Bunga Api
Wednesday, April 11, 2012
Ku Li nyata sokongan perhimpunan Bersih 3.0
Posted by PAS Kawasan Kangar at 1:07 PM 0 comments
Sunday, April 8, 2012
Santai Anak Muda Dun Bintong
Pak Tam yang memakai baju kuning selaku tuan rumah menyampaikan hadiah kepada pemenang,nampaknya Pak Tam tak sabar-sabar nak pi BERSIH 3.0 "Duduk Bantah".Posted by PAS Kawasan Kangar at 5:46 PM 0 comments
PR bergaya ke Putrajaya jika p'raya bersih
SHAH ALAM, 8  April: Kemampuan PAS melebarkan sayapnya  dari kawasan kampung ke bandar-bandar besar membuktikan parti itu kini  berupaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan  Rakyat.
Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS yang pada  mulanya bertapak di Pulau Pinang dan merebak ke kawasan yang mempunyai  sekolah pondok akhirnya menembusi kawasan bandar, sehingga Shah Alam  berjaya menyambut Jubli Peraknya.
"Apabila PAS mula merebak ke  kawasan-kawasan yang ada pesantren, ia menjadi tapak kekuatan PAS  khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak Utara. Selangor  kalau ada pun sebelah Tanjung Karang dan Sabak Bernam.
"Kita mula  merebak masuk ke kota-kota pada tahun 80-an dan 90-an. Di Shah Alam ini  pun kita mula bertapak di sekitar kampung iaitu di Meru, Jalan Kebun.
"Sekarang  PAS sudah berada di bandar, di taman-taman, Shah Alam, Bangi, Petaling  Jaya. Bila kita berada di tempat-tempat ini bermakna kita akan ambil  alih pemerintahan Putrajaya," kata beliau dalam ceramahnya di program  Munajat Perdana Pertahankan Selangor sempena 25 tahun PAS Shah Alam di  Stadium Melawati, dekat sini malam tadi.
Namun Mohamad berkata,  hasrat PAS dan Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya hanya akan tercapai jika  pilihan raya berjalan secara bersih dan adil.
"Kita yakin mampu mara ke Putrajaya dengan gagah dan bergaya, dengan syarat pilihan raya bersih dan adil," katanya.
Justeru beliau berkata, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini adalah suatu medan untuk menuntut pilihan raya yang bersih.
"Datuk  A. Samad Said yang menyambut hari lahirnya yang ke-77 hari ini mengajak  orang ramai duduk bantah menuntut pilihan raya bersih.
"Kalau anak muda umur 23 tahun tak turun, malulah," katanya.
Seruan sama turut dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.
"Sampai  bila kita mahu ditipu dalam sistem pilihan raya? Maka, kena ada  kekuatan raksasa rakyat dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini,"  kata beliau.
Beliau turut mengingatkan jentera Pakatan Rakyat  Selangor tidak leka kerana Umno BN mampu menggunakan apa sahaja cara  untuk merampas kembali negeri itu.
"Di Selangor, kita jangan  ambil mudah. Kalau 2008 Pakatan Rakyat ambil Selangor, tahun 2012  tanggungjawab kita untuk pertahankan Selangor," katanya.
Turut berucap malam tadi ialah Pesuruhjaya Selangor, Dr Rani Osman dan Yang Dipertua Shah Alam, Khalid Samad.
harakahdaily
Posted by PAS Kawasan Kangar at 5:40 PM 0 comments
Friday, April 6, 2012
Himpunan Bersih 3.0 : SPRTidak Perlu Merasa ‘Gelisah’ ,
Dewan  Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar supaya  jangan panik dengan pengumuman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil  (BERSIH) untuk menganjurkan perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April  2012. Bagi DPPM, kenyataan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang  menyifatkan perhimpunan ini sebagai tindakan terburu-buru menunjukkan  ‘kegelisahan beliau dalam melindungi sesuatu’.
Sepatutnya, Datuk Wan Ahmad tidak perlu mengulas Himpunan Bersih 3.0  kerana itu bukan kerja beliau. Tugas utama beliau, adalah memastikan  perjalanan pilihnraya berlangsung dengan adil dan bersih. Beliau tidak  perlu bertindak bagi pihak Perdana Menteri atau kerajaan Malaysia. Yang  perlu mengulas isu himpunan Bersih 3.0 adalah kerajaan, sama ada Perdana  Menteri, menteri terbabit atau pihak polis. Kenyataan beliau  menyerlahkan lagi tahap kecondongannya kepada satu pihak.
Datuk Wan Ahmad tidak perlu merasa cemas kerana himpunan Bersih 3.0  adalah perhimpunan aman. Tujuannnya adalah untuk mengingatkan kerajaan  dan SPR agar berlaku adil dalam PRU ke 13. Jangan menipu, jangan  menyeleweng, jangan main wayang atau ‘silap mata’. SPR jangan bimbang  kerana hasil himpunan ini rakyat sendiri akan memerhati setiap  pergerakan SPR mahupun kerajaan dalam PRU ke 13 dan setiap penipuan  pasti akan dapat dihidu dan dibongkarkan. Ini kerana sudah banyak hints  oleh banyak pihak sebagai gambaran PRU ke 13 adalah pilihanraya yang  paling kotor dan rakyat tidak bersedia mendengarnya.
Justeru, jika SPR yakin tidak ada unsur penipuan selama ini apa yang  hendak ditakutkan? SPR patut ucap terima kasih kerana rakyat membantu  melicinkan lagi usaha SPR mahu membersihkan sistem pilihanraya. Bersih  3.0 juga membantu PSC dalam mendesak kerajaan mempercepatkan pembersihan  pilihanraya. Hanya dibimbangi rakyat usul PSC tidak sempat dilaksanakan  kerana Perdana Menteri membubarkan parlimen mengikut hati beliau.
Himpunan Bersih 3.0 juga adalah sebagai ‘loceng amaran’ kepada rakyat  supaya bersedia menghadapai PRU ke 13 yang dijangka akan diadakan pada  bila-bila masa. Himpunan Bersih 3.0 akan mengingatkan rakyat supaya  mengosongkan tarikh pada 2 bulan terakhir ini (Mei dan Jun) agar jangan  menyusun jadual ke luar negara. Memandangkan Perdana Menteri tidak mahu  mengumumkan tarikh awal pilihanraya, rakyat hidup dalam keadaan  teraba-raba. Justeru, Bersih 3.0 terpaksa diadakan bagi membina momentum  rakyat menghadapi PRU 13.
Disediakan oleh;
Posted by PAS Kawasan Kangar at 10:01 AM 0 comments
Wednesday, April 4, 2012
Tidak mustahil BN beri percuma Putrajaya menjelang PRU14

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala meramalkan Malaysia akan bankrap pada tahun 2019.
JEMPOL: Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, tidak mustahil Umno-Barisan Nasional (BN) akan menyerahkan Putrajaya dengan percuma kepada Pakatan Rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu yang lebih popular dengan gelaran Mat Sabu memberikan andaian tersebut apabila merujuk kepada kenyataan beberapa pakar ekonomi baru-baru ini pada majlis ceramah umum di Dataran Muasasah Darul Sharif, Batu Kikir, Jempol yang dihadiri lebih 1,000 penyokong malam Ahad lalu.
“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala meramalkan Malaysia akan bankrap pada tahun 2019. Pakar ekonomi, pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel) berkata Malaysia mungkin akan bankrap pada 2015.
“Kalaulah benar-benar terjadi begitu; katalah pada PRU-13 tahun ini BN menang, BN masih memerintah Putrajaya. PRU akan datang dijadualkan pada tahun 2016.
“Kalau berlaku bankrap pada tahun 2015; ketika PRU ke-14 pada tahun 2016, Umno-BN akan beri sahaja Putrajaya kepada Pakatan Rakyat.
Dia tidak akan lawan dah!
“Kamu Mat Sabu nak jawatan Menteri? Ambik! Ambik negara bankrap! Kamu nak memerintah Negeri Sembilan? Ambik! Ambik! Kita tidak mahu setelah Malaysia bankrap baru nak beri kita memerintah,” kata Mat Sabu dan disambut dengan gelak ketawa oleh para hadirin.
Mat Sabu turut membawa orang ramai yang hadir pada malam itu mengimbas kembali bagaimana Greece dan Iceland menjadi bankrap.
Mat Sabu memberitahu bagaimana Greece yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 2004 yang sudah tentu hanya negara yang mampu dari segi kewangan dan kemudahan sukan yang mencukupi sahaja boleh menjadi tuan rumah penganjuran sukan terbesar di dunia itu.
“Untuk menganjurkan Sukan Olimpik negara kita tidak bersedia dari segi bilangan padang sukan, kolam renang, gelanggang lumba basikal dan sebagainya.
Jalan menuju bankrap terbuka luas
“Semua orang puji Greece maju dan hebat ketika itu. Beberapa tahun tidak lama selepas itu Greece menjadi bankrap. Di Malaysia jalan menuju bankrap terbuka luas.
“Wang yang dikeluarkan secara haram dari Malaysia dalam masa 12 tahun ialah sebanyak RM1.077 trillion.
“Orang Jempol tahu tak trillion itu macam mana? Tahu? Aku pun tak tahu….,” kata Mat Sabu dengan berseloroh dan sekali lagi gelak ketawa orang ramai menggamatkan suasana di Muasasah Darul Sharif.
“Kita paling banyak tengok ribu. Ratus ribu jarang. Juta tak pernah. Kalau macam bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo pernahlah tengok juta.
“Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan pernahlah tengok juta sebab dia hantar RM10 juta ke luar negara melalui Money Changer (pengurup wang).
“Money Changer dikenakan tindakan, Menteri Besar tuan-tuan tidak diambil tindakan,” jelas Mat Sabu.
Mat Sabu turut memberitahu hadirin bahawa pada zaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, negara telah kehilangan sebanyak RM100 billion mengikut sebuah penulis buku.
Beliau berpendapat jika apa yang ditulis oleh penulis buku itu tidak tepat, dah tentu sudah lama Mahathir menyaman penulis buku tersebut iaitu Barry Wain.
Hutang negara pada paras bahaya
Mat Sabu turut menyentuh hutang negara merujuk kepada pengumuman di Parlimen minggu sebelumnya.
“Hanya dua peratus sahaja lagi daripada menemui garis kecemasan.
“Contohnya katalah hutang negara ialah RM460 billion sekarang ini dan bersamaan dengan 48 peratus misalnya. Hutang negara kita boleh berhutang 50 peratus, bermakna hanya berbeza dua peratus sahaja lagi. Ertinya kedudukan kewangan dalam negara kita menuju bahaya.
“Walaupun dalam keadaan begini kerajaan BN tidak insaf. Mereka terus boros seperti biasa. Dalam masa 11 minggu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berbelanja lebih RM609 juta,” ulas Mat Sabu lagi.
Justeru itu Mat Sabu meminta rakyat menyelamatkan kekayaan negara dengan menukar kerajaan di peti undi pada PRU-13 tidak lama lagi.
Turut menyampaikan ceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dan pemimpin PKR serta DAP Negeri Sembilan.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/03/tidak-mustahil-bn-beri-percuma-putrajaya-menjelang-pru14/
Posted by PAS Kawasan Kangar at 1:07 PM 0 comments
Projek Terbengkalai '150 Meter' Dari Rumah Najib, Pembeli Kecewa Sikap ADUN Dan Perdana Menteri
PEKAN, 4 April - Para pembeli projek rumah Pusat Pekan Jaya Fasa II dekat sini, kecewa dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya iaitu YB Ibrahim Awang (foto) kerana masih gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka biar pun selepas beberapa tahun menjadi Wakil Rakyat di kawasan terbabit. Sikap acuh tak acuh  ADUN terbabit dalam menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh para  pembeli ini kini semakin kritikal, tambahan pula Pilihan Raya Umum ke-13  kini semakin hampir. Justeru, pihak berkenaan gusar jika isu ini  dijadikan "modal politik" oleh pihak pembangkang untuk membuktikan laungan "rakyat didahulukan" oleh kerajaan itu sekadar "indah kabar dari rupa". Inilah senario yang berlaku kepada 22 pembeli rumah yang kini menjadi mangsa akibat kegagalan pemaju (Exact Management Sdn Bhd) menyiapkan rumah yang mereka beli dengan harga antara RM190,000 hingga RM250,000 itu. Menurut seorang pembeli yang ditemui, beliau hairan kenapa pemimpin setempat termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak sendiri tidak cakna dengan isu itu. "Bayangkan  sudah banyak kali kami ajukan perkara ini kepada YB terbabit dan juga  PM sendiri. Namun jawapannya tunggu dan lihat ... sedangkan kami  terpaksa membayar pinjaman perumahan sejak setahun yang lalu. Bila  diajukan kepada pihak berkenaan, mereka dengan mudah berjanji akan  menyelesaikannya. Tapi, apa yang terjadi kami kini seolah-olah orang  asing dibumi sendiri. Mereka melayan "warga asing" dengan baik di Pekan  terutamanya Kamboja, Myanmar dan sebagainya. Tapi rakyat Pekan sendiri  yang berbangsa Melayu kini dianaktirikan. Kami tidak diberi  keistimewaan, walau pun kesemua pembeli adalah berbangsa Melayu. Mana  pergi laungan, Hidup Melayu yang diwar-warkan selama ini",  katanya yang tidak mahu nama beliau disiarkan. Sebelum ini, PDO pernah  menyiarkan rintihan para pembeli terbabit dalam artikel terdahulu yang  bertajuk "Pembeli  Kecewa, PM Najib Tergamak Tutup Mata Menyelesaikan Masalah Projek  Terbengkalai Yang 'Hanya 150 Meter Dari Rumahnya' Di Pekan". Malah, isu berkenaan juga telah disiarkan dalam akhbar Suara Keadilan selepas  itu. Namun difahamkan, sehingga ke saat ini tiada sebarang tindakan  yang dilakukan oleh pihak pemaju mahu pihak pihak yang berkenaan untuk  menyelesaikan masalah ini. Difahamkan juga, rata-rata pembeli adalah  pegawai kerajaan yang antara mereka termasuk guru dan juga kakitangan  sebuah IPT  di Pekan.Kawasan rumah telah dinaiki semak samun gara-gara projek terbengkalai
Posted by PAS Kawasan Kangar at 1:05 PM 0 comments








