Bunga Api


Tuesday, January 10, 2012

Letupan Bom: Pihak Polis 'Tidak Wajar' Menuduh Penyokong Anwar Ibrahim Yang Melakukannya !!

KUALA LUMPUR, 10 Jan - Pihak polis tidak wajar terlalu cepat mengumumkan kononnya letupan bom yang berlaku ketika himpunan "Bebas Anwar 901" berhampiran jalan masuk ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam dilakukan oleh penyokong Anwar.


Ini kerana, polis sepatutnya mendedahkan maklumat itu selepas mereka menjalanlan siasatan dengan rapi dan profesional. Mana mungkin penyokong Anwar boleh lakukan perbuatan sedemikian, sedangkan dalam masa yang sama Anwar sudah pun dibebaskan. Jika Anwar disabitkan dengan kesalahan dan dihukum penjara maka alasan polis bom dilakukan oleh penyokong Anwar ada logiknya.


Tapi, tidak mungkin mana-mana individu akan bertindak "bodoh" seperti itu selepas apa yang diperjuangkan mereka berjaya mencapai matlamatnya. Malah, pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dan awal-awal lagi sudah meletakkan Kamera Litar Tertutup (CCTV) dari segenap arah untuk mengenal pasti mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan provokasi. Menuduh penyokong Anwar dikala hati dan perasaan mereka gembira dengan keputusan pembebasan beliau, jelas sekali satu tuduhan yang boleh dipertikaikan sebenarnya.


Paling mengejutkan, ada beberapa pihak yang nampak dan mungkin boleh menjadi saksi siapa yang meletakkan bom berkenaan. Malah, mereka percaya ia dilakukan oleh pihak berkuasa sendiri bagi "menconteng arang" ke muka Anwar kononnya penyokong beliau bertindak ganas. Padahal, mereka yang mengatur semua itu. Pihak polis tidal wajar terus memperbodohkan rakyat Malaysia lagi. Cukuplah dengan apa yang dilakukan selama ini, kenapa mahu ditambah lagi "dosa kering" yang bakal menjatuhkan imej mereka dikalangan rakyat.


Paling menarik, seperti yang dijangka media arus pengampu (TV3) dengan bangga menyiarkan laporan tajuk utama dalam Buletin Utama malam tadi. Ia seolah-olah mahu menggambarkan betapa ganasnya penyokong Anwar Ibrahim. Kenyataan kononnya "bom buatan sendiri" juga tidak boleh diterima kerana lokasi letupan itu adalah di kawasan penyokong Anwar berhimpun. Mana mungkin penyokong sendiri mahu cederakan kumpulan mereka, sedangkan mereka sama-sama berjuang. Ini bermakna, memang ada pihak lain yang merencanakan semua itu demi merosakkan nama baik Parti Pembangkang. Oleh itu, pihak polis wajar bertindak profesional dan mendedahkan siapa yang terlibat supaya rakyat boleh menilainya.


[Begitu cepat pihak polis tuduh penyokong Anwar terlibat, sedangkan mereka belum buat penyiasatan yang rapi terhadap kes ini. Kenapa perlu dedahkan kepada media bahawa penyokong Anwar terlibat?. Bukankah Perkasa juga ada yang datang untuk membuat provokasi semasa perhimpunan itu berjalan semalam. Bahkan, bom yang meletup itu begitu kuat hingga menggegarkan mereka yang berada di sekitar kawasan Masjid Wilayah yang berdekatan. Sepatutnya pihak polis membuat penyiasatan dengan lebih detail sebelum mengatakan ia dilakukan oleh penyokong Anwar. Tidak mungkin orang akan membawa bom sebab polis begitu ramai berada di sekeliling kawasan itu sebenarnya. Takkanlah ada orang begitu bodoh sanggup membawa bom dan kenapalah tidak dilempar terus ke khalayak ramai ketika mereka sedang berasak-asak ].

SUMBER : Pahang Daily Online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...