Bunga Api


Sunday, October 24, 2010

Detik-detik PAS Perlis bergerak ke Galas

Ketua Pemuda PAS Kangar Sdr Mohd Iqbal bersama sahabat menggalas harapan rakyat Perlis untuk bersama memenangkan PRK Galas

Usia bukan penghalang untuk terus berjuang yang pastinya semangat terus muda dan membara


Menikmati secawah teh dan kuih bersama pejuang-pejuang yang akan memastikan kemenangan pada PRK Galas nanti menjadi milik kita,Insya Allah


Sahabat-sahabat memberi semangat sebelum melepaskan pejuang-pejuang bertolak ke Galas


Menunggu dengan sabar kesemua kehadiran pejuang-pejuang yang akan berangkat sebentar lagi ke Galas,Gua Musang,Kelantan





Pimpinan PAS Kangar turun padang







Tuesday, September 21, 2010

Majlis Jamuan Aidilfitri PAS Kawasan Kangar


Jempu datang beramai-ramai

Tuesday, September 14, 2010

SELAMAT DATANG KE RUMAH TERBUKA 'AIDILFITRI PAS KAWASAN KANGAR
Hari Ahad 26 September 2010 bersamaan 17 Syawal 1431 mulai jam 2.00 petang
bertempat diperkarangan MARKAZ TARBIYYAH PAS KANGAR, Batu 2 Lama Jalan Kaki Bukit.
Tulis posting awal anda di siniBaca lagi...

Tulis posting yang dihiddenkan di sini

Thursday, July 8, 2010

USRAH DPP KANGAR ( 7 Julai 2010 )


Ahli usrah yang hadir

Semua kusyuk mendengar dan mencatat

Hamidi memberi pandangan mengenai erti sebuah perjuangan

Gaya seorang motivator( Aswad Kusni) memberi pandangan berkenaan mujahadah

Falah memberi ulasan dan muhasabah dengan gaya yang sedih.....
Cikgu Man turut simpati dengan apa yang telah disebut oleh Falah...

Al Fadhil Naqib memimpin usrah membuat kesimpulan di atas semua pandangan tersebut.

ZIARAH PESAKIT DI HOSPITAL KANGAR

Sdr. Mohamad b.Man( AJK MTD PAS Sena) menceritakan bagaimana kejadian kemalangan yang berlaku kepada Sdr.Hairy Hashim(YDP PAS Kangar)
 
AJK PAS Kawasan Kangar yang turut serta
 
Ust Osman bertanya keadaan seorang pesakit
 
Seorang warga emas turut diziarahi

Wednesday, June 30, 2010

MAJLIS PERASMIAN MARKAZ PAS CAW. PADANG KOTA,BINTONG

YDP Kangar menyampaikan ucapan alu-aluan
 
YB Pesuruhjaya menyampaikan ucapan
 
Dato' Dr Haron Din menyampaikan ucapan perasmian
 
Hadirin yang hadir
Cenderahati kepada perasmi
 
AJK Cawangan PAS Padang Kota
 
Majlis Perasmian diakhiri dengan jamuan kenduri seekor lembu......

Wednesday, June 23, 2010

Program Hi Tea bersama masyarakat Tiong Hua Kaki Bukit

Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perlis (DHPP) telah mengorak langkah menjadi penghubung PAS dengan non-muslim terutama masyarakat Tiong Hua di negeri Perlis, terbaru mereka mengadakan Program Hi-Tea pimpinan PAS Perlis bersama dengan masyarakat Tiong Hua di Kaki Bukit, Perlis.

Program diadakan bagi mendengar luahan masyarakat Tiong Hua berkenaan dengan status tanah TOL (Temporary Occupation License) yang mereka duduki selama hampir 80 tahun di sekitar kawasan Kaki Bukit dan juga untuk menjalinkan hubungan dengan msyarakat Tiong Hua disitu.

Program tersebut di hadiri oleh beberapa orang pimpinan PAS Negeri Perlis iaitu Mohd Iqbal-Ketua Penerangan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yaakob Abu Seman-Ketua Pemuda PAS Perlis, Sdr Hairy Hasyim-Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perlis dan YB Rusele Eizan-ADUN Simpang Empat. Turut hadir bersama adalah Sdr Kor Chu Liang-Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat dan Cikgu Khoo Yang Chong-Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perlis.

Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar apabila lebih kurang 100 orang penduduk hadir.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Cikgu Khoo, kemudiannya saudara Hairy Hasyim. Beliau menyatakan bahawa PAS bersedia pada bila-bila masa untuk turun memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan termasuk masyarakat Tiong Hua. Selain itu, (PAS) mengharapkan masyarakat Tiong Hua di Kaki Bukit akan memilih PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Kemudian ucapan di teruskan dengan saudara Mohd Iqbal. Saudara Mohd Iqbal menyatakan bahawa peranan PAS yang menjadi duta penyelamat dan kasih sayang bukan hanya kepada masyarakat Melayu, tetapi juga kepada semua bangsa dan agama. Kata beliau, misi kebajikan PAS adalah untuk semua.

Seterusnya, Ucapan daripada Ustaz Yaakob Abu Seman. Beliau menjelaskan bahawa UMNO, MCA dan MIC menjadi hantu kerana menakut-nakutkan rakyat dengan pemahaman politik perkauman sempit. Selain itu, beliau membawa contoh kejayaan PAS dalam mentadbir kerajaan Kelantan selama hampir 20 tahun. Kerajaan Kelantan mentadbir dengan penuh amanah dan tanggungjawab dengan membuka ruang seluas-luasnya untuk setiap agama dan bangsa mengamalkan ajaran agama dan budaya masing-masing.

Seterusnya, YB Rusele Eizan menyampaikan ucapan. Beliau menyatakan bahawa semua agama yang ada dalam dunia ini mengajak penganutnya untuk berbuat baik. Tidak ada satu pun agama yang mengajak penganutnya bersikap zalim dan menindas orang lain. PAS sebagai parti yang mempunyai prinsip dan dasar yang berorientasikan agama iaitu agama Islam komited untuk terus memperjuangkan keadilan dan membanteras kezaliman kerana ianya adalah suruhan agama.

Ucapan YB Rusele Eizan di cemari oleh gangguan dari pihak polis yang meminta supaya program tersebut di berhentikan segera. Setelah perbincangan di adakan diantara pimpinan PAS dan DHPP, mereka akur dengan arahan yang di berikan dan program tersebut dihentikan serta merta tanpa sempat diadakan sesi dialog dengan hadirin yang datang.

Wakil penduduk menyatakan rasa kecewa kerana tidak dapat menceritakan masalah yang mereka hadapi.

Cikgu Khoo menyampaikan ucapan alu - aluan
Sdr Hairy Hasyim menyampaikan ucapan
Sdr Iqbal menyampaikan ucapan
Ust Ya'akub menyampaikan ucapan
Hadirin yang hadir
YB Rus'sele Eizan menyampaikan ucapan
Polis datang menghalang
Penduduk yang hadir

Tuesday, June 22, 2010

Perasmian Markaz PAS Padang Kota

Monday, June 21, 2010

Tuesday, May 25, 2010

JUDI ADALAH HARAM.......moga UMNO bertaubat

Tuesday, May 18, 2010

JOM PAKAT BAWA KELUARGA MAI KULIAH TUAN GURU.......

TUAN PUAN BOLEH BAWA AIR UNTUK DIDOAKAN OLEH DATO' DR HARON DIN

Wednesday, May 12, 2010

SEMUA DI JEMPUT HADIR.....pelbagai aktiviti menarik disediakan....

Monday, May 10, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM PAS KAW.KANGAR ( Nasi Gulai Kawah )


Alhamdulillah,Majlis Makan Malam anjuran PAS Kawasan Kangar akhirnya berjaya diadakan di Balai Islam MADI,Jejawi.
Majlis ini adalah bertujuan untuk mengutip dana PAS Kawasan dan pihak jawatankuasa mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan semua yang hadir pada malam tersebut.
Jazakallahukhairon kathira...


Urusetia Majlis Makan Malam sedang mengatur kelengkapan
 
 Urusetia sedang mengambil makanan untuk VIP yang hadir....
Dari kiri Sdr Hairy(YDP ),Ust Hj Hashim Jasin(Pesuruhjaya) dan Tn Hj Abdul(TYDP) yang baru tiba...
 Urusetia sedang mencuba menu Nasi Gulai Kawah PAS Kawasan Kangar...
  • ( hanya gambar diatas sahaja yang sempat diambil oleh kerana kesibukan urusetia menguruskan jamuan tetamu) 


Tuesday, April 27, 2010

MAJLIS DIALOG PETANI,PENTERNAK & NELAYAN KUALA PERLIS BERSAMA YB DATO' MAHFUZ OMAR

Ketibaan YB Dato' Mahfuz Omar ke majlis dialog disambut oleh Ust Ya'akub
Dari kiri Ust Ya'akub,YB Rus'sele Eizan,YB Mahfuz,Cikgu Khoo & En.Hairy
 
Cikgu Khoo(Pengerusi Dewan Perhimpunan Penyokong PAS) menyampaikan ucapan
Para peserta yang hadir

Hadirin kusyuk mendengar penjelasan
Peserta dialog yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat
 
YB Mahfuz menyampaikan ucapan dan penjelasan isu-isu berkaitan para petani,penternak & nelayan
 
YB Mahfuz menjawab segala persoalan yang telah diajukan
Majlis diakhiri dengan jamuan Laksa Kuala Perlis......Allahuakbar!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...