Bunga Api


Wednesday, March 3, 2010

KEM SURVIVOR AMAL PEMUDA KANGAR DI TASOH RESORT ( 26,27&28 FEB 10)

Sdr Iqbal selaku Ketua DPP Kangar memberi taklimat program

Para peserta tekun mendengar taklimat program.

Sesi ta'aruf dan suai kenal 
Malam pertama BBQ mentarang,ikan cencaru dan yang seangkatan dengannya
Berkilo ikan dan mentarang sebesen sedia untuk 'disebat'

Pakat dok panggang sosej dan makanan ala kebaratan

Jaga2..jangan dok berebut,satgi ada kena hempok dengan tudung periuk
Pagi esoknya :
Aktiviti daki bukit Tasoh
Ust Yaakob(baju merah) ikut belakang takut depa pi kerabat bukit bukit lain.

Para pemuda Kangar gagah mendaki
Kami dah sampai dipuncak
Amirul ( AJK Pemuda) segak,handsome,peramah,periang,tahan lasak,tidak zalim dan.....jadi2..
Akhirnya,Puncak ini dapat ditawan
Sdr Nizuan dan peserta rehat sebentar
Ust Ya'akub(Ketua DPP Perlis) turut serta dalam aktiviti mendaki ini
Modul di tempat lapang diatas bukit 

Perjalanan keluar dari bukit ini
Singgah sebentar diteduhan sambil mendengar taujihad dari Ust Ya'akub

Dah sampai bawah, lepas ni kena lintas tasik pulak....
Ust Ya'akub tak sabaq nak berenang
Warming down dulu sebelum sebelum terjun dan lintas tasik 

Pakai life jacket bagi betul....
Pemuda jiwa bangsa

Mandi manda dulu sebelum melintas
Marshal nampak kemas tapi tak reti berenang juga tu........
Kami dah sedia!!
Senyum sedia.....

Unit gedohok ( AJK makanan) tengah menanak nasi...
Satgi, peserta yang kelaparan akan tiba....

Abd Satar tak berapa nak harap ke bot ni....

Tasik yang meninggalkan nostalgia para pemuda

Thursday, February 25, 2010

PAS Perlis : Ust Abd Rashid bukan lagi Ketua Dewan Ulama - sumber peghelihla


KANGAR - PAS Perlis menafikan pembabitan Mantan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Abd Rashid Abd Rahman dalam jawatankuasa parti itu sepertimana yang dilaporkan dalam Berita Harian hari ini.

Laporan tersebut dimuatkan pada seksyen Nasional Berita Harian hari ini, dengan tajuk "Hakim nasihat Ketua Dewan Ulama PAS Perlis : Selesaikan kes tuntutan hak jaga tiga anak secara sulh".

Menurut Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis, Hairy Hashim, laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat memandangkan Ustaz Abd Rashid sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulam PAS Perlis.

"Ustaz Abd Rahid telah mengemukakan surat perletakan jawatan beliau pada bulan Julai lalu. Badan Perhubungan PAS Perlis yang bermesyuarat pada 21 Julai memutuskan bahawa permohonan beliau ditangguhkan sehingga ke mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Perlis berikutnya.

"Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perlis yang diadakan pada bulan Disember lalu telah dimaklumkan bahawa perletakan jawatan beliau telah dipersetujui.

"Jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis kini dipangku oleh Naib Ketua, Ustaz Salleh Adam," jelasnya.

Untuk itu, PAS Perlis meminta pihak yang terbabit membuat pembetulan yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang fitnah dan kekeliruan.
Baca juga disini

Wednesday, February 24, 2010

MAULIDUR RASUL 1431 DI BALAI ISLAM MADI

IJTIMAK  TARBAWI SEMPENA
MAULIDUR RASUL  1431

bersama

UST ABD GHANI ABD RAHMAN
(PESURUHJAYA PAS MELAKA)

    TARIKH      : 26 /2/10 ( JUMAAT )
    MASA          : 7.30 MALAM
    TEMPAT    : BALAI ISLAM MADI,
                            JEJAWI.

..Semua dijemput hadir..

MAJLIS MAULIDUR RASUL 1431


SAMBUTAN MAULID AR RASUL SAW 1431

bersama :

Syeikh Aminuddin bin Abdul Rahim
(Ahli Majlis Fatwa Kedah & Pensyarah KUIN)

pada ;

14 Rabi' an Nabawi 1431 bersamaan 28 Februari 2010 (AHAD)

bermula pada jam : 7.30 malam

Bacaan Maulid & Qasidah oleh Kumpulan Qasidah Ahbaabul Mushtafa Ma'had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN)

tempat ;

Tapak Kompleks Pendidikan MATIN, Kg Abi Padang Macang, Kangar Perlis.

Sekalian para muhibbin, sahabat seperjuangan dan muslimin muslimah dipersilakn hadir serta bantulah kami menghebahkan majlis yang penuh barakah ini. Jazakumullah.
Untuk keterangan lanjut : 013 4881509

Friday, February 12, 2010

PROGRAM ZIARAH DAN EDAR BUAH LIMAU KEPADA KAUM TIONG HWA SEMPENA TAHUN BARU CINA

Berkumpul dan mendengar taklimat ringkas sebelum bergerak ke rumah kaum Tiong Hua.
Sdr. Mior Hassan( S/U Pemuda) membawa Hj Abdul(Timb.YDP) mengedar buah limau ke setiap rumah.
"Sesungguhnya semangat orang muda memerlukan pengalaman dari orang tua".
Yang menerima tersenyum dan yang memberi pun tersenyum.
Yakinlah bahawa  "Senyum itu sedekah"
Sdr Iqbal( Ketua Pemuda) & Sdr. Othman Hashim (AJK Kaw.)menjelaskan bahawa sumbangan limau dan kad raya ini daripada PARTI ISLAM SEMALAYSIA.
"PAS FOR ALL"
Uncle sangat terharu di atas sumbangan kecil ini.
Uncle ni kata " raya mai rumah"
Sdr. Mior Hassan( SU Pemuda ) & Sdr. Sahir(Pen.SU) masuk sampai dalam restoren bagi buah limau.
Mujuq depa tak singgah pekena dulu.
Alang2 jumpa kot jalan bagi terus...tak gadoh pi rumah dah.

Abg Kimi segak bertopi DAP & berbaju PAS.
Pastikan PAKATAN RAKYAT kukuh.
Sdr. Jamil Kamis(Pen. S/U Kaw.) menyatakan ini ada sedikit sumbangan dari PAS.
Uncle ni gelak riang bila Pak cik Jamil kata " GONG XI FA CHAI"
Pakcik Abdul (Tim. YDP Kangar ) menghulurkan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina pd auntie.
Letih berjalan bagi buah limau sambil2 pekena sebiji dua.
Setelah selesai mengedarkan buah limau & kad raya cina kami terus berangkat pulang.
Moga ALLAH membuka hati- hati mereka kepada PAS.
PAS FOR ALL

FUTSAL UKHUWAH - DPP KANGAR


Mesyuarat DPP Kangar berdekatan gelanggang Futsal
AJK DPP sedang menunggu sahabat lain untuk bertarung siapakah paling hebat dalam acara Futsal ini
Pemain simpanan yang diimport khas dari luar Kangar.Namun tiada sebiji gol yang berjaya dihasilkan.
Semua pemain sedang beraksi.
Timb.Ketua Pemuda  menjadi coach dalam merencanakan kemenangan sambil diperhatikan Azrol(berbaju merah).

Setelah sejam bermain,semua beransur pulang.Moga ukhuwah terus kukuh.
Majulah Sukan Untuk Negara.
Tulis posting awal anda di sini

Baca lagi...

Tulis posting yang dihiddenkan di sini

Thursday, February 4, 2010

SELURUH MASYARAKAT DIJEMPUT HADIR....

Sunday, January 31, 2010

PROGRAM DEWAN PEMUDA PAS KANGAR: JELAJAH UKHUWAH JABATAN AMAL KE BALIK PULAU.


Program jelajah ini telah dianjurkan oleh DPP Kangar ke arah memantapkan Jab. Amal Kaw. Kangar.Pelbagai ilmu yang berjaya di ambil daripada Balik Pulau untuk membina Jab.Amal di Kangar.Kejayaan mereka menjadi contoh dan tauladan kepada Kangar.  

Baru tiba ditempat pertemuan di PASTI  Sungai Burung.
Jab.Amal  Kangar disambut oleh Jabatan Amal Kaw. Balik Pulau.
Amal yang paling awal sekali kami laksanakan setelah tiba disana.
Syukran diucapkan kepada Jab. Amal Balik Pulau di atas jamuan yang disediakan.
En.Norazman Ahmad(Pengarah Jab.Amal Pulau Pinang /Ketua DPP Bukit Mertajam) membentangkan secara keseluruhan berkenaan visi,misi dan aktiviti jab.amal.
Semoga Jab. Amal Kangar dapat beramal dengan segala curahan ilmu yang telah disampaikan.
Jab. Amal Kangar yang sedang kusyuk mendengar pembentangan.
Sesi soal jawab diadakan selepas pembentangan.
Bergambar kenangan sebelum berlepas pulang.
Semoga tautan ukhuwah antara Jab. Amal Balik Pulau dan Kangar terus berkekalan.Takbir!!

Friday, January 29, 2010

KULIAH KITAB FIQH DAULAH BERSAMA TUAN GURU DATO' DR HARON DIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...