Bunga Api


Sunday, April 17, 2011

Kupasan PRN Sarawak


Keputusan rasmi Pilihanraya Negeri Sarawak telah di ketahui oleh seluruh rakyat Malaysia dan kemenangan besar masih lagi berpihak pada BN dengan 55 kerusi,manakala DAP 12,PKR 3,Bebas 1.Walaupun begitu BN kehilangan 8 kerusi yang di menangi pada pilihanraya sebelum ini,di tambah lagi dengan kemerosotan yang ketara undi mereka di setiap DUN.

BN -; 55 (372,379 undi)
DAP -; 12 (134,847 undi)
PKR -; 03 (117,100 undi)
Bebas -; 01 (20,064 undi)
SNAP -; 0 (15,663 undi)
PAS -; 0 (9,719 undi)
PCM -; 0 (2,895 undi)

Kemenangan BN sejak dahulu hinggalah sekarang tidak memberi kesan yang baik pada hati dan naluri rakyat Sarawak kerana kekayaan hasil bumi yang ada di negeri itu seperti balak dan petroleum hanya di rembat rakus oleh Taib Mahmud dan kroninya.Pribumi yang tinggal di hutan belantara di tipu semahunya dan di usir dari tempat nenek moyangnya berpuluh tahun mendiami kawasan itu.Projek Mega Empangan Bakun mengusir belasan ribu penduduk asal ke tempat baru yang belum pasti menjamin keselesaan untuk meneruskan kehidupan.Oleh yang demikian,PAS akan bersama rakyat Sarawak akan bangkit menuntut keadilan dan kesejahteraan yang hilang di bumi itu selamanya ini.Ya,memang PAS minoriti berbanding parti-parti lain,tetapi PAS melalui gabungan bersama DAP dan PKR yang telah menyetujui bersama akan terus memperjuangkan agenda pakatan yang telah di gengam bersama.Parti DAP dan PKR telah berjaya meletakkan calonnya di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Namun begitu PAS masih lagi belum mencapai kemenangan walaupun harapan yang kita letakkan di DUN Beting Maro belum membuahkan hasil kali ini.Tetapi kita tetap menang dari segi semangat dan nilai pergorbanan yang telah petugas-petugas curahkan sepanjang masa pilihanraya tersebut.Insya Allah sedikit masa lagi kita yakin PAS akan mencapai kemenangan juga,memang kita kalah di 5 DUN yang kita sertai,namun dakwah dan perjalanan untuk menyebarkan Islam di bumi Sarawak sudah menampakkan hasil yang sangat baik.Cuma kita perlu banyak bersabar dan tingkatkan lagi usaha dalam menyebarkan Islam kepada seluruhnya terutama di Sarawak yang rata-rata dihuni oleh masyarakat pribumi yang masih mundur dari semua segi.

Sejarah Nabi Nuh a.s telah menunjukkan dan membuktikan kepada kita bahawa waktu dan tempoh masa dalam perjuangan ini amat panjang,sehinggakan dakwah Nabi Nuh selama 950 tahun hanya dapat menarik sekitar 80 orang kaumnya.Maka marilah kita memuhasabahkan diri kita ini supaya menimbulkan sifat sabar dan teruskan perjuangan ini sehingga kita bertemu dengan Allah SWT amin...

Mior Hassan Sazali Mior Hajjar
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kangar







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...