Bunga Api


Monday, May 14, 2012

Harap tunai janji


RM1.1 juta tingkat infrastruktur pasar sehari Behor Lateh - Najib

27/01/2012 3:11pm


KANGAR 27 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM1.1 juta bagi meningkatkan infrastruktur pasar sehari Behor Lateh sempena lawatannya ke pasar itu pagi ini.


Dalam ucapan ringkasnya pada akhir lawatan ke pasar sehari itu, Perdana Menteri berkata, peruntukan itu adalah bagi membina bumbung untuk kemudahan peniaga dan pengguna pasar yang lebih dikenali sebagai “nat” itu.


Pasar sehari Behor Lateh yang dikendalikan Pertubuhan Peladang Kawasan B-1 MADA Kayang mula beroperasi pada Mac 1991 di kawasan seluas 0.5 hektar dan menempatkan kira-kira 100 peniaga.


Najib berkata, kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sentiasa melihat keperluan rakyat dan akan berusaha menyediakan kemudahan yang diperlukan.


Perdana Menteri berkata beliau yakin orang ramai sentiasa menghargai sumbangan murni kerajaan melalui pelbagai program termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).


Sebagai contoh, beliau berkata, orang ramai yang bersalaman dengannya semasa meninjau pasar sehari itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas bantuan yang dihulurkan kepada rakyat selama ini.


"Bantuan bukan hanya terhad untuk projek besar tapi turut turun bagi membela untung nasib rakyat,” katanya di hadapan peniaga dan pengunjung pasar itu.


Sebelum itu Pengerusi Jemaah Pengarah PPK B-1 MADA Kayang, Azmi Hashim, menyifatkan kehadiran Perdana Menteri ke pasar sehari itu sebagai amat bermakna kepada peniaga.


Katanya, walaupun lawatan itu singkat tetapi kehadiran Perdana Menteri membuktikan beliau sanggup turun padang untuk melihat sendiri keadaan rakyat.


Turut menyertai Najib dalam lawatan ke pasar sehari itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional. — BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...