Bunga Api


Monday, April 25, 2011

YDP Kangar juga kekal, TYDP baru


KANGAR - PAS Kawasan Kangar mencatatkan satu sejarah tersendiri apabila tiada pertandingan diadakan bagi pemilihan jawatan utama parti pada tahun ini.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 36 yang diadakan 24 April lalu, semua jawatan kecuali Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-kira dimenangi tanpa bertanding.

Dalam mesyuarat agung yang diadakan di Dewan Dato' Dr Haron Din, Kompleks PAS Perlis di sini, Hairy Hashim kekal selaku Yang Dipertua PAS Kawasan.

Beliau akan berganding dengan Ustaz Ya'akub Abu Seman selaku Timbalan Yang Dipertua dan Abdul Zakaria selaku Naib Yang Dipertua.

Sementara itu, bagi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pula, jawatan tersebut turut tidak dipertandingkan memandangkan jumlah pencalonan yang ada sudah mencukupi untuk mengisi kuota yang diperuntukkan oleh perlembagaan parti.

Manakala Jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-kira pula, para perwakilan secara sebualat suara menerima semua cadangan yang dibuat semasa mesyuarat agung dijalankan.

Pelancaran KOMPAK

Wednesday, April 20, 2011

KUKUHKAN PERPADUAN PARTI - TG PRESIDEN

16 Jamadil Awal 1432 H | 19 April 2011
Para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS diingatkan agar tidak terpengaruh dengan gendang yang dipukul oleh pihak lawan, berhubung soal pemilihan sebarang jawatan dalam parti, yang memainkan sentimen kepuakan antara golongan ulama dan profesional.

Gendang tersebut dibunyikan untuk tujuan memecahbelahkan perpaduan antara para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang seharusnya disambut dengan bijak, dengan tidak terpengaruh dengan rentak yang dipalu oleh mereka.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika mengingatkan perkara itu menegaskan, sebaliknya realiti sebenar di dalam PAS tidak timbul antara golongan ulama dan profesional kerana kesemua pemimpinnya berjuang atas landasan parti yang kukuh untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air.
Menurut beliau, walaupun di dalam PAS sememangnya terdapat kalangan profesional, mereka juga tetap berkemampuan dan berkelayakan menjadi pemimpin dalam parti seperti juga pemimpin-pemimpin lain yang berjuang atas dasar Islam, sekali gus pasti tidak akan lari dari matlamat perjuangan PAS itu sendiri.

"Gendang seperti itu juga turut dipalu oleh mereka menjelang muktamar-muktamar agung PAS yang lalu. Jadi, kita mesti bijak menangani perkara itu.

"Jangan pula perpaduan yang sudah sebegitu kukuh yang terdapat dalam parti dipecahkan sendiri oleh kita hanya kerana terpengaruh dengan rentak yang dimainkan oleh mereka terutama menerusi media utama mereka."


"Bagi jawatan Presiden sendiri, jika ada pencalonan yang diterima oleh pemimpin lain untuk menentang saya, saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya pun bukan untuk menjadi pemimpin selamanya. Sebaliknya, saya sendiri pun dah semakin berumur dan memang memerlukan barisan pelapis," tegas beliau.
- Harakahdaily

Tuai Rumah mengaku disogok RM 10,000 agar undi BN

Kepada pemimpin dan penyokong gerombolan songkok tinggi, korang tak payah nak banggalah dengan kemenangan Barisan Nasional 2/3 kononnya dalam pilihanraya Sarawak. Barisan Nasional kalau tak main kotor, tak sogok duit memang tak sah. Dengan segala jentera kerajaan dibuat macam jentera Barisan Nasional, duit rakyat diguna untuk menyogok pengundi.

Suruhanjaya Penipu Rakyat, SPR macam biasa jadi alat perkakas Barisan Nasional untuk menipu rakyat dan menolong Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa agar boleh terus merompak harta rakyat. Gua nak ingatkan lu orang Barisan Najis! Kami mahu pilihanraya yang telus, yang bebas dan adil. Kalau lu orang tak boleh buat pilihanraya yang adil dan bersih, lu orang tunggu rakyat bangkit buat Pilihan Jalanraya!

Di bawah ni bukti rakaman Pengakuan seorang Tuai Rumah tentang bagaimana Barisan Najis menyogok pengundi untuk memberikan sokongan kepada Barisan Najis pada pilihanraya Sarawak yang lepas. Bukak mata luas-luas Rakyat Malaysia! Jangan terus diperbodohkan dengan Barisan Najis!

Tuesday, April 19, 2011

Ratusan rakyat Mesir kepung duta Israel di Iskandariah

Selasa, 19/04/2011 - Ratusan rakyat Mesir keluar bedemonstrasi pada hari Khamis, (14 April), di hadapan bangunan kedutaan Israel di Iskandariah (240 km barat laut dari Cairo), sambil melaungkan kritikan terhadap tindakan Zionis ke atas Gaza dan kepungannya, serta turut membantah pengharaman laman web “Intifadhoh Palestin ke-3″ dekat laman sosial Facebook.


Sebilangan besar tentera dan pasukan keselamatan diperlukan untuk mengawal bangunan kedutaan Zionis di daerah Kufr ‘Abdah di Iskandariah, pintu masuk utama pejabat kedutaan uga ditutup, dan segala pergerakan keluar masuk tidak dibenarkan, pada waktu yang sama para pendemonstrasi melaungkan slogan menentang Zionis, dan mengumumkan sokongan mereka kepada “Intifadhoh ke-3″ yang bakal keluar pada 15 Mei depan.


Menurut sumber akhbar “Quds Press”, para peserta demontrasi kebangkitan rakyat Mesir yang lepas turut serta dalam demonstrasi kali ini, yang menentang tebok kepungan Gaza dan keganasan berterusan ke atas kawasan itu oleh pihak musuh (Zionis), selain memprotes penutupan laman khas Facebook khas untuk Intifadhoh Palestin yang disifatkan sebagai “tindakan yang rasis dan tidak adil serta menunjukkan kepatuhan kepada politik Zionis, yang sepatutnya tidak dilakukan oleh Facebook yang pada asalnya bersifat universal.”


sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen

Monday, April 18, 2011

Presiden PAS dianugerah Tokoh Alim Rabbani

Ustaz Abdul Hadi Awang dipakai jubah sebagai Tokoh Alim Rabbani oleh Rektor Universiti Islam Yala, Dr Ismaillutfi

PATANI, 15 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dianugerahkan dengan anugerah Tokoh Alim Rabbani oleh Universiti Islam Yala semalam.

Abdul Hadi Awang merupakan satu-satu tokoh ulama di luar Thailand dan rantau nusantara menerima anugerah Tokoh Alim Rabbani diperkenalkan Universiti Islam Yala (YIU).

Gelaran tokoh tersebut sama taraf dengan ijazah kehormat diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu.

Kebiasaannya sebelum ini majlis penyampaian diadakan pada upacara hari pertama konvokenysn, namun senat YIU tidak mahu terkongkong dengan acara akademik semata-mata.

Sebelum ini anugerah serupa diberi kepada tokoh ulama yang banyak berjasa dalam bidang dakwah di empat wilayah selatan Thailand,terutamanya pengasas pusat pengajian pondok.

Pernah menerima anugerah itu Syeikhul Islam Negara Thailand dari Bangkok. Selain itu ulama terkenal dari Timur Tengah.

Penyampaian tokoh tersebut diadakan sempena program Multaqa Muslimat yang dianjurkan universiti terbabit di kampus Pattani, semalam.

Multaqa berkenaan berjaya menghimpunkan muslimat dari seluruh Thailand dan wakil dari Malaysia dan Indonesia.

Pihak penganjur memberitahu kira-kira 25,000 peserta di kalangan muslimat enyertai multaqa tersebut yang diadakan pada 13 dan 14 April lalu.

Rombongan presiden PAS dan kerajaan negeri Kelantan tiba di kampus tersebut kira-kira jam 12 tengahari disambut ribuan yang hadir.

Turut serta anggota-anggota Exco kerajaan Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Muhammad Fadhli Hassan, Setiausaha Politik Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Lajnah Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa PAS, Mohd Faiz Md Nawi.

Rombongan bertolak dari Kota Bharu menyeberangi jambatan Muhibah di Sungai Golok. Perjalanan sejauh 210 km dari Kota Bharu singgah sekejap di pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat dan diadakan pertemuan bersama Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Aziz Mamat.

Perjalanan ke Pattani diiringi peronda polis terpaksa melalui perpuluh-puluh sekatan jalan raya oleh tentera dan polis. Kelihatan ramai anggota tentera bersenjata M16.

Dekan Fakuliti Sastera dan Sains Kemasyarakat YIU, Prof Madya Sukree Langputeh berkata, pemilihan tokoh tersebut bukan mudah dilakukan senat universiti.

Katanya, tokoh yang diberi adalah pendakwah yang benar-benar menjadikan Islam sebagai amalan dalam kehidupan harian.

”Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan tokoh Islam yang disegani di Asia Tenggara. Beliau menjadikan rutin hariannya menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

”Selain beliau juga mengarang banyak buku mengenai agama yang menjadi rujukan umat Islam,” katanya ketika membaca biodata Presiden PAS sebelum upacara memakaikan jubah Tokoh Alim Rabbani diadakan.

Pemakaian mislah (jubah) dilakukan Rektor YIU, Dr Ismaillutfi. Ia turut disaksikan Timbalan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand, Harapabara, Gabenor Pattani, Nipon Narapitakkul serta dan peserta multaqa.

Dua aktivis dari Kelantan turut menyampaikan ceramah pada program berkenaan iaitu Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Dr Hafizah Mustaqim dari USM, Kubang Kerian.

Perasmian penutup pada sebelah petang disempurnakan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan, Said Nasir al Yufri.

Sunday, April 17, 2011

Kupasan PRN Sarawak


Keputusan rasmi Pilihanraya Negeri Sarawak telah di ketahui oleh seluruh rakyat Malaysia dan kemenangan besar masih lagi berpihak pada BN dengan 55 kerusi,manakala DAP 12,PKR 3,Bebas 1.Walaupun begitu BN kehilangan 8 kerusi yang di menangi pada pilihanraya sebelum ini,di tambah lagi dengan kemerosotan yang ketara undi mereka di setiap DUN.

BN -; 55 (372,379 undi)
DAP -; 12 (134,847 undi)
PKR -; 03 (117,100 undi)
Bebas -; 01 (20,064 undi)
SNAP -; 0 (15,663 undi)
PAS -; 0 (9,719 undi)
PCM -; 0 (2,895 undi)

Kemenangan BN sejak dahulu hinggalah sekarang tidak memberi kesan yang baik pada hati dan naluri rakyat Sarawak kerana kekayaan hasil bumi yang ada di negeri itu seperti balak dan petroleum hanya di rembat rakus oleh Taib Mahmud dan kroninya.Pribumi yang tinggal di hutan belantara di tipu semahunya dan di usir dari tempat nenek moyangnya berpuluh tahun mendiami kawasan itu.Projek Mega Empangan Bakun mengusir belasan ribu penduduk asal ke tempat baru yang belum pasti menjamin keselesaan untuk meneruskan kehidupan.Oleh yang demikian,PAS akan bersama rakyat Sarawak akan bangkit menuntut keadilan dan kesejahteraan yang hilang di bumi itu selamanya ini.Ya,memang PAS minoriti berbanding parti-parti lain,tetapi PAS melalui gabungan bersama DAP dan PKR yang telah menyetujui bersama akan terus memperjuangkan agenda pakatan yang telah di gengam bersama.Parti DAP dan PKR telah berjaya meletakkan calonnya di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Namun begitu PAS masih lagi belum mencapai kemenangan walaupun harapan yang kita letakkan di DUN Beting Maro belum membuahkan hasil kali ini.Tetapi kita tetap menang dari segi semangat dan nilai pergorbanan yang telah petugas-petugas curahkan sepanjang masa pilihanraya tersebut.Insya Allah sedikit masa lagi kita yakin PAS akan mencapai kemenangan juga,memang kita kalah di 5 DUN yang kita sertai,namun dakwah dan perjalanan untuk menyebarkan Islam di bumi Sarawak sudah menampakkan hasil yang sangat baik.Cuma kita perlu banyak bersabar dan tingkatkan lagi usaha dalam menyebarkan Islam kepada seluruhnya terutama di Sarawak yang rata-rata dihuni oleh masyarakat pribumi yang masih mundur dari semua segi.

Sejarah Nabi Nuh a.s telah menunjukkan dan membuktikan kepada kita bahawa waktu dan tempoh masa dalam perjuangan ini amat panjang,sehinggakan dakwah Nabi Nuh selama 950 tahun hanya dapat menarik sekitar 80 orang kaumnya.Maka marilah kita memuhasabahkan diri kita ini supaya menimbulkan sifat sabar dan teruskan perjuangan ini sehingga kita bertemu dengan Allah SWT amin...

Mior Hassan Sazali Mior Hajjar
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kangar







Saturday, April 16, 2011

Laporan langsung PRN Sarawak 2011 6.35pm


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata DAP hampir pasti mempertahankan Meradong dan mungkin merampas Repok dari SUPP tetapi tewas di Bukit Raja yang kali pertama ditandinginya, lapor MalaysiaKini.
6.20 pm: KEADILAN terus mendahului di DUN Tasik Biru, Demak Laut, Batu Lintang, Tarat, Tebenu, Kedup, Layar, Meluan, Dalat, Tamin, Kakus dan Jepak, lapor Merdeka Review.
DAP pula mendahului di Meradong dan Bukit Assek tetapi ketinggalan di Dudong dan Bawang Assan. Bagaimanapun, PAS kalah kelima-lima kawasan yang ditandinginya
6.05 pm : Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, orang ramai boleh mengetahui jumlah terkini undi dengan turut serta mengikuti pengiraan undi di Pusat Media KEADILAN, Jln Satok, Kuching Sarawak.
Ibu Pejabat KEADILAN juga akan membuka pusat penjumlahan undi mulai jam 7 malam, kata Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah.
6.00 pm: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian secara tidak rasmi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri N 70 Ba’kelalan dengan majoriti 541 undi walaupun satu lagi kotak undi dari Kampong Lellang yang hanya mengandungi 100 pengundi, belum dikira.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dalam Twitternya menyatakan: “Insyaallah Keadilan menang satu lagi kerusi di Ba’kelalan”.
5.32pm: Pengurus Kempen KEADILAN di Ba’kelalan, Paul Bian menyatakan, laporan tidak rasmi menunjukkan abangnya Baru Bian mendahului dengan 540 undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira, lapor MalaysiaKini
Beliau yakin abangnya menang kerusi DUN berkenaan.
5.19 petang – KEADILAN mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan salinan borang 14 kepada ejen pengundian, iaitu borang yang mengesahkan jumlah undi rasmi yang telah dikira di setiap saluran undi, kata Timbalan Presiden, Mohamad Azmin Ali.

Video Iban sokong Anwar....

Friday, April 15, 2011

PRN Sarawak : Buat Najib & Taib terus tergolek - SNAP setuju sertai kabinet Pakatan Rakyat

KUCHING: Snap today announced that it was willing to join a cabinet headed by PKR’s Baru Bian as chief minister if the opposition managed to kick out Barisan Nasional tomorrow.

“The notion that Baru Bian is to be the chief minister has been agreed upon by Pakatan Rakyat Sarawak. This is because Snap is a member of Pakatan Rakyat Sarawak,” said its secretary-general, Edmund Stanley Jugol in a statement issued here today.

He assured that Snap strongly subscribed to the struggle of Pakatan Rakyat Sarawak.
“In the event that PKR wins very few seats, and Snap captures more seats within the opposition front, Snap will offer DAP, PAS and PKR to jointly govern Sarawak,” he said.

However, he lamented that PKR was spoiling the chances of Pakatan by contesting in too many seats and causing a split in the opposition votes.

“Snap only fielded candidates in 26 areas. But PKR fielded 48 candidates which reduce the chances of Pakatan Rakyat Sarawak to win in the majority of the seats they contest,” he noted.
Snap had previously come under fire from opposition groups over allegations that it was insincere and would switch sides after the election.

Rombongan PM Koyak Memo Rakyat Limbang


LIMBANG, 15 April: Bukan sekadar memorandum mereka tidak diterima bahkan pegawai yang menyertai rombongan Perdana Menteri di Pasar Tamu Limbang petang semalam telah mengoyak memorandum itu.

Inilah nasib rakyat yang cuba mendapatkan pertolongan Perdana Menteri sendiri bagi menyelesaikan masalah mereka sesuai dengan slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”

(Gambar: Keadaan kelam kabut apabila rombongan Najib enggan membenarkan penduduk Limbang dan DAP menyerahkan memo.)

Menurut Adun Pasir Pinji, Thomas Su, penduduk di sini bersama dengan DAP telah menunggug ketibaan rombongan PM untuk menyampaikan dua memorandum iaitu “Membekal Doktor Pakar dan Menaiktaraf Peralatan Perubatan di Hospital Limbang” dan satu lagi adalah mengenai “Membekal elektrik dan Air Bersih Serta melantik seorang Ketua Rumah Bagi Kampung Merasam Barat Limbang”.

"Kami menunggu ketibaan Datuk Sri Najib dan akhirnya beliau sampai di Pasar Tamu Limbang pada pukul 6 petang.

"Apabila beliau keluar dari kereta, beliau menuju ke arah lain dan enggan menerima memorandum kami walaupun hanya beberapa meter jauh daripada calon DAP di sini Leong Kwang Yew.

"Semasa Leong Kwang Yew dan Adun Selangor Jenice Lee cuba mendekati Perdana Menteri, rombongan BN pula menolak dan menghalang kedua-dua mereka secara kasar.

"Memorandum yang dipegang oleh Leong Kwang Yew telah dirampas dan dikoyak oleh rombongan Perdana Menteri, pembuatan begini seolah-olahnya telah menghancurkan hasrat rakyat Limbang yang ingin menyuarakan masalah mereka," cerita Thomas Su (gambar) dalam kenyataan medianya hari ini.

Menurut beliau, jika Perdana Menteri terus menbenarkan rombongan beliau menolak dan mengoyakkan memorandum dengan sikap begitu kasar dan kurang ajar, ini membuktikan “Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” yang dicanang oleh BN dan Perdana Menteri adalah satu pembohongan sahaja!

Beliau sangat kecewa dan menyesal dengan sikap PM dan rombongannya dengan kejadian yang berlaku di Pasar Tamu Limbang petang semalam.

H/daily

Lebih 10 ribu turun ceramah. Jalan sesak 10 KM. Mengeletar rejim Taib



KEMPEN fasa pertama bagi Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak telah selesai 11 April lalu, dengan kempen agak tidak agresif membabitkan seluruh parti kecuali DAP yang menguasai kawasan bandar. Namun, meskipun kempen fasa pertama tidak hangat, bahang kemarahan dan perubahan yang dijana rakyat ‘secara senyap’ mula meluap di awal pusingan kedua kempen bermula 12 April.

Himpunan-himpunan yang diaturkan Pakatan Rakyat terutama DAP, PAS dan KeADILan di kawasan Bandar Kuching, seperti di Batu Kawa pada 11 April lalu cukup mendebarkan jantung Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Kehadiran lebih 10,000 warga Sarawak dengan kesesakan lalu lintas sepanjang 10 kilometer dari Bandar Kuching menuju Batu Kawa cukup untuk menceritakan bahawa gelombang kebangkitan rakyat semakin dirasai.

Kempen dan ceramah yang diadakan membabitkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di beberapa tempat, selain kempen Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak awal, dan kehadiran Lim Guan Eng membantu kempen menampakkan lagi kemarahan rakyat.

Namun yang mencuri tumpuan, kehadiran Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkampung di sini selama lima hari memberikan ‘signal’ bahawa BN sebenarnya tertekan dengan gelombang kebangkitan rakyat Sarawak.

Datangnya Najib dengan pengumuman kononnya sudah ada pelan peralihan kuasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan penggantinya sebaik selesai pilihan raya tidak meyakinkan rakyat.

Telahan itu benar kerana sebaik pengumuman itu, Taib Mahmud sendiri mengesahkan ianya bukan dalam keadaan segera selepas pilihan raya, sebaliknya mengambil masa beberapa tahun selepas pilihan raya. Najib mungkin tanpa sedar, Taib Mahmud juga memiliki pelan politiknya yang tersendiri memandangkan beliau cukup lama berada di Sarawak, menjajah Bumi Kenyalang bagai ‘Raja Brooks’ versi Melayu-Melanau.

Telahan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali dalam analisis awalnya, bahawa keyakinan dan perubahan ‘mood’ rakyat semakin jelas kelihatan untuk menolak kerajaan BN-PBB Sarawak. Kebangkitan ini tidak terjangka oleh BN, sama ada Najib, Muhyiddin mahupun Taib Mahmud sendiri.

Kemarahan rakyat yang telah terpendam lama sejak 48 tahun lalu memberikan peluang besar buat Pakatan Rakyat yang masuk dengan pasukan yang mantap menghadapi BN di Sarawak.

Sementara kemelut dalaman pimpinan-pimpinan BN di Sarawak, serta pergeseran antara Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mampu diselindungkan.

Sama ada kehadiran Najib lima hari berkempen di Sarawak juga membawa tanda bahawa Pengerusi BN itu sebenarnya tidak lagi yakin dengan kemampuan Taib Mahmud, mahupun Muhyiddin untuk mempertahankan Sarawak.

Najib sebenarnya sedang bertarung secara dalaman dengan Muhyiddin-Taib Mahmud yang semakin menjadi ‘liabiliti’ kepada beliau dalam mengekalkan jawatan Perdana Menteri.

Sementara, jika berjaya mengekalkan kemenangan BN di Sarawak 16 April ini, Najib akan menjadi wira yang didendangkan untuk meletakkan langkahnya setapak ke hadapan berbanding pesaingnya, Muhyiddin.

Selain itu kedudukan Taib Mahmud, jika Najib berjaya dalam pelannya mungkin seperti telur di hujung tanduk memandangkan, Najib akan membuka pekung bagaimana resepinya berkempen menerajui sebarang kejayaan.

Cuma Najib lupa, kemarahan dan gelombang kebangkitan rakyat tidak mampu dihalang dengan kempen lima harinya, dan dalam perubahan itu, pastinya Muhyiddin memiliki pelan tersendiri jika kempen Najib di Sarawak menemui keputusan negatif.

Muhyiddin tidak akan menonjolkan dirinya selagi mana beliau berada di kerusi nombor dua, di belakang Najib untuk duduk di kerusi nombor satu dengan sebarang kemungkinan percaturan yang dibuat.

Sebarang keputusan PRN Sarawak akan menjejaskan pelan politik kedua-dua (Najib-Muhyidin) tokoh ini, selain kedudukan Taib Mahmud yang semakin samar dengan pelan peralihan kuasa yang langsung tidak menampakkan keputusan
penamat.

Kebangkitan rakyat melalui isu tanah adat, kekayaan Taib Mahmud, kegilaan memiliki harta rakyat, dan masalah kemiskinan melampau di Sarawak boleh menghukum BN-PBB di sini.

Namun, terdapat kebimbangan jika kebangkitan itu nanti disekat dengan taktik kotor BN melalui jenteranya, mahupun agensi kerajaan yang akan diperalat di saat akhir, termasuk dengan kaedah ugutan serta politik wang!

Peringatan Mustafa Ali ada asasnya, bahawa kebangkitan rakyat Sarawak harus dikekalkan momentumnya, dengan jentera Pakatan Rakyat harus memperkemaskan kempen mempertahankan gelombang itu daripada luntur.

Sebarang kemungkinan saat-saat akhir boleh berlaku, namun api kemarahan rakyat mungkin tidak akan terubat hanya dengan ‘gula-gula’ pilihan raya, kerana rakyat mulai sedar, kesungguhan BN berkempen hanya untuk terus menguasai harta dan kekayaan ‘Bumi Kenyalang’.

Thursday, April 14, 2011

Tudia....cemas gila!

Tak kiralah salah ke tak, asalkan dapat kerahkan segala bentuk jentera yang dimiliki kerajaan digunakan untuk berhadapan Pakatan Rakyat (PR) di pilihanraya negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Terang-terangan, kali ini pemimpin BN tidak menghiraukan salah guna kuasa yang dilakukan. Asalkan kuasa dapat dikekal.

Presiden Barisan Nasional (BN) pusat, Datuk Seri Najib Razak sudah pun memberi amaran kepada jentera BN, ini adalah pilihanraya negeri tersengit pernah dihadapi BN dalam sejarah pilihanraya negeri itu.

Sambil mengaku, BN berhadapan laluan sukar berikutan sambutan luar biasa yang diberi para pengundi kepada PR dalam setiap program.

Berikutan perkembangan yang menakutkan BN itu, segala kerahan tenaga dan jentera digunakan BN demi mengekal kuasanya di Sarawak.

Dilaporkan dalam Buletin Online hari ini, kelihatan tiga buah pesawat rasmi kerajaan Malaysia (celaka pemimpin BN, guna kemudahan kerajaan untuk kempen politik mereka – kalau di luar negara, dah lama dah kena balun, bantai oleh rakyat mereka…) di Lapangan Terbang Kuching membayangkan betapa 'seriusnya' perasaan cemas pemimpin Barisan Nasional menghadapi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak ke-10.

Kehadiran sebuah pesawat ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta diletakkan di terminal utama, manakala sebuah lagi jenis Bombardier Global Express, ketika dirakam gambarnya semalam Rabu 13 April, sedang menghampiri terminal yang sama.

Sementara itu sebuah lagi pesawat jenis Falcon 900A diletakkan di 'hangar' TUDM di lapangan terbang terbabit.

Pesawat rasmi tersebut dilaporkan adalah untuk kegunaan dua pemimpin utama kerajaan Malaysia iaiu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Kedua-dua pemimpin kanan BN yang juga adalah pemimpin Umno dilaporkan layak menggunakan pesawat khas rasmi kerajaan Malaysia untuk tujuan urusan rasmi sahaja.

Namun begitu, adakah menghadiri kempen pilihanraya negeri Sarawak merupakan urusan rasmi kerajaan?

Dan persoalan yang timbul adalah, siapa pula yang menggunakan pesawat rasmi yang ketiga?

Garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawat-pesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kedudukan BN Sarawak dalam PRN Sarawak dalam keadaan genting sebagaiamana dilaporkan Harakahdaily, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Menurut akhbar rasmi internet PAS itu lagi, 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Sehubungan itu, Presiden Umno, Najib Razak, pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, semalam, mengakui BN menghadapi tentangan hebat di kawasan bandar, dan cabaran yang dihadapi kali ini "mungkin yang paling sukar dalam sejarah politik Sarawak".

Sumber asal: Buletin Online



Antara Najib, Muhyiddin dan Taib Mahmud




Kempen Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang masuk hari kelapan tertumpu kepada perang 'kuasa' tiga penjuru antara Perdana Menteri, Timbalannya dan Ketua Menteri Sarawak.

Tiba-tiba sahaja seluruh mata tertumpu kepada isu mengapa Perdana Menteri dilihat bersungguh-sungguh berkempen di Sarawak, sedangkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah lama berkempen di sini.

Samada Najib sebenarnya tidak yakin, mahupun tidak selesa dengan kehadiran Muhyiddin, serta isu-isu yang mendampingi Ketua Menteri Sarawak hingga terpaksa turun padang enam hari berturut-turut.

Ataupun Najib sebenarnya bimbang, sebarang perancangan Muhyiddin 'seteru dalam diamnya' mengatur sebarang strategi untuk membina kekuatan di Sarawak bagi mendapatkan sokongan, duduk di kerusi nombor satu kerajaan menggantikan Najib.

Di peringkat Taib Mahmud pula, beliau sendiri walaupun zahirnya nampak tenang menghadapi angin perubahan yang melanda Sarawak, namun dalam diam beliau sendiri bertarung dengan 'serangan dua penjuru', pembangkang dan rakyat serta kini Najib sendiri.

Isu-isu yang menyangkut beliau sejak 30 tahun menerajui Sarawak, antaranya isu rampasan Tanah adat (NCR), isu pentadbirannya dibayangi skandal pengumpulan kekayaan di dalam dan luar negara, isu 'mistik', isu rakyat tidak mendapat kemudahan asas, dan isu skandal anak-anak serta kroninya.

Taib Mahmud pastinya dalam kelemasan kini, walaupun dalam satu wawancara di TV3, beliau melaungkan keyakinan kononnya BN mampu mempertahankan Sarawak dengan majoriti besar, dua pertiga.

Beliau sendiri mempunyai maklumat, bahawa kedudukan BN cukup genting di 18 kerusi yang diletakkan beberapa pengdanalisis politik sebagai sudah menyebelahi Pakatan Rakyat.

Sementara pertarungan di 10 kerusi untuk menentukan siapa pemenang di garisan penamat, semakin rancak, dengan DAP, PAS dan PKR serta tidak ketinggalan SNAP yang sudah keluar dari Pakatan Rakyat 'bila-bila' boleh menggugat lebih dari kerusi yang dijangkakan.

Kegelisahan Najib- Muhyiddin mungkin bukan atas faktor menang atau kalah BN di Sarawak, kerana mereka lebih gemar dalam pertarungan kuasa untuk menentukan pusingan pertama sebelum pemilihan Umno, siapa yang mendahului.

Menang atau kalahnya BN di Sarawak, ataupun Sarawak hilang majoriti dua pertiga, yang pastinya tergugat adalah kedudukan Taib Mahmud, justeru di celah doktrin itu, Najib dan Muhyiddin bertarung untuk suatu 'kesan' yang boleh membawa erti kepada dua tokoh utama BN ini.

Taib Mahmud hanya 'lauk' yang sedang dimasak (proses kempen pilihan raya) untuk hidangan makan malam (keputusan pilihan raya) , sedap atau tidak bukan persoalan, lebih dari itu mampukan untuk menyampaikan hajat mereka yang berselera besar (Najib dan Muhyiddin).

Kekalahan membawa makna, kedudukan Taib akan terjejas, kemenangan pula akan membawa kesan yang perebutan 'dwilogi' kuasa antara Najib-Muhyiddin di peringkat pusat.

Namun, rakyat Sarawak sudah tentu memiliki satu 'tekad' untuk melakarkan perubahan, setidak-tidaknya perubahan untuk 'mengajar' kerajaan BN erti kesengsaraan yang dihadapi rakyat.

Najib-Muhyiddin-Taib Mahmud, seketika nanti akan melupai kesengsaraan rakyat di bawahan apabila tamatnya pilihan raya, dan mereka akan terus meniti jalan-jalan memperkukuhkan pengaruh dan kuasa, dalam dunia kemewahan!.

H/daily

Pilihan Raya Sarawak - 13 Dun panas, sengit

Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 kali ini sedang menyaksikan 13 Dun panas yang boleh disifatkan panas, persaingan sengit dan sedang merimaskan calon-calon bertanding. Ia diikuti pula dengan enam Dun kelabu bagi Barisan Nasional Sarawak pimpinan Abdul Taib Mahmud. Berikut adalah jadual yang menerangkan secara ringkas fakta tersebut.


Berpandukan jadual di atas (klikkan untuk saiz besar), 10 Dun adalah dimenangi BN pada pilihan raya 2006, hanya tiga Dun (N.09 Padungan, N.28 Engkilili dan N.43 Ngemah) pihak BN kalah.

Apa pun berdasarkan perkembangan semasa dan mood kebersamaan pengundi (khususnya kalangan Dayak dan Cina) menyahut kempen "Jom Ubah" pihak Pakatan Rakyat, maka dijangkakan 13 Dun panas tersebut bakal dimenangi Pakatan Rakyat atau parti oposisi BN.

Di antara parti-parti Pakatan Rakyat tersebut, KeADILan dijangka memperolehi lima Dun, DAP bakal memenangi empat Dun dan PAS pula dua Dun.

Sementara parti-parti oposisi lain adalah dijangka SNAP mengekalkan kemenangan di Engkilili dan PCM pula akan menawan Dun Ngemah yang dulunya dimenangi calon PCM atas tiket Bebas.

Sekiranya benar, jangkaan 13 Dun ini jatuh kepada Pakatan Rakyat dan parti oposisi. Kemudian, kemungkinan besar DAP dapat mengekalkan dominasi di enam Dun (N.10 Pending, N.11 Batu Lintang, N.12 Kota Sentosa, N.40 Meradong, N.45 Bukit Assek dan N.59 Kidurong) yang dimenangi 2006, maka Pakatan Rakyat bersama SNAP dan PCM akan memenangi sekurang-kurangnya 19 daripada 71 Dun. Ia belum cukup untuk meranapkan keegoan parti BN yang ditunjangi PBB dan SUPP.

Justeru, bagi meranapkan dominasi dua pertiga BN, Pakatan Rakyat perlu memenangi 25 Dun. Ia memerlukan enam Dun lagi. Antara Dun yang dilihat berpotensi ialah mana-mana Dun kelabu bagi parti SUPP, SPDP dan PRS. Dun tersebut ialah N.25 Balairingin (PRS), N.39 Repok (SUPP), N.41 Pakan (SPDP), N.47 Bawang Assan (SUPP), N.64 Pujut (SUPP) dan N.65 Senadin (SUPP).

Apakah matlamat meranap dominasi dua pertiga Barisan Nasional akan berjaya?

Berdasarkan mood dan kesedaran politik semasa (sentimen pengundi Cina menolak BN bermula di Sibu dan kebangkitan Orang Ulu, Iban dan Bidayuh), maka bukan setakat meranap dominasi dua pertiga, lebih dari itu ialah berkemungkinan BN akan terpenggal tampuk kuasa Kerajaan Negeri!

Oleh: Wan Nik Wan Yussof, Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Tuesday, April 12, 2011

Ceramah Abang Bob Lokman


Monday, April 11, 2011

Hi-Tea bersama Abang Bob Lokman

Bergambar kenangan bersama Abang Bob Lokman


Jamuan percuma disediakan untuk hadirin yang hadir


Abang Bob sedang memberi ceramah kepada hadirin tentang bagaimana susur jalur hidupnya sehingga mendapat jalan cahaya hidayah


Wajar bersih Abang Bob


Sdr Hj Hairy Hashim atau lebih di kenali sebagai Pak Lang Hairy sedang menyampaikan ucapan aluan selaku wakil tuan rumah,beliau juga merupakan YDP PAS Kawasan Kangar


Ketua Pemuda PAS Kawasan Kangar Sdr Mior Hassan Sazali sedang berbual dengan Abang Bob


Pengerusi majlis Sdr Hj Abdul Jamil Bin Khamis


Abang Bob bersama barisan kepimpinan PAS Kawasan Kangar


Tekun mendengar ucapan daripada pengerusi majlis


Antara hadirin yang hadir


bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan


Ketibaan Abang Bob di sambut oleh Ketua Pemuda dan hadirin

Sunday, April 10, 2011

Operasi Edar Risalah di Kuala Perlis

Saudara Mior Hassan bersama sahabat-sahabat menyampaikan risalah kepada orang ramai serta peniaga

Lokasi pemuda Kangar kali ini di Kuala Perlis


Saudara Mohd Iqbal Mohd Sharif baru sahaja selesai menyampaikan risalah


Barisan Pemuda PAS Kangar terus melangkah gagah dan bersemangat dalam operasi ini


Sasaran utama adalah pemuda dan pemudi


Ini lah suasana di Kuala Perlis pada waktu petang



mereka memerlukan sentuhan dakwah dari kita semua selaku daie


sapaan dan senyuman adalah kaedah dakwah yang paling berkesan


Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan


Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

Jabatan Amal >> Pemuda PAS Kangar bergotong-royong

Berat sama di pikul,ringan sama di jinjing


membersihkan kawasan halaman rumah seorang OKU


Membaiki bumbung yang bocor di pukul ribut




Ketua Pemuda PAS Kangar Saudara Mior Hassan Sazali Bin Mior Hajjar sedang meneliti keadaan bumbung sebelum di baiki


Juga bersama dalam program ini adalah Ketua DACS Kangar Saudara Mohd Yasser Mohd Kamil
sedang menunggang motorsikal Yamaha Sukan


Anak-anak muda sedang bermesyuarat sebelum memulakan aktiviti gotong-royong


Keadaan sekitar rumah yang bakal pasukan pemuda Kangar akan baiki


Bersama ketua PAS Cawangan yang berkopiah Saudara Azman atau lebih di kenali sebagai Man Wayar


memeriksa 'water pump' sebelum membersihkan rumah OKU yang dilanda banjir baru-baru ini dan juga di pukul ribut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...