mereka diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca yang mendung sepanjang hari. -BH




"KUALA TERENGGANU - Isteri yang taat di rumah adalah antara individu paling berisiko dijangkiti HIV berbanding pasangan yang menagih dadah dengan menggunakan jarum suntikan.


Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Tan Sri Zaman Khan berkata, realiti baru epidemik HIV dan Aids di negara ini telah berubah dari transmisi yang berpunca daripada perkongsian jarum suntikan, kepada transmisi seksual.


Menurutnya, perubahan ini membawa implikasi besar dalam usaha membendung epidemik HIV dan Aids kerana meletakkan golongan wanita sebagai kumpulan sasaran yang terdedah dijangkiti HIV.


“Sebagai bukti, terdapat peningkatan tiga kali golongan wanita dijangkiti HIV sejak 10 tahun lepas. Nisbah jangkitan baru, daripada 1.2 peratus pada 1990 kepada 9.4 peratus (2000) dan 18.3 peratus pada 2010.


“Dalam konteks setempat, berlaku peningkatan peratusan kes baru HIV dalam kalangan wanita di Terengganu iaitu daripada sembilan peratus pada 2000 kepada 12 peratus pada 2010. Saya berasa dukacita kerana dalam situasi ini, sebahagian besar daripada wanita ini termasuklah ibu dan isteri yang taat setia di rumah, dijangkiti HIV melalui pasangan yang mengamalkan aktiviti berisiko seperti menyuntik dadah,” katanya.


Beliau berkata demikian pada Seminar Memperkasa­kan Wanita Menangani HIV/Aids sempena sambutan Hari Aids Sedunia anjuran Ke­menterian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWKM), Lembaga Pendu­duk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama ahli gabungan MAM Terengganu dan Komuniti Cakna Terengganu di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu.


Seminar itu dihadiri 100 peserta wanita dan remaja perempuan, dalam usaha memperkasakan diri dengan kesedaran dan ilmu pengetahuan mengenai hak asasi mereka dan kesihatan dalaman serta luaran, iaitu mengenai isu cara jangkitan, pencegahan penularan virus HIV/Aids.


Menurutnya, pada akhir 2009, dianggarkan 33.3 juta penghidap HIV di seluruh dunia, 15.9 juta daripadanya adalah wanita dan 2.5 juta kanak-kanak.


Mohd Zaman turut menyarankan agar wanita mempunyai kekuatan merundingkan seks selamat supaya mereka boleh melindungi diri mereka sendiri.


sumber:- www.sinarharian.com.my"

Indonesia buat Kapal Perang Halimunan Canggih

Dalam masa 5 bulan lagi Indonesia akan mempunyai kapal perang canggih halimunan yang sukar dikesan oleh radar serta mempunyai peluru berpandu yang boleh amenembak sasaran dengan tepat sejauh 120 km yang diperbuat dari gentian fiber. Kapal perang ini dibuat di Indonesia untuk pasaran tempatan dan eksport. Kos kapal perang halimunan ini hanya RM 39 juta sebuah. Dalam pada masa yang sama Malaysia akan buat 6 kapal perang baru pada kos RM1.5 bilion sebuah.




Ini bermakna 1 kapal perang Malaysia , boleh buat 38 buah kapal perang halimunan Indonesia.

Sebelum ini juga Malaysia nak buat 257 buah kereta perisai pada harga RM7.8 bilion atau RM30 juta sebuah. Sedangkan Malaysia boleh beli kereta perisai baru dari Indonesia pada harga RM3 juta sebuah. Maklumat lanjut isu kereta perisai ini di http://amkns.blogspot.com/2011/11/malaysia-beli-kereta-perisai-indonesia.html

Indonesia segera miliki kapal perang canggih "Trimaran"



Tuesday, December 20, 2011

Kapal Trimaran TNI AL Selesai Lima Bulan Mendatang

BANYUWANGI - Indonesia segera memiliki satu kapal perang canggih berpeluru kendali "Trimaran" yang merupakan produk dalam negeri.



"Kapal ini terbuat dari serat karbon, dengan kecepatan 35 knot dan dipersenjatai peluru kendali yang memiliki jarak tembak 120 kilometer," kata Wakil Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin usai meninjau industri kapal dalam negeri PT Lundin Industry Invest di Banyuwangi, Jawa Timur, Selasa (20/12).



Ia mengatakan, dalam lima bulan mendatang kapal perang canggih yang merupakan prototipe itu langsung bisa dioperasionalkan memperkuat jajaran armada tempur TNI Angkatan Laut.



"TNI Angkatan Laut memesan empat unit kapal, dan dalam lima bulan mendatang sudah jadi satu kapal perang `Trimaran`, sedangkan tiga unit lainnya akan segera dibangun secara bertahap hingga 2014," kata Sjafrie menambahkan.



Satu unit kapal "Trimaran" dihargai sekitar Rp114 miliar (RM 39.7 juta) yang diambil dari APBN 2011.

"Jika proyek pengadaan ini berhasil maka ini merupakan sejarah bagi Indonesia karena telah berhasil membuat kapal perang dengan komposit serat karbon, dan ini akan dipatenkan dan diekspor ke luar negeri," kata Sjafrie.

Direktur PT Lundin Industry Invest, John Lundin, mengatakan pihaknya telah melakukan ujicoba terhadap kapal dengan panjang sekitar 62,52meter tersebut.



"Ini merupakan kapal `Trimaran` pertama yang dibuat dari serat karbon. Amerika pernah membuat kapal sejenis dengan panjang 120 meter namun dari bahan alumunium atau baja.



Komposit serat karbon juga telah digunakan untuk pembuatan pesawat airbus Boeing-777 dan mobil formula 1. Ketahanannya 20 kali lebih kuat dibandingkan baja.



Kapal cepat berpeluru kendali itu memiliki panjang keseluruhan 62,53 meter, panjang "water line", 50,77 meter panjang "water draft" 1,17 meter, bobot mati 53,1 GT, kecepatan maksimum 30 knot, kecepatan jelajah 16 knot, dengan mesin utama 4X marine engines MAN nominal 1.800 PK.



Sumber : http://alutsista.blogspot.com/2011/12/kapal-trimaran-tni-al-selesai-lima.html


Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b?


Dis 18, 2011

DAP menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 bilion pada Februari kepada RM9 bilion pada bulan ini.



Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard di Bursa Malaysia berhubung nilai kontrak baru itu amat mengejutkan.



"Menteri perlu menjelaskan kepada harga setiap kapal meningkat RM500 juta, sekali gus melebihi jumlah yang diterima sebelum ini," katanya.

Dalam kenyataan semalam, Pua berkata, sebagai contoh, perkara yang perlu dijelaskan, adakah spesifikasi kapal 'dipertingkat'.



Sedangkan, tambahnya, menteri pertahanan memberitahu parlimen bahawa ia sudah dilengkapi dengan teknologi canggih kapal peronda.



Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard semalam dilaporkan berkata berkata mereka memenangi perjanjian RM9 bilion daripada Putrajaya untuk membekalkan enam kapal laut yang dibangunkan oleh pengilang Perancis DCNS.



Menurut AFP, Boustead Naval Shipyard berkata, mereka diberikan surat tawaran oleh Kementerian Pertahanan untuk membina dan menghantar enam kapal yang dinamakan "second generation patrol vessels littoral combat ships".



Penghantaran pertama dijangka dibuat pada 2017 diikuti setiap enam bulan selepas itu.

http://www.malaysiakini.com/news/184424

Ekspedisi mencari harta karun Muammar Ghaddafy di gurun Libya

Perusahaan Keamanan Barat Mulai Mencari Harta Gaddafi di Gurun Libya

HHRS 2.0
- Satu laporan berita mengatakan bahawa syarikat keselamatan AS dan Barat mula melakukan carian untuk bertan-tan jongkong emas dan perhiasan langka serta dana bernilai ratusan juta euro dan dolar, yang diyakini milik Kolonel Muammar Gaddafi, yang terkubur di gurun setelah jatuhnya Tripoli di tangan Dewan Transisi Nasional .

Surat khabar, "Al-Akhbar" Algeria pada edisi Isnin lalu (19/12), melaporkan satu sumber keselamatan yang menyatakan bahawa pihak berkuasa Nigeria telah menangkap dua warga Libya yang melakukan kerjasama dengan syarikat keselamatan AS yang berusaha mencari harta dan dana Gaddafi yang disyaki terkubur di Sahara Barat Libya.

Surat khabar itu menunjukkan bahawa warga Libya, ditugaskan oleh syarikat keselamatan AS untuk menarik salah satu pemimpin perisikan Muammar Gaddafi, yang diyakini melarikan diri ke Nigeria selama beberapa minggu yang lalu, yang dia diyakini rapat dengan Gaddafi dan mengetahui kewujudan harta karun Gaddafi.

Laporan mencatatkan bahawa sekurang-kurangnya 4 tan emas, dan wang tunai bernilai 200 hingga 500 juta dolar, yang dikendalikan oleh Kolonel Gaddafi dan sebahagian besar hasil pengeluaran dari bank Libya masih belum ditemui.

Laporan juga mendedahkan bahawa pesawat perisikan Barat yang dilengkapi dengan pengesan logam dan GPS satelit terbang di kawasan padang pasir Libya berhampiran sempadan dengan Tunisia dan Algeria dalam usaha mencari jongkong emas milik Gaddafi yang disembunyikan.

Friday, December 16, 2011

Oley ! Pecah Panggung

1. Sejak semalam dan berlarutan sehingga pagi ini, telefon saya senantiasa panas dengan deringan masuk yang bertali arus. Tidak menang tangan saya dibuatnya. Saya terpaksa menggunakan ear phone untuk mengelakkan rasa sakit pada gegendang telinga, melayan panggilan masuk sejak semalam.

2. Segalanya bermula dengan Oley ! .... Segala puji bagi Allah Tuhan yang memberi hidayah dan taufiq buat hambaNya.

3. Tahniah ustaz ! dengan nada sebak dan seketika beliau berhenti lalu menangis di hujung talian mengakui kebenaran dan keinsafan beliau kerana salah sangka terhadap hukum Allah selama ini. Insaf setelah menontonfilem pendek berjudul "Oley !" tujuh kali berulang tonton. Saya kesal ustaz ! saya fitnah hukum Allah selama ini !.... saya hanya mampu bersyukur mendengar luahan dari insan yang saya tidak kenali di hujung talian telefon pagi tadi.

4. Tanpa disedari, menitis jua air mata saya terharu dengan kesan filem yang kami hasilkan ... biarpun tidak seberapa tetapi berbekalkan keikhlasan dan kesungguhan rakan - rakan yang mahu membersihkan nama baik Islam dan syariatnya setelah diserang dari segenap arah. Semoga Allah menerima amalan yang sedikit ini sebagai amal soleh dan menjadikannya asbab hidayah kepada semua yang menontonnya.

5. Pada awalnya saya sendiri teragak - agak, bagaimana mahu menangani penghinaan pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap hukum Allah swt. Pada kebiasaannya kami dari Dewan Pemuda PAS akan mengadakan demonstrasi membantah penghinaan terhadap hukum Allah swt. Tetapi saya mula mengukur dan melihat pendekatan demonstrasi untuk zaman cyber ini.... saya akui demonstrasi mempunyai impaknya yang tersendiri, cuma kalau terlalu kerap di adakan, nanti yang hadir hanya seribu dua, kemudian selepas demo dan meluahkan bantahan, semua pulang dan berakhir begitu sahaja. Hanya sekadar mampu menunjukkan perasaan marah dan benci terhadap perbuatan menghina hukum Allah, namun pihak berkuasa tetap degil dan enggan bertindak, masyarakat pula masih terlalu ramai yang terperangkap dalam kejahilan yang mengepong mereka.

6. Begitu juga isu - isu nasional yang lain, mutaakhir ini, penganjuran demonstrasi tidak menarik jumlah yang diharapkan kecuali demonstrasi bertaraf high level seperti BERSIH, BERSIH 2.0, PPSMI, Mansuhkan ISA. Demonstrasi bantah kezaliman di keduataan Syria, Libya dan Mesir sebelum ini pun hanya dihadhiri sekitar ratusan para peserta tegar demonstrasi. Begitu juga himpunan aman membantah isu Mykad juga tidak mencapai angka yang diharapkan.

7. Saya cuba mencari alternatif lain terutama di zaman anak - anak muda "lepak" di dalam talian jalur lebar. Saya perlu anjur "demonstrasi" dalam jaringan dan talian ini justeru di sinilah berhimpunnya anak - anak muda.Patutlah mereka kurang hadir berhujan dan berembun di padang lapang untuk mendengar ceramah umum oleh pimpinan PAS. Kalau hadhir pun, hanyalah crowd biasa dan jumlah yang terhad. Kecualilah ceramah yang disampaikan oleh pemimpin high class dan himpunan rasmi yang melibatkan kerahan wajib kepada ahli atau penceramah yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri seperti Al Fadhil ustaz Azhar Idrus yang mencetus fenomena kuliah agama mutaakhir ini.

8. Mungkin saya naif dalam hal ini. Sehingga ada pihak yang tidak suka pendekatan saya malah menganggap langkah saya tidak menganjurkan demonstrasi ini sebagai pengecut. Ketua Pemuda paling pengecut ! letak jawatan sahaja lah ! saya hanya tunduk diam sambil menahan dan mengawal emosi.Menidakkan saya dan menggelarkan saya sebagai pengecut kerana semata - mata tidak menganjurkan demonstrasi adalah tidak benar.

9, Usah dihitunglah berapa kali saya menyertai dan menganjurkan demonstrasi sebelum ini termasuklah keluar masuk lokap dan mahkamah. Isunya bukan saya takut .... tetapi isunya ialah pendekatan dan imej ! kerana kekerapan demonstrasi ini jugalah ada pihak termasuk pengamal media menggelarkan pemuda PAS Taliban ! Semoga Allah memberi hidayah dan taufiqnya kepada saya dan menetapkan tapak kaki ini di atas perjuangan suci untuk menegakkan syariat Allah swt.

10. Ceramah adalah untuk sampaikan maklumat. Demonstrasi juga bermaksud untuk menghantar mesej kepada pihak tertentu dan juga umum sambil menunjuk perasaan dan sikap kita terhadap sesuatu isu. Maksudnya ceramah dan demonstrasi adalah sebahagian dari mekanisme untuk menyampaikan maklumat, memahamkan masyarakat serta menarik perhatian umum terhadap risalah atau mesej yang mahu kita sampaikan. Apa yang penting ialah masyarakat dapat maklumat, faham dan sedar.

11. Sambil meneruskan pendekatan yang sedia ada seperti ceramah dan demonstrasi, saya perlu menambah dan menganjurkan pendekatan baru yang membawa objektif yang serupa iaitu membawa dan menyampaikan maklumat atau risalah perjuangan kita kepada masyarakat umum. Termasuklah menjawab isu dengan baik dan hikmah.

12. Alhamdulillah, pendekatan terbaru ini mendapat tempat dihati anak - anak muda. Bermula dengan filem "Gua Ikut Enta" kini diikuti pula dengan fiem "Oley !" Semoga pendekatan ini turut memberi impak yang besar kepada perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Filem Oley telah mencecah hitnya melebih 15 ribu penonton dalam tempoh 24 jam. Bukan calang - calang demonstrasi boleh menghimpunkan 15 ribu orang untuk mendengar dan memahami mesej yang kita nak bawa.

13. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS akan mendokong apa jua bentuk pendekatan yang membawa kita mencapai objektif. Insyaallah, jika kerajaan UMNO dan BN gagal menunaikan tuntutan BERSIH 2.0 dan suara rakyat terus diketepikan, insyaallah sekali lagi Dewan Pemuda PAS sedia untuk turun menyertai himpunan aman BERSIH 3.0

Monday, December 12, 2011

Kemenangan besar Ikhwan menggerunkan Amerika-Israel

16 Muharram 1433H. [MOD] -

"Keputusan ini lebih buruk dari apa yang kita ramalkan," kata Pegawai Kanan Keselamatan Israel seperti yang dipetik dari akhbar harian Yahudi Yedioth Ahronoth.

Beliau merujuk kepada kemenangan besar puak Islam yang didominasi Ikhwan Muslimin dan Salafi dalam Pilihan Raya Umum Mesir pada pusingan pertama.

Kemenangan ini juga amat mengejutkan Amerika Syarikat yang terpaksa menghantar delegasi peninjau untuk bertemu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir. Tindakan ini dibantah sebahagian besar rakyat Mesir, yang dianggap sebagai satu usaha negara polis dunia itu untuk campur tangan dalam PRU Mesir.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengulangi amaran beliau bahawa akan berlaku 'Arab Spring' di Mesir yang ia bakal merebak ke seluruh negara Arab. Lebih buruk lagi bagi Israel kata Netanyahu, ianya akan menjadi 'Iranian Winter' iaitu seperti revolusi Iran tahun 1979, yang memburukkan hubungan Arab-Israel.

Dalam ucapannya kepada Knesset (Parlimen Israel) bulan lepas, Netanyahu berkata, "Pada bulan Februari, apabila berjuta rakyat Mesir berdemontrasi di Kaherah, ada kalangan pemimpin Israel yang berkata, kita akan menghadapi era liberalisasi dan progres."

Kebimbangan Netanyahu itu ditegaskannya kerana beliau tahu bahawa kebanyakan rakyat Mesir tidak menerima kewujudan Israel, dengan perasaan anti-Zionis dan anti-Semitic yang begitu subur di negara Arab itu.

Selama ini pun, Israel dapat hidup dengan selesa, kerana mereka mempunyai hubungan yang akrab dengan bekas diktator Presiden Hosni Mubarak yang digulingkan rakyat Mesir.

Kebimbangan Israel bukan hanya setakat perkembangan di Mesir sahaja. Mereka terpaksa menganalisis dengan terperinci kebangkitan Islam di Tunisia, Libya dan Maghribi, di mana, satu persata ketua-ketua negara Arab yang lunak dengan mereka tumbang.

Keputusan rasmi PRU peringkat pertama

Ikhwan Muslimin dengan partinya Parti al-huriyyah wal Adalah (PJF) dan pakatan tahalufnya bersama 10 komponen parti-parti lain yang dikenali sebagai tahaful demokrasi, menang bergaya dengan menguasai 80 daripada 166 kerusi yang dipertandingkan.

Sebanyak 36 kerusi diperolehi dari kerusi individu dan 44 kerusi secara berkumpulan. Parti an-Nur Assalafi mendapat kerusi kedua terbanyak selepas PJF dangan memperoleh sebanyak 33 kerusi (6 individu, 27 berkumpulan).

PJF akan membuat kerajaan campuran sekiranya mendapat mejoriti mudah dalam pilihan raya kali ini yang akan dijangka tamat pada awal Januari 2012.

Parti-parti Islam mendapat undi percaya rakyat Mesir pada pilihan raya kali ini berbanding parti yang beraliran liberal dan sekular. Media massa menguatkan propaganda dengan memburuk-burukkan parti-parti pro Islamis kepada golongan Kristian dan masyarakat pertengahan setelah melihat banyak kerusi yang dimenangi pro Islam.

Isu undang-undang Islam, hudud,pelancongan, kebebasan berpakaian, isu kebebasan agama, hubungan luar dan ekonomi cuba diapi-apikan didalam sekmen bincang politik saluran-saluran media. Akan tetapi, semuanya dapat dijelaskan dengan baik oleh wakil-wakil parti seterusnya menyakinkan pengundi untuk terus menyokong mereka membentuk kerajaan.

Yang paling menarik, calon beragama Kristian yang pertama mendapat kerusi di parlimen Mesir adalah dari Parti al-Karamah yang bertahaluf bersama PJF. Calon tersebut menang di kerusi berkumpulan atas tiket Parti al-Huriyyah wal Adalah. PJF juga telah berjaya menempatkan wanita pertama di kerusi parlimen Mesir dan seterusnya menafikan Ikhwan Muslimin mendikriminasikan Kristian dan kaum wanita dalam menguruskan negara. Dewan Rakyat Mesir dijangka akan bersidang pada bulan Mac 2012 nanti.

Pecahan 112 kerusi yang dimenangi secara berkumpulan seperti berikut:

- Parti al-Huriyyah wal Adalah, 44 kerusi
- Parti an-Nur Assalafi, 27 kerusi
- Kerusi berbaki dikongsi oleh 8 parti lain seperti;
o Parti Alwafd
o Parti Almisriyyin Alahrar
o Parti Aladl
o Parti Attajammuk
o Parti Misr alQaumy
o Parti Alhuriyyah
o Parti Almuwaten Almisry
o Parti Misry Alhurrah

56 kerusi Individu seperti berikut:

- Parti al-Huriyyah wal Adalah 36 kerusi
- Parti an-Nur Assalafi 6 kerusi
- Parti Alwafd satu kerusi
- Parti Almisriyyin Alahrar satu kerusi
- Parti Aladl satu kerusi
- Parti Attajammuk satu kerusi
- Parti Misr alQaumy satu kerusi
- Parti Alhuriyyah satu kerusi
- Parti Almuwaten Almisry satu kerusi
- Calon bebas 5 kerusi
- (2 kerusi masih menuggu untuk dipertandingkan semula )

Fakta PRU Mesir peringkat pertama

- Melibatkan 9 buah Negeri dari 27 buah negeri ( Kaherah, Port Said, Dumyat, Bahr Alahmar, Assuit, Kafr Syiekh, Alfoyyoum, Luxor dan Iskandariah )
- Mewakili 13.5 juta pengundi
- Mempetaruhkan sebanyak 166 kerusi parlimen ( 2/3 atau 112 kerusi berkumpulan & 1/3 atau 56 kerusi individu ).
- 2 kerusi daerah pertama di Kaherah dibatalkan dan akan diadakan pilihan raya semula.

harakahdaily/-

Orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena



9 Dis 2011 : Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob mengingatkan agar pihak peneroka Felda tidak ghairah apabila diumumkan agensi itu akan disenarai di bursa saham sebaliknya mengambil iktibar nasib peneroka-peneroka di Felda Sendayan dan Felda Labu di Negeri Sembilan setelah terlepas ke pihak lain.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu, sebaliknya mengingatkan bahawa tanah merupakan sumber ekonomi mereka dan tidak sepatutnya dibiarkan memasuki perniagaan berisiko yang mungkin boleh terlepas kepada orang luar.

“Lihat apa jadi dengan peneroka-peneroka Felda Labu dan Sendayan yang pada satu ketika begitu ghairah untuk menjadi jutawan lalu tanah mereka dijual, bagaimana dengan nasib mereka?

“Ada yang menjadi kuli, ada yang terpaksa jadi pemandu teksi dan sebagainya jadi biarlah pelihara tanah Felda yang selama ini menjadi tempat orang-orang melayu bergantung hidup jadi apa perlunya dicagarkan untuk bermain saham.

“Tak wajar tanah Felda menjadi pertaruhan kerana tanah adalah sumber ekonomi kalau tergadai kepada kapitalis pemain saham yang rakus, yang biasanya menguasai sehingga 30%. Berapa banyak tanah-tanah yang telah tergadai sebab sesiapa saja boleh beli, “ jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah pada program pelancaran ‘Gerakan Selamatkan Felda’ peringkat kebangsaan di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka, malam tadi.

Turut berceramah ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Razman Zakaria.

Kira-kira 6,000 hadir mendengar program yang diadakan bagi memberi penerangan dan risiko kepada warga Felda mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam Bursa Saham Malaysia sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

Dr Rosli berkata, jangan ingat semua projek kerajaan boleh berjaya walaupun diberi jaminan. Tambahnya ini terbukti dengan projek lembu NFC yang sedang hangat dibicarakan sekarang, yang konon pada mulanya mahu jadikan Gemas sebagai ‘beef valley’ atau lembah lembu.

“Di Negeri Sembilan saja berapa banyak projek kerajaan yang gagal antaranya projek tebu di Ayer Hitam, gagal. Pada Masa (Tan Sri) Isa Samad juga ada projek yang gagal iaitu
ladang babi terbesar di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan tetapi gagal membawa keuntungan bahkan hanya meninggalkan penyakit Japanese Encephalitis (JE) sahaja,” katanya.

Justeru Dr Rosli mahu semua warga Felda bersatu dengan apa cara sekalipun menghalang Felda daripada disenaraikan di bursa saham walaupun dijanjikan dengan durian runtuh.

Beliau khuatir, apa yang sedang diusahakan pihak tertentu pada masa ini hanyalah sebagai jalan untuk mengalirkan wang ke dalam poket kroni mereka sahaja.

Sementara itu Razman Zakaria yang berceramah sebelum itu, memberitahu perniagaan di bursa saham mempunyai risiko yang tinggi sehingga boleh menyebabkan tergadai.

“Jangan pelik jika mula-mula penyenaraian harga begitu tinggi tetapi akhirnya Felda bukan lagi menjadi milik rakyat tempatan kerana semua ini dengan ketiadaan pengetahuan dalam permainan saham, harga boleh dipermain sebagai mana berlaku ketika kegawatan ekonomi 1998.

“Saya bagi contoh ada saham sebuah syarikat iaitu Hwa Tai dulu di bursa saham pernah mencecah sehingga RM80 seunit tapi sekarang tak sampai RM2. Jadi itulah realiti permainan saham,” katanya.

Razman yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, tugas Felda sepatutnya menjana keseluruhan hasil nilai komoditi daripada 2 juta ekar tanah dan wang itulah sepatutnya menjadi “durian runtuh” untuk peneroka, bukannya dengan bermain saham.

“Tapi RM6 bilion wang tunai yang pernah dimiliki Felda dulu mana pergi?” soalnya.

Beliau menarik perhatian, kalau kerajaan berniaga yang terjadi ialah luputnya aset awam Bank Bumiputera dan MISC Perkapalan.

“Sebab itu, pada saya kalau Felda tidak dipertahankan daripada penyenaraian, boleh tergadai. Akhirnya jadilah seperti dalam filem Ali Baba Bujang lapok. Ibrahim Pendek lempar dadu sambil berkata mari kita tengok siapa yang kena...

“Akhirnya orang akan kata, lagi-lagi peneroka yang kena...” sambil disambut gelak ketawa.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6970-orang-akan-kata-lagi-lagi-peneroka-yang-kena

Sunday, December 11, 2011

Scorpene Guan Eng menyelam: Zahid melarikan diri, membangkitkan Fuad Stephens

Scorpene Guan Eng menyelam: Zahid melarikan diri, membangkitkan Fuad Stephens

Apabila berita didedahkan bahawa Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi telah melarikan diri daripada menaiki kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi pada jam ke-11, terdapat panggilan tergesa-gesa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga menarik diri.

Jangan pergi, ia adalah perangkap! Ingat Fuad Stephens! Ingat sumpahan dari kek hari jadi! Ini adalah antara laungan bantahan daripada penyokong-penyokongnya yang termasuk ahli-ahli Pakatan Rakyat.

Tetapi Guan Eng tetap menunggang Scorpene, yang mengenakan harga tinggi kepada pembayar cukai Malaysia dan menyebabkan negara terperangkap dengan hutang berbilion ringgit untuk sekurang-kurangnya dua dekad yang akan datang. Dan menemaninya ialah Mansor Othman dari PKR dan P Ramasamy dari DAP.

"Saya mempunyai satu lagi majlis rasmi untuk dihadiri. Mereka pasti akan kembali," Zahid memberitahu pemberita petang ini, menjawab soalan yg tidak perlu ditanya.

Guan Eng dan pasukannya dijadualkan kembali dari menyelam dan kembali ke Hotel Awana Porto Malai di sekitar pukul 4. Tetapi pada lewat petang pun masih tiada berita daripada mereka dan beberapa kekeliruan telah timbul sama ada pasukan Pakatan Rakyat telah memutuskan bagi menjalankan prosiding tanpa Zahid.

Sumber juga memberitahu Malaysia Chronicle bahawa Guan Eng telah menukar fikirannya, tetapi pada pukul 7:48, pembantunya telah menghantar e-mel yang mengandubig gambar beliau dan dua pemimpin lain di atas kapal Scorpene kepada media. Ketiga-tiga orang ini nampaknya telah selamat kembali!

"Terdapat panggilan dari Lim Guan Eng selepas lebih 90 minit kapal selam Scorpene menyelam dengan dua timbalannya. Kasihan Zahid tidak bersama mereka," kata ayah Guan Eng, Lim Kit Siang, penasihat DAP, yang disiarkan di Twitternya.

Mengapa biarkan BN meletakkan kita di tempat yang sukar

Jika pasukan Pakatan telah pergi dan kembali dengan selamat, maka tiada apa yang jahat tentang penarikan diri secara tiba-tiba oleh Zahid. Umno dan BN mungkin akan cuba untuk menghidupkan keadaan bagi Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Tetapi apa juga yang amat dikesali ialah sebenarnya keangkuhan yang semakin ketara dalam pemimpin ramai Umno sejak akhir-akhir ini. Bukan sahaja mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk membuat pertukaran mendadak sesuka hati mereka walaupun telah diberi jaminan yang jelas sebaliknya, mereka kini bersikap dan bercakap sewenang-wenangnya, mengetahui bahawa mahkamah dan polis pasti akan berpihak pada mereka dan membela perbuatan mereka yang salah.

Dalam hal Zahid, beliau jelas tidak kisah meninggalkan Guan Eng dan pasukan dalam kesusahan. Berdasarkan rekod kejam BN, ramai yang percaya bahawa Lim, Mansor dan Ramasamy tidak sepatutnya mengambil risiko.

"Ia tidak berbaloi. Guan Eng adalah seorang pemimpin yang sangat berpengaruh. Beliau bukan sahaja seorang ahli politik yang baik tetapi seorang lelaki yang mempunyai idea dan visi. Jelas sekali, beliau merupakan sasaran utama bagi BN, saya bukan mengatakan mereka akan membunuh walaupun kita juga mempunyai insiden Altantuya yang benar-benar menunjukkan betapa terdesaknya mereka, "Naib Presiden PKR Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Tetapi hakikatnya ialah, kemalangan berlaku. Jadi, jika Zahid sendiri tidak berani untukmengambil risiko, kenapa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kita patut meletakkan diri mereka di tempat kejadian. Sudah tentu, jika sesuatu telah berlaku kepada Guan Eng, Mansor dan Ramasamy, anda boleh yakin BN akan tewas pada pilihan raya umum akan datang. Tetapi saya fikir nyawa pemimpin-pemimpin kita adalah lebih penting. "

Mengingat kembali Fuad Stephens

Mohammad Fuad Stephens Ketua Menteri pertama Sabah, dan juga Huguan Siou yang pertama atau Ketua Paramount masyarakat Kadazan Dusun. Pada tahun 1964, beliau meletak jawatan sebagai Ketua Menteri untuk menjadi ahli kabinet persekutuan yang pertama di Malaysia dari Sabah.

Pada tahun 1973, Fuad telah dilantik sebagai gabenor Sabah, yang dikenali sebagaiYang di-Pertua Negara (jawatan itu kemudiannya dikenali sebagai Yang di-Pertua Negeri). Beliau memegang jawatan ini sehingga tahun 1975. Kemudian pada tahun yang sama, Fuad bersama-sama dengan Harris Salleh membentuk sebuah parti politik baru yang dikenali sebagai Berjaya dan berjaya memenangi pilihan raya negeri 1976, mengalahkan Tun Mustapha dari USNO.

Empat puluh empat hari kemudian, beliau meninggal dunia dalam nahas kapal terbang, dan sehingga kini, rakyat Sabah mempunyai kenangan pahit bagaimana dan mengapa beliau meninggal dunia. Syak wasangka masih kukuh bahawa kerajaan persekutuan pimpinan Umno merupakan dalang di sebalik kemalangan itu kerana Fuad telah
didakwa mahu menarik Sabah keluar dari Persekutuan kerana kebuntuan terhadap rundingan bagi royalti minyak.

Baru-baru ini, Tengku Razaleigh Hamzah, yang ketika itu Menteri Kewangan dan perangka Akta Pembangunan Petronas 1974, menceritakan kepada akhbar Malaysia Timur bagaimana beliau hampir meninggal dunia dalam kemalangan itu bersama Fuad. Pada saat-saat akhir, seorang pegawai telah secara senyap mengarah beliau untuk meninggalkan kapal terbang dan di bawah sangkaan bahawa beliau perlu untuk mengosongkan beberapa perkara atau yang lain, beliau berbuat demikian. Pendedahan ini terus mengukuhkan pandangan ramai rakyat Malaysia bahawa Fuad telah dibunuh.

Skandal Scorpene-Altantuya

Tawaran bagi Guan Eng dan pasukan Pakatan untuk menyelam di dalam Scorpene datang kira-kira 21 bulan lalu, apabila pemimpin DAP mengecam kerajaan selepas ia dilaporkan bahawa dua kapal selam Scorpene, bernilai lebih RM7 bilion, tidak berfungsi. Tiba-tiba awal minggu ini, dan juga bersama peristiwa 2011 LIMA di Langkawi, Zahid ditawarkan untuk 'membuktikan' kepada Guan Eng bahawa Scorpene boleh menyelam.

"Guan Eng menelefon saya semalam dengan berkata beliau akan datang ke sini. Walaupun kapal selam tersebut adalah untuk berkhidmat sebagai pameran statik di LIMA kali ini, saya telah walau bagaimanapun, meminta agar beliau menaikinya," Bernama melaporkan Zahid berkata demikian.

Agensi berita nasional itu juga melaporkan bahawa "Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengiringi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam perjalanan di atas kapal kapal selam KD Tun Razak pada hari Jumaat, untuk menyangkal dakwaan pembangkang bahawa ia tidak dapat menyelam."

Bernama juga menulis bahawa Zahid berkata: "beliau telah menghantar jemputan kepada semua ahli-ahli parlimen (MP) dan senator, termasuk orang-orang yang berada di pihak pembangkang, untuk menaiki kapal selam dan memulakan penyelaman. Menteri Pertahanan berkata bahawa (selain daripada Lim). MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menjawab bahawa beliau tidak mampu untuk mengambil bahagian dalam lawatan kapal selam itu. Beliau berkata mereka yang bercakap (mengkritik) ramai nampaknya, tidak berani untuk memulakan perjalanan dalam kapal selam tersebut. "

Kaitan antara pembunuhan Altantuya dan Najib

Scorpene-scorpene tersebut telah dipesan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2002, ketika beliau merupakan Menteri Pertahanan. Pembelian tersebut penuh dengan kontroversi sejak hari pertama, dengan aktivis mencerca kos yang tinggi dan tidak sesuai untuk persekitaran tempatan. Najib juga dituduh mengambil sogokan sekurang-kurangnya 114 juta euro (RM570 juta) daripada perjanjian melalui proksi beliau, AbdulRazak Baginda. Kapal selam telah dihantar pada tahun lepas.

Pada tahun 2006, negara dikejutkan apabila seorang penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, didapati dibunuh di Malaysia selepas dia kononnya datang untuk mengumpul AS $ 500,000 komisen Scorpenenya dari Baginda. Dua bekas pengawal peribadi Najib telah dihukum gantung kerana membunuhnya, tetapi rakyat Malaysia yakin bahawa 'dalang' masih belum ditangkap.

Apabila menerima tawaran menaiki Scorpene, Guan Eng berkata bahawa 21 bulan telah berlalu sejak penyataan beliau - lebih daripada masa yang cukup untuk membaiki kesilapan teknikal yang ada. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa rasuah dan kontroversi yang masih membelenggu kapal-kapal, walaupun masalah teknikal telah diselesaikan.

"Isyarat Zahid juga tidak menjawab soalan-soalan mengenai pembelian mahal RM3.68 bilion dan RM534 juta kontrak perkhidmatan atau 'komisen' yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd, "kata Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut, yang juga merupakan setiausaha agung DAP, menyambut ulang tahun 51 pada hari Khamis. Ahli-ahli Umno Pulau Pinang telah menghantar 5 kek - empat dalam bentuk najis manusia dan satu dalam bentuk nombor 4, yang melambangkan kematian kepada orang-orang Cina.

Malaysia Chronicle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...