Menjawab soalan kedua [ yang tidak sempat dijawab kerana faktor masa ] dari audiens semasa Forum saya dan Ust Fathul Bari di UIAM tempohari. Soalannya : Kenapa Ustaz Memilih untuk menyertai PAS ?Jawapannya : PAS adalah :
Jamaah yang menyakini bahawa Islam adalah satu - satunya kekuatan yang dapat membangunkan semula ummah , juga kembali membebaskan golongan musthad’afin dan menyelamatkan dunia daripada kehancuran Jamaah yang lahir dari kesedaran sendiri , tidak dipengaruhi oleh mana - mana pihak samaada timur mahupun barat .
Lahirnya kerana tuntutan Al - Quran dan Sunnah . Jamaah yang meyakini kesejagatan Islam dan memperjuangkannya secara menyeluruh . Jamaah yang memperjuangkan kebenaran secara amali ( tidak hanya teori semata - mata ) dan sanggup terjun ke medan daawah sekalipun mengambil risiko yang tinggi . Jamaah yang terdapat padanya keperibadian hizbullah .
َูุงุฃََُّููุง ุงَّูุฐَِูู ุขู َُููุง ู َْู َูุฑْุชَุฏَّ ู ُِْููู ْ ุนَْู ุฏِِِููู َูุณََْูู َูุฃْุชِู ุงَُّููู ุจَِْููู ٍ ُูุญِุจُُّูู ْ َُููุญِุจَُُّููู ุฃَุฐَِّูุฉٍ ุนََูู ุงْูู ُุคْู َِِููู ุฃَุนِุฒَّุฉٍ ุนََูู ุงَْููุงِูุฑَِูู ُูุฌَุงِูุฏَُูู ِูู ุณَุจِِูู ุงَِّููู ููุง َูุฎَุงَُููู َْููู َุฉَ ูุงุฆِู ٍ ุฐََِูู َูุถُْู ุงَِّููู ُูุคْุชِِูู ู َْู َูุดَุงุกُ َูุงَُّููู َูุงุณِุนٌ ุนَِููู ٌ ุฅَِّูู َุง َُُِّููููู ْ ุงَُّููู َูุฑَุณُُُููู َูุงَّูุฐَِูู ุขู َُููุง ุงَّูุฐَِูู ُِูููู َُูู ุงูุตَّูุงุฉَ َُููุคْุชَُูู ุงูุฒََّูุงุฉَ َُููู ْ ุฑَุงِูุนَُูู َูู َْู َูุชَََّูู ุงََّููู َูุฑَุณَُُููู َูุงَّูุฐَِูู ุขู َُููุง َูุฅَِّู ุญِุฒْุจَ ุงَِّููู ُูู ْ ุงْูุบَุงِูุจَُูู
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela.
Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
( Al Maidah - 54 - 56 )
Saya menyertai PAS kerana ………
1- PAS bersifat Rabbani dan syumul .
Rabbani :
Islam sebagai dasar perjuangan.
Bercita - cita menegakkan Daulah Islamiyyah dan melaksanakan hukum Allah Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Syumul :
Memperjuangkan Syariah Islamiyyah yang merangkumi aspek politik , perundangan , hukum , sistem kemasyarakatan , pembangunan , ekonomi , hubungan antarabangsa , akhlak , tentera , pendidikan dan ehwal yang berkaitan dengan keperluan hidup manusia .
Membentuk tasawwur Islami yang jelas merangkai kehidupan di dunia dengan akhirat .
2. PAS sebagai Harakah Islamiyyah dan parti politik Islam .
Islam sewajibnya diperjuangkan , pembentukkan Harakah Islamiyyah adalah untuk menunaikan kewajiban tersebut .
· Kuasa politik adalah keperluan asas dan mutlak bagi merealisasikan perundangan Islam dan pembentukkan perlembagaannya .
· Mengambil ruang dalam sistem demokrasi berparlimen yang membenarkan penubuhan parti politik dan aktiviti penerangannya .
· Mengambil pendekatan perjuangan yang selamat dan aman .
( ู ูุงุฌูุฉ ุณูู ูุฉ )
0 comments:
Post a Comment