Bunga Api


Monday, February 27, 2012

Konvoi Fixie Bike










Wednesday, February 22, 2012

BN Gagal Dalam Program ‘Bantuan Rasuah 1Malaysia’


Rakyat sedang mnghadapi tekanan inflasi yang cukup kuat. Pendapatan mereka adalah tetap atau tidak berubah tetapi harga barang-barang terus naik. Adakalanya pendapatan jatuh kerana hilang peluang untuk kerja lebih masa disebabkan kehadiran pekerja asing yang telalu ramai. Tambahan pula fenomena pengangguran juga tidak dapat diatasi dengan sepenuhnya.

Pemberhentian kerja juga berlaku di merata tempat kerana kegawatan ekonomi. Semua ini membebankan rakyat dalam keadaan inflasi yang semakin bertambah buruk. Barisan Nasional yang juga dikenali ramai sebagai ‘Barang Naik’ tidak dapat mengawal kadar inflasi yang sedang makan kocek rakyat negara kita setiap hari.

Tidak ada apa-apa polisi yang nyata untuk mengawal inflasi ini. Malah,tindakan kerajaan Barisan Nasional mengurangkan subsidi bagi barang-barang tertentu seperti petrol telah menjadi mangkin untuk menaikan lagi harga semua barang-barang di pasaran.

Dalam keadaan yang tertekan ini, Barisan Nasional mengambil peluang untuk memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3000. Adakah ini satu penyelesaian untuk mengurangkan kadar inflasi? Tentu sekali tidak kerana pemberian ini adalah hanya untuk satu tahun sahaja. Mungkin pemberian ini akan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat untuk tahun ini.

Tetapi, ini bukannya satu penyelesaian kepada masalah inflasi yang dihadapi oleh negara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan daripada tekanan inflasi ini untuk membantu rakyat dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Beliau dapat mencari satu peluang untuk membeli undi rakyat dengan memberi bantuan ini. Beliaulah punca kepada inflasi yang tidak terkawal ini. Tetapi, beliau berlagak seolah-olah menjadi pembela rakyat dengan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia. Pada hemat saya, pemberian ini adalah satu program ‘Bantuan Rasuah 1Malaysia’ untuk memancing undi bagi PRU13.

Kita harus sedar bahawa kesusahan yang dialami oleh rakyat adalah berpunca daripada polisi-polisi Barisan Nasional yang tidak berjiwa rakyat. Sebagai contoh, tindakan menaikan harga petrol adalah satu polisi yang memberi kesan kewangan yang buruk kepada seluruh rakyat Malaysia. Sudah tentu kerajaan Barisan Nasional tahu tentang perkara ini, tetapi polisi tersebut tetap dilaksanakan.

Ini membuktikan bahawa kerajaan ini tidak prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat. Kenaikan harga petrol akan menberi impak yang luas dalam aliran wang sesebuah negara. Kenaikan harga petrol akan menyebabkan harga barang-barang lain juga turut naik. Perkara ini tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak.

Apabila harga barang-barang naik, maka pendapatan sebenar seseorang itu akan semakin menurun. Dalam kata lain, pendapatan seseorang mungkin tidak berubah tetapi nilai wang yang dimilikinya telah menurun. Ini bermaksud kemampuan urusniaga beliau dari segi ekonomi menjadi semakin hari semakin buruk. Inflasi ini telah mengurangkan daya beli seseorang yang akhirnya menimbulkan banyak masalah sosio-ekonomi yang lain.

Ekonomi rumahtangga terganggu menyebabkan hutang bertambah. Adakalanya seseorang tidak mampu membayar hutang bank kerana wang pendapatanya tidak memadai untuk menaggung kos saran keluarga. Ini pula akan menimbulkan masalah sosio-ekonomi yang lain seperti rumah dilelong, menjadi muflis dan sebagainya. Salah satu daripada puncanya ialah inflasi yang tidak terkawal. Kerajaan Barisan Nasional gagal mengambil kira semua perkara ini dan meneruskan polisi-polisi yang membebankan rakyat jelata. Pemberian RM500 akan dimakan inflasi dalam beberapa hari atau bulan sahaja.

Bagaimanakan masalah ini boleh ditangani? Pakatan Rakyat sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat. Satu daripada tindakan awal yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat jika menjadi Kerajaan Persekutuan ialah mengawal inflasi. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjanjikan bahawa ‘jika kita menjadi kerajaan hari ini, esok harga petrol akan diturunkan’.

Ini adalah satu polisi yang lebih mantap dan menjaga kebajikan seluruh rakyat Malaysia. Penurunan harga petrol akan mengawal kenaikan harga. Tindakan ini akan meringankan beban rakyat. Ini adalah salah satu remedi untuk masalah yang kita hadapi sekarang.

Polisi Pakatan Rakyat adalah untuk mengubat penyakit yang disebabkan oleh Barisan Nasional. Manakala, pemberian RM500 ringgit adalah satu usaha kerajaan ‘memabukkan rakyat’ supaya melupakan kesakitan dan keperitan hidup untuk sementara waktu.

Kenyataan Media YB V.Sivakumar/-

Tuesday, February 14, 2012

Nazri nasihat Shahrizat bayar RM250j


KUALA KANGSAR – Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan.

“Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya.

Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC.

“Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam. -SH

Hilux Dirempuh Sehingga Masuk Kedai Petronas

Guru wanita hilang kawalan rempuh Hilux

PASIR PUTEH - Akibat hilang kawalan, kereta seorang guru wanita merempuh sebuah kereta 4x4 jenis Hilux sebaik sahaja selesai mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas Pasir Puteh Dua, di sini.

Kejadian yang berlaku jam 6 petang kelmarin itu dipercayai berlaku apabila Azizah Mat Noor, 44, memandu kereta Cherry miliknya merempuh dengan laju Hilux yang diletakkan di hadapan Petronas sehingga memasuki kedai tersebut.

Pemilik Hilux, Sufian Abdullah, 21, berkata, semasa kejadian tersebut berlaku dia baru sahaja memasuki kedai Petronas tersebut tidak sampai tiga minit sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat.

“Semasa kejadian saya sedang berurusan di mesin wang di dalam kedai itu dan apa yang berlaku ini sangat mengejutkan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam kejadian tersebut, kereta milik Azizah rosak teruk di bahagian hadapan akibat merempuh bahagian belakang kereta milik Sufian.

Azizah tidak mengalami sebarang kecederaan kerana semasa kejadian dia memakai tali pinggang keledar.

Sementara itu, Pengurus stesen minyak tersebut, Mohd Azli Abdullah berkata, sehingga sekarang pihaknya masih tidak dapat memberitahu berapa jumlah kerugian akibat kejadian tersebut.

“Ini kerana kami terpaksa menunggu wakil daripada pihak Petronas terlebih dahulu untuk datang menilai jumlah kerugian,” katanya.

Menurutnya, kejadian tersebut merupakan yang pertama berlaku di stesen minyak tersebut dan dia bersyukur kerana ia tidak melibatkan orang ramai dan pekerja. -SH




Ulasan GB

Yang pemilik Hilux, Sufian Abdullah, (21 tahun) pergi letak kenderaannya melintang depan Petronas tu apa pasal? Bukankah ia boleh menghalang laluan?

Tidakkah sepatutnya dia meletakkan kenderaannya di sebelah tepi jika sekadar untuk membeli barang dan bukan untuk mengisi minyak?

MAJLIS FATWA PERLU RESPON 'FATWA' HARUSSANI



SHAH ALAM - Datuk Dr Ismail Ibrahim meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang berpandangan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah “menggadai akidah” apabila menghadiri sambutan Thaipusam, Selasa lalu.


Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini berkata, jawapan rasmi terhadap "fatwa" dibuat Harussani harus disegerakan kerana ia mungkin mengelirukan umat Islam jika tidak dimuktamadkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan seterusnya disahkan Majlis Raja-raja sendiri.


Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata, isu seberat ini tidak mungkin dilihat sebagai satu perselisihan pendapat atau perbezaan pandangan sahaja seperti perbezaan pentafsiran dalam hal-hal ranting dalam agama Islam.


"Hal akidah bukan lagi merupakan masalah kecil seperti masalah perbezaan mazhab dalam beberapa hukum cabang yang dikenali sebagai masalah Furu' bukan masalah usul. Hal akidah adalah merupakan hal iman, Islam seseorang," kata beliau dalam entri terbaru blognya.


Ismail yang yang juga bekas duta Malaysia ke Arab Saudi berkata, beliau tidak berniat hendak menyokong atau membangkang kenyataan Mufti Perak yang mengatakan bahawa Perdana Menteri telah menggadaikan akidahnya dengan menghadiri perayaan Thaipusam.



Justeru soal beliau, "menggadai akidah adakah bermakna mencemarkan akidah? Menggadaikan akidah adakah bermakna terkeluar dari akidah Islam, dan seterusnya menjadi syirik?"


Katanya, "kalau inilah maksud menggadaikan akidah yang disebutkan oleh Mufti Perak itu, maka hal ini telah menjadi satu fatwa yang amat berat dan serius kepada umat Islam, terutamanya kepada batang tubuh Perdana Menteri sendiri, dan pihak bertanggungjawab tentang agama di negara kita haruslah memberikan perhatian yang serius juga kepada fatwa ini."


Tambah beliau, hal yang berhubung dengan akidah bukan perkara mudah kerana akidah merupakan keimanan kepada agama Islam itu sendiri dan akidah yang tergadai sekiranya dimaksudkan akidah yang telah tercemar atau terkeluar dari akidah Islam, maka orang itu dengan sendirinya menjadi tidak mukmin dan tidak Islam, syirik dan kafir.



"Apakah pengertian ini yang dimaksudkan oleh Mufti Perak dengan ungkapan menggadaikan akidah itu? Juga kenyataannya tentang perbuatan syirik yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu," ujar beliau.



Malah katanya, hal itu perlu diperjelaskan supaya umat Islam tidak menjadi keliru dengan fatwa Mufti Perak tentang orang Islam yang menyertai perayaan tersebut.



"Mungkin Jakim, Majlis-majlis Agama Negeri, Majlis Fatwa Kebangsaan, malah Raja-raja Melayu sendiri sebagai Ketua Agama Negeri perlu segera mengambil tindakan bagi membincangkan fatwa Mufti Perak ini dan memberikan keputusan yang muktamad dalam isu ini," katanya lagi. -
sinarharian

Tuesday, February 7, 2012

Panas: NGO "Gabungan Hentikan Lynas", Sokong Penuh Himpunan Hijau 2.0 Pada 26 Februari Ini !

KUANTAN, 7 Feb - NGO Gabungan Hentikan Lynas (SLC) menyokong sepenuhnya Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan secara besar-besaran pada 26 Febuari ini, kata pengerusinya, Andansura Rabu (foto). Katanya, himpunan berkenaan bertujuan menggabungkan usaha semua pihak dan pertubuhan untuk memberhentikan projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP), menyemak semula projek yang mengancam keselamatan orang awam serta bercanggah dengan semangat Piagam Bumi (Earth Charter). “Maka berdasarkan hasrat rakyat untuk memberhentikan projek LAMP dan semangat solidariti kepada mangsa serta pertubuhan lain yang memperjuangkan keadilan alam sekitar, SLC mengumumkan komitmen dan sokongan sepenuhnya kepada Himpunan Hijau 2.0,” ujar Andansura. Menurutnya lagi, pihaknya juga akan menggerakkan 20 NGO di bawah gabungannya menyertai himpunan itu di Padang Majlis Perbandaran Kuantan berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini. Andasura berkata, SLC mengecam sekeras-kerasnya sikap keras kepala kerajaan pimpinan UMNO BN yang bertindak meluluskan Lesen Kendalian Sementara (TOL) kepada Lynas, 1 Feb lalu. Tegasnya, isu berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF) mesti diselesaikan terlebih dahulu sebagaimana yang dibantah oleh masyarakat sebaik sahaja meneliti dokumen yang dipamerkan kerajaan. “Malangnya, jelas bahawa kerajaan UMNO/BN dan agensi yang di amanahkan untuk jaga kedaulatan tanahair tercinta ternyata telah gagal dan mengkhianati amanah yang di berikan oleh rakyat,” ujarnya. SLC sebelum ini turut menyertai Himpunan Hijau 1.0 yang berlangsung pada tahun lalu. Program yang melibatkan lebih daripada 80 NGO, gerakan sivil dan parti politik yang disertai hampir 7,000 penyokong pada hari itu.

[Nampaknya, bantahan rakyat Kuantan terhadap isu Lynas kini sudah semakin memuncak. Bahkan, hanya majoriti penyokong upahan yang telah dibayar untuk memberi sokongan kepada kerajaan dalam mempertahankan projek ini sebenarnya. Namun, apa yang jelas kini rakyat Kuantan secara majoritinya menolak Lynas. Tidak kira apa jua fahaman politik kepartian, agama, bangsa mereka namun kini masing-masing bersatu hati dan sebulat suara untuk menyatakan bantahan. Dijangka, ribuan rakyat pelbagai bangsa akan datang beramai-ramai pada hari itu nanti. Padang MPK1 bakal menjadi saksi betapa memuncaknya bantahan rakyat terhadap isu yang paling kontroversi ini. Kerajaan yang sepatutnya mendengar rintihan rakyat berdasarkan konsep "rakyat didahulukan" kini lebih berselera membela Lynas yang sudah kaya raya itu. Kini rakyat bangkit untuk menyatakan bantahan secara terbuka terhadap isu ini. Soalnya, apakah pertembungan dengan penyokong yang dibayar akan berulang lagi?. Kini, segalanya terletak ditangan MB bagi menentukannya].

Pahang Onlne

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...