Bunga Api


Wednesday, March 31, 2010

KISAH KEAJAIBAN DI GAZA

Dipetik dari ceramah program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut :
1. Pertolongan Burung - Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Pertolongan Kabus Tebal - Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

Baca lagi...


3. Pertolongan Al-Quran - Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
- Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan televisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.
4. Bantuan Makhluk Lain - Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
5. Bayi Bertukar Jantina - Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
6. Kelahiran Semula Para Maujahidin - Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

7. Mayat Mujahidin Tidak Reput - Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. ” (Fussilat:52).
Begitulah antara bukti-bukti kebesaran Allah yang dipaparkan kepada kita. Semoga cerita di atas member semangat dan perangsang kepada kita untuk terus berjuang dan membantu saudara-saudara kita yang teraniaya di sana. Allahuakbar.

Diambil dari :Ustaz Halim ( inijalanku.wordpress.com )

BARISAN DI AKHIRAT

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”


Baca lagi...

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.”

Wednesday, March 3, 2010

KEM SURVIVOR AMAL PEMUDA KANGAR DI TASOH RESORT ( 26,27&28 FEB 10)

Sdr Iqbal selaku Ketua DPP Kangar memberi taklimat program

Para peserta tekun mendengar taklimat program.

Sesi ta'aruf dan suai kenal 
Malam pertama BBQ mentarang,ikan cencaru dan yang seangkatan dengannya
Berkilo ikan dan mentarang sebesen sedia untuk 'disebat'

Pakat dok panggang sosej dan makanan ala kebaratan

Jaga2..jangan dok berebut,satgi ada kena hempok dengan tudung periuk
Pagi esoknya :
Aktiviti daki bukit Tasoh
Ust Yaakob(baju merah) ikut belakang takut depa pi kerabat bukit bukit lain.

Para pemuda Kangar gagah mendaki
Kami dah sampai dipuncak
Amirul ( AJK Pemuda) segak,handsome,peramah,periang,tahan lasak,tidak zalim dan.....jadi2..
Akhirnya,Puncak ini dapat ditawan
Sdr Nizuan dan peserta rehat sebentar
Ust Ya'akub(Ketua DPP Perlis) turut serta dalam aktiviti mendaki ini
Modul di tempat lapang diatas bukit 

Perjalanan keluar dari bukit ini
Singgah sebentar diteduhan sambil mendengar taujihad dari Ust Ya'akub

Dah sampai bawah, lepas ni kena lintas tasik pulak....
Ust Ya'akub tak sabaq nak berenang
Warming down dulu sebelum sebelum terjun dan lintas tasik 

Pakai life jacket bagi betul....
Pemuda jiwa bangsa

Mandi manda dulu sebelum melintas
Marshal nampak kemas tapi tak reti berenang juga tu........
Kami dah sedia!!
Senyum sedia.....

Unit gedohok ( AJK makanan) tengah menanak nasi...
Satgi, peserta yang kelaparan akan tiba....

Abd Satar tak berapa nak harap ke bot ni....

Tasik yang meninggalkan nostalgia para pemuda

Thursday, February 25, 2010

PAS Perlis : Ust Abd Rashid bukan lagi Ketua Dewan Ulama - sumber peghelihla


KANGAR - PAS Perlis menafikan pembabitan Mantan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Abd Rashid Abd Rahman dalam jawatankuasa parti itu sepertimana yang dilaporkan dalam Berita Harian hari ini.

Laporan tersebut dimuatkan pada seksyen Nasional Berita Harian hari ini, dengan tajuk "Hakim nasihat Ketua Dewan Ulama PAS Perlis : Selesaikan kes tuntutan hak jaga tiga anak secara sulh".

Menurut Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis, Hairy Hashim, laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat memandangkan Ustaz Abd Rashid sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulam PAS Perlis.

"Ustaz Abd Rahid telah mengemukakan surat perletakan jawatan beliau pada bulan Julai lalu. Badan Perhubungan PAS Perlis yang bermesyuarat pada 21 Julai memutuskan bahawa permohonan beliau ditangguhkan sehingga ke mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Perlis berikutnya.

"Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perlis yang diadakan pada bulan Disember lalu telah dimaklumkan bahawa perletakan jawatan beliau telah dipersetujui.

"Jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis kini dipangku oleh Naib Ketua, Ustaz Salleh Adam," jelasnya.

Untuk itu, PAS Perlis meminta pihak yang terbabit membuat pembetulan yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang fitnah dan kekeliruan.
Baca juga disini

Wednesday, February 24, 2010

MAULIDUR RASUL 1431 DI BALAI ISLAM MADI

IJTIMAK  TARBAWI SEMPENA
MAULIDUR RASUL  1431

bersama

UST ABD GHANI ABD RAHMAN
(PESURUHJAYA PAS MELAKA)

    TARIKH      : 26 /2/10 ( JUMAAT )
    MASA          : 7.30 MALAM
    TEMPAT    : BALAI ISLAM MADI,
                            JEJAWI.

..Semua dijemput hadir..

MAJLIS MAULIDUR RASUL 1431


SAMBUTAN MAULID AR RASUL SAW 1431

bersama :

Syeikh Aminuddin bin Abdul Rahim
(Ahli Majlis Fatwa Kedah & Pensyarah KUIN)

pada ;

14 Rabi' an Nabawi 1431 bersamaan 28 Februari 2010 (AHAD)

bermula pada jam : 7.30 malam

Bacaan Maulid & Qasidah oleh Kumpulan Qasidah Ahbaabul Mushtafa Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN)

tempat ;

Tapak Kompleks Pendidikan MATIN, Kg Abi Padang Macang, Kangar Perlis.

Sekalian para muhibbin, sahabat seperjuangan dan muslimin muslimah dipersilakn hadir serta bantulah kami menghebahkan majlis yang penuh barakah ini. Jazakumullah.
Untuk keterangan lanjut : 013 4881509

Friday, February 12, 2010

PROGRAM ZIARAH DAN EDAR BUAH LIMAU KEPADA KAUM TIONG HWA SEMPENA TAHUN BARU CINA

Berkumpul dan mendengar taklimat ringkas sebelum bergerak ke rumah kaum Tiong Hua.
Sdr. Mior Hassan( S/U Pemuda) membawa Hj Abdul(Timb.YDP) mengedar buah limau ke setiap rumah.
"Sesungguhnya semangat orang muda memerlukan pengalaman dari orang tua".
Yang menerima tersenyum dan yang memberi pun tersenyum.
Yakinlah bahawa  "Senyum itu sedekah"
Sdr Iqbal( Ketua Pemuda) & Sdr. Othman Hashim (AJK Kaw.)menjelaskan bahawa sumbangan limau dan kad raya ini daripada PARTI ISLAM SEMALAYSIA.
"PAS FOR ALL"
Uncle sangat terharu di atas sumbangan kecil ini.
Uncle ni kata " raya mai rumah"
Sdr. Mior Hassan( SU Pemuda ) & Sdr. Sahir(Pen.SU) masuk sampai dalam restoren bagi buah limau.
Mujuq depa tak singgah pekena dulu.
Alang2 jumpa kot jalan bagi terus...tak gadoh pi rumah dah.

Abg Kimi segak bertopi DAP & berbaju PAS.
Pastikan PAKATAN RAKYAT kukuh.
Sdr. Jamil Kamis(Pen. S/U Kaw.) menyatakan ini ada sedikit sumbangan dari PAS.
Uncle ni gelak riang bila Pak cik Jamil kata " GONG XI FA CHAI"
Pakcik Abdul (Tim. YDP Kangar ) menghulurkan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina pd auntie.
Letih berjalan bagi buah limau sambil2 pekena sebiji dua.
Setelah selesai mengedarkan buah limau & kad raya cina kami terus berangkat pulang.
Moga ALLAH membuka hati- hati mereka kepada PAS.
PAS FOR ALL

FUTSAL UKHUWAH - DPP KANGAR


Mesyuarat DPP Kangar berdekatan gelanggang Futsal
AJK DPP sedang menunggu sahabat lain untuk bertarung siapakah paling hebat dalam acara Futsal ini
Pemain simpanan yang diimport khas dari luar Kangar.Namun tiada sebiji gol yang berjaya dihasilkan.
Semua pemain sedang beraksi.
Timb.Ketua Pemuda  menjadi coach dalam merencanakan kemenangan sambil diperhatikan Azrol(berbaju merah).

Setelah sejam bermain,semua beransur pulang.Moga ukhuwah terus kukuh.
Majulah Sukan Untuk Negara.
Tulis posting awal anda di sini

Baca lagi...

Tulis posting yang dihiddenkan di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...