Bunga Api


Thursday, January 26, 2012

Pemimpin Umno berjuang untuk diri bukan bangsa

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Para pemimpin Umno diakui sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai kerana mereka sebenarnya tidak pernah bersungguh-sungguh berjuang untuk kepentingan bangsanya.



Sebaliknya, mereka ternyata hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri, tetapi sengaja mengaburi mata orang ramai terutama di kampung-kampung kononnya berjuang untuk kepentingan bangsanya.


Untuk menutupi tindakan mereka itu, mereka sanggup menyalahkan bangsa-bangsa lain termasuk Cina dan India kononnya sebagai penghalang untuk mereka bertindak lebih jauh bagi kepentingan bangsa Melayu.



"Adakah ahli-ahli Umno di kampung-kampung percaya dengan perkara itu? Tetapi percaya atau tidak, memang itulah realitinya yang perlu disedari," tegas bekas pemimpin Umno yang juga bekas wakil rakyat dari Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Aziz.

Ketika mendedahkan perkara itu, beliau menegaskan, kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi negara.



Sebaliknya, perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh para pemimpin Umno, sehingga menyebabkan usaha mencapai saham bumiputera 30 peratus daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.


Beliau mengatakan demikian dalam tulisan terbarunya yang disiarkan sebuah laman berita internet dan kemudian turut didedahkan dalam blog "Apa Khabar Ganu Kita" semalam.


Bekas Adun Pulau Manis, Pahang itu menegaskan, punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin Melayu itu sendiri.



Katanya, kepimpinan Melayu di semua peringkat tidak bertindak demi kepentingan orang Melayu sebenarnya, namun 30 orang pemimpin elit orang Melayu bertambah baik kehidupannya.


"Walaupun pemimpin Umno berjuang kononnya mempertahankan 30 peratus pemilikan orang Melayu, mereka sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.


"Pemimpin elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung di sebalik ketuanan Melayu," katanya.



Datuk Mohd Ariff adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri.



Jawatan Ketua Penerangan itu bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian dan beliau adalah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan.



Dengan jawatan-jawatan yang pernah disandang olehnya dan hubungan baiknya dengan Najib, beliau berharap agar pendedahannya itu akan memberikan kesedaran kepada orang-orang Melayu yang masih menyokong Umno agar tidak lagi menaruh kepercayaan kepada parti itu dan BN untuk memerintah negara pada PRU Ke-13 akan datang.


harakahdaily

Ketua Audit Negara Kesal Sikap NFC Dan Perkasa Persoal Integriti Dan Kreadibiliti Tugas Jabatannya!

KUALA LUMPUR, 26 Jan - Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang (foto) kesal dengan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) dan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang mempersoalkan integriti dan kredibiliti juruaudit-juruaudit jabatannya menjalankan tugas. Beliau berkata, jabatannya mahu menekankan bahawa kerja-kerja mengaudit ke atas projek NFC dijalankan secara profesional dan bebas tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak.


"Jabatan Audit Negara (JAN) menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek NFC ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. "Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali,"
kata Ambrin dalam satu kenyataan. Baru-baru ini, pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail menegaskan bahawa entiti perniagaan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 tiada kaitan dengan NFCorp. Sebaliknya, tegas Mohamed Salleh, ia adalah Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikendalikan oleh Kementerian kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA).


Mohamed Salleh dilaporkan berkata, berlaku kekeliruan antara NFCorp iaitu sarikat persendirian, dengan NFC, syarikat kepunyaan MoA. Sementara itu, Perkasa pada Ahad lalu mencabar NFCorp mendedahkan kelemahan yang dilakukan pegawai-pegawai yang mengendalikan urusan Laporan Ketua Audit Negara 2010 sehingga merosakkan reputasi syarikat berkenaan dan menjejaskan imej kerajaan. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, laporan itu sesuai diguna pakai dalam kementerian dan agensi kerajaan tetapi tidak untuk syarikat swasta. Beliau berkata, pegawai yang membuat audit mungkin keliru dengan beberapa perkara, antaranya, National Feedlot Corporation atau NFCorp adalah milik Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail manakala NFC adalah dimiliki syarikat kerajaan dan pada masa yang sama mengusahakan ladang satelit.


[Ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010, Pakatan Rakyat sebelum ini mendedahkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat NFC milik suami Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil untuk projek penternakan lembu disalah guna. Ianya termasuk pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan dituduh menggunakan dana kerajaan untuk perbelanjaan peribadi keluarganya. Pakatan Rakyat turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan sejumlah RM600,000 daripada dana NFC bagi membiayai pembayaran bil kad kredit mereka pada 2009. Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa suami Wanita Umno itu dan anak-anaknya yang menjadi lembaga pengarah NFC, menggunakan dana daripada RM250 juta untuk projek berkenaan bagi membayar bil kad kredit yang berjumlah melebihi RM10,000 sebulan sepanjang tahun tersebut. Namun begitu, pentadbiran NFCorp menepis dakwaan tersebut dan menegaskan penggunaan kad kredit tersebut adalah untuk kegunaan perniagaan].


sumber: Pahangdaily

Polis Yang Bertindak Ganas Semasa Bersih 2.0 Sudah Di Kenali




Berikut kenyataan polis mengenai mamat di atas:


Pihak polis telah mengenal pasti anggotanya pada perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu didakwa menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam usaha cuba menyuraikan penunjuk perasaan itu.


Ketika dihubungi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah berkata laporan polis telah dibuat ke atas anggota itu - yang didapati memakai bandana (kain tutup muka) semasa perhimpunan itu - tetapi tiada pendakwaan akan dilakukan.

"Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan tiada tindakan selanjutnya boleh diambil terhadapnya kerana ketiadaan saksi," katanya kepada Malaysiakini (di sini)


Gambar dia bertaburan dalam Internet, polis boleh kata takde bukti? Macam ada yang tak kena jer. Betoi ke orang tu anggota polis? Takde tag nama dan pakai bandana serta bawa buku lima tu masuk dalam SOP polis ke? Atau dia pakai bandana sebab takut dikenali?


Ini pulak kata PAS tentang mamat yang mengaku ketua zon ni:


Bila masa PAS lantik dia (Mohd Jais) jadi ketua zon ... aku pun tak tahu... lagipun geng nie masuk Pas dulu, tak pernah mai surau pun...duk pakai seluar pendek.. duk karaoke depan umah..


- SU PAS kg Kerdas (di sini)


Ape pun, kot dah rupa serupa, perangai tentu serupa kan?


Adekah Hassan Ali gelak guling2 keseronokan bila bace berita penyokongnya kuar PAS (kononya)?



Friday, January 20, 2012

Siri Kuliah Ustaz Kamal Ashaari










Monday, January 16, 2012

Komik Transformasi Najib diedar di sekolah-sekolah

SATU lagi bukti bahawa, larangan berpolitik di sekolah hanyalah terhadap penyokong Pakatan Rakyat. Jika mahu berpolitik menyokong Barisan Nasional di sekolah, dibenarkan malah dialu-alukan.

Salah seorang forumer di Forum Lowyat mendedahkan bagaimana buku komik Transformasi Najib yang dipenuhi dengan unsur propaganda mendidik murid sekolah menyokong Barisan Nasional disebarkan di sekolah anaknya.

Di bawah ini beberapa gambar buku komik yang dimaksudkan.




Dalam komik ini, Rosmah digambarkan sebagai wanita jelita yang menjadi tulang belakang kepada Najib.




Rakyat yang tidak menyokong Barisan Nasional pula digambarkan sebagai musuh di dalam selimut.




Jika mereka boleh menyebarkan fahaman politik di sekolah dan Universiti, sepatutnya Pakatan Rakyat juga dibenarkan berbuat demikian. Tapi perkara sebaliknya yang berlaku. Nak berpolitik boleh, tapi kena sokong BN.

sumber: milo suam

Sunday, January 15, 2012

PR.











Pakatan Rakyat yang memerintah empat negeri yang dimenangi semasa pilihanraya pada tahun 2008, berkumpul di sini untuk memuktamadkan pelan untuk pilihan raya ke-13.


Menurut Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Pakatan Rakyat perlu cepat memanfaatkan momentum yang diperolehi dari pembebasan Anwar Ibrahim dan segera membina gelombang untuk menggalakkan teras dasar yang bertujuan untuk memenangi sokongan kumpulan pengundi utama.
Konvensyen ini akan memberi tumpuan kepada :
  • 4 dasar teras iaitu perkhidmatan awam, Felda, monopoli ekonomi, serta hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri, yang akan membantu meyakinkan pengundi bahawa Pakatan Rakyat adalah "serius untuk berada di dalam kerajaan Persekutuan".
  • Mempengaruhi pengundi Melayu, kakitangan awam, kelas pekerja dan rakyat di Sabah dan Sarawak, iaitu blok undi yang agak besar yang dilihat memegang kunci ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
  • Menyelidiki secara mendalam “inti” dasar di dalam manifesto Buku Jingga.
  • Mengupas kembali keputusan Konvensyen yang pertama iaitu meletakkan prinsip-prinsip yang luas. Dalam konvensyen kedua, Pakatan Rakyat telah melihat pada pelan tindakan.


reformisanakmuda

Wednesday, January 11, 2012

Ini bukti salah guna zakat Jamil Khir

PETALING JAYA 11 Jan: KEADILAN tampil mengemukakan bukti dakwaan salahguna wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bukti pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00.

Manakala bukti kedua merupakan surat Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jumlah itu, kata Nik Nazmi merangkumi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut.

Bukti dalam dokumen itu termasuk tandatangan dari Setiausaha MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali yang meluluskan wang zakat itu untuk dibayar kepada syarikat guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bertarikh 28 Januari 2010.

Jamil, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain melantik syarikat itu bagi mewakili mereka dalam kes tuntutan qazaf bertujuan menghalang kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah

“Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

“Namun Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP.

“Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini,” kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Menurut Nik Nazmi, beliau juga ingin membetulkan laporan Utusan Malaysia, 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara, bahawa isu salahguna zakat itu tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

“KEADILAN tidak pernah mendakwa demikian, sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara seperti tertera,”tegas beliau.

Katanya lagi, KEADILAN memandang serius isu penyalahgunaan institusi penting umat Islam itu dan beliau sendiri akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, berkaitan isu itu, esok.

keadilandaily.com

APABILA DATO' HARUN DIN BERBICARA...


16 Safar 1433 H | 11 January 2012
PIHAK yang memperkatakan kononnya PAS telah melencong dan terbabas dari perjuangan asalnya, dengan meninggalkan Islam dan berbagai-bagai lagi, adalah dakwaan media massa yang memusuhi perjuangan PAS. Tugas utama mereka adalah untuk mempromosikan parti pemerintah dan memburuk-burukkan lawannya terutama PAS. Dengan apa mereka hendak memburuk-burukkan PAS?

Itulah kerja media yang tidak senang dengan PAS. Selagi PAS teguh memperjuangan Islam, selama itulah Umno-Barisan Nasional tergugat dan akhir-akhir ini semakin tergugat. Oleh kerana itu mereka berusaha melemahkan PAS dengan apa cara pun.

Sebenarnya PAS tidak melencong atau menyeleweng dan jauh sekali daripada berubah dari Islam kepada yang tidak Islam. Mana mungkin PAS hendak berubah kepada yang tidak Islam.

Bukti yang paling nyata, Perlembagaan PAS yang ada sekarang, jelas tidak ada sebarang perubahan dan tidak pernah ada cadangan untuk berubah.

Perlembagaan PAS, Fasal 1, nama pertubuhan disebut Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pada Perlembagaan PAS, Fasal 3, tujuan PAS ialah:

Memperjuangkan wujudnya dalam negara ini, sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Di dalam PAS ada Majlis Syura Ulama, yang di antara tugas utamanya, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS, Fasal 7 (B):

“Mengeluarkan arahan dan perintah, supaya dasar dan ketetapan itu, dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara, supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak di dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.”

Semua yang saya nyatakan berjalan lancar dan berada dalam keadaan baik, tanpa berlaku penyelewengan dan kelencongan.

Pihak yang menyatakan PAS sudah melencong dan berubah dasar perjuangannya, meninggalkan Islam dan Negara Islam dan bermacam-macam lagi, adalah suatu fitnah jahat yang semata-mata bertujuan memburuk-burukkan pejuang-pejuang Islam, yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam, sepanjang zaman.

PAS tidak berubah dan tidak pernah mengubah dasar-dasar utama perjuangannya. Taktik dan strategi boleh berubah mengikut keperluan.

Apa yang disebut Negara Berkebajikan menggantikan Negara Islam, itu sebenarnya istilah. Maknanya sama dan tidak berubah.
Malah menamakan Negara Islam dengan nama Negara Berkebajikan, tidak bercanggah dengan Islam.

Di dalam al-Quranul karim tidak terdapat istilah Negara Islam secara jelas dan terang. Yang ada seiras dengannya adalah istilah ‘Baldatun Tayyibah’ sebagaimana firman Allah (mafhumnya):

“Sesungguhnya adalah bagi penduduk negeri Saba’, ada suatu tanda kemurahan Allah yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua bidang kebun yang luas lagi subur yang terletak di sebelah kanan dan kiri.

Lalu dikatakan kepada mereka itu, makanlah daripada rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya dan negeri kamu itu adalah negeri yang Tayyibah (Baik atau berkebajikan) dan Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Pengampun.” (Surah Saba’ ayat 15)

Ketika Presiden PAS membentangkan istilah Negara Berkebajikan dalam muktamar yang lepas (Jun 2011), tidak ada sesiapa pun yang meragui istilah itu dan tiada sesiapa pun yang mempersoalkannya di dalam muktamar.

Biasanya, jika ada sesuatu yang tidak kena, ahli dalam muktamar PAS akan menimbulkan berbagai pandangan, teguran dan bangkangan. Yang ternyata muktamar telah menerima.

Apabila ini berlaku, maka ianya adalah sesuatu selaras dengan perjuangan PAS.Penyebar-penyebar fitnah ke atas pejuangpejuang Islam, bukan perkara baru, malah sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w, yang memperjuangkan Islam pada waktu itu, musuh-musuh Islam dari kalangan musyrikin dan munafikin, telah menyebar fitnah yang lebih besar.

Antaranya dahulu, mereka menyatakan, ‘Muhammad adalah ahli sihir, dia gila, pembawa cerita dongeng, pemecah perpaduan umat Arab, dia menyembah berhala (Kaabah).’ Berbagai-bagai lagi fitnah dilemparkan terhadap Nabi s.a.w dan para sahabat baginda.

Oleh yang demikian, anda tidak harus mengendahkan media-media musuh Islam yang memang itu kerja mereka.

PAS sekarang, tetap PAS seperti dahulu, tetap memperjuangkan Islam yang syumul, tanpa menghiraukan kata-kata orang menentang.

Berpandulah kepada hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya): “Akan sentiasa wujud di kalangan umatku segolongan orang-orang yang memperjuangkan Islam yang sebenar, tanpa menghirau celaan orang yang suka mencela, sehingga kemenangan yang nyata, berhasil pada akhirnya.”

Wallahua’lam.

Artikel di atas dipetik daripada ruangan Bersama Dato' Haron Din yang disiarkan akhbar Harakah Bil. 1704 (8-11 Safar 1433/2-5 Januari 2012)

Tuesday, January 10, 2012

Letupan Bom: Pihak Polis 'Tidak Wajar' Menuduh Penyokong Anwar Ibrahim Yang Melakukannya !!

KUALA LUMPUR, 10 Jan - Pihak polis tidak wajar terlalu cepat mengumumkan kononnya letupan bom yang berlaku ketika himpunan "Bebas Anwar 901" berhampiran jalan masuk ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta semalam dilakukan oleh penyokong Anwar.


Ini kerana, polis sepatutnya mendedahkan maklumat itu selepas mereka menjalanlan siasatan dengan rapi dan profesional. Mana mungkin penyokong Anwar boleh lakukan perbuatan sedemikian, sedangkan dalam masa yang sama Anwar sudah pun dibebaskan. Jika Anwar disabitkan dengan kesalahan dan dihukum penjara maka alasan polis bom dilakukan oleh penyokong Anwar ada logiknya.


Tapi, tidak mungkin mana-mana individu akan bertindak "bodoh" seperti itu selepas apa yang diperjuangkan mereka berjaya mencapai matlamatnya. Malah, pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dan awal-awal lagi sudah meletakkan Kamera Litar Tertutup (CCTV) dari segenap arah untuk mengenal pasti mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan provokasi. Menuduh penyokong Anwar dikala hati dan perasaan mereka gembira dengan keputusan pembebasan beliau, jelas sekali satu tuduhan yang boleh dipertikaikan sebenarnya.


Paling mengejutkan, ada beberapa pihak yang nampak dan mungkin boleh menjadi saksi siapa yang meletakkan bom berkenaan. Malah, mereka percaya ia dilakukan oleh pihak berkuasa sendiri bagi "menconteng arang" ke muka Anwar kononnya penyokong beliau bertindak ganas. Padahal, mereka yang mengatur semua itu. Pihak polis tidal wajar terus memperbodohkan rakyat Malaysia lagi. Cukuplah dengan apa yang dilakukan selama ini, kenapa mahu ditambah lagi "dosa kering" yang bakal menjatuhkan imej mereka dikalangan rakyat.


Paling menarik, seperti yang dijangka media arus pengampu (TV3) dengan bangga menyiarkan laporan tajuk utama dalam Buletin Utama malam tadi. Ia seolah-olah mahu menggambarkan betapa ganasnya penyokong Anwar Ibrahim. Kenyataan kononnya "bom buatan sendiri" juga tidak boleh diterima kerana lokasi letupan itu adalah di kawasan penyokong Anwar berhimpun. Mana mungkin penyokong sendiri mahu cederakan kumpulan mereka, sedangkan mereka sama-sama berjuang. Ini bermakna, memang ada pihak lain yang merencanakan semua itu demi merosakkan nama baik Parti Pembangkang. Oleh itu, pihak polis wajar bertindak profesional dan mendedahkan siapa yang terlibat supaya rakyat boleh menilainya.


[Begitu cepat pihak polis tuduh penyokong Anwar terlibat, sedangkan mereka belum buat penyiasatan yang rapi terhadap kes ini. Kenapa perlu dedahkan kepada media bahawa penyokong Anwar terlibat?. Bukankah Perkasa juga ada yang datang untuk membuat provokasi semasa perhimpunan itu berjalan semalam. Bahkan, bom yang meletup itu begitu kuat hingga menggegarkan mereka yang berada di sekitar kawasan Masjid Wilayah yang berdekatan. Sepatutnya pihak polis membuat penyiasatan dengan lebih detail sebelum mengatakan ia dilakukan oleh penyokong Anwar. Tidak mungkin orang akan membawa bom sebab polis begitu ramai berada di sekeliling kawasan itu sebenarnya. Takkanlah ada orang begitu bodoh sanggup membawa bom dan kenapalah tidak dilempar terus ke khalayak ramai ketika mereka sedang berasak-asak ].

SUMBER : Pahang Daily Online

Sunday, January 8, 2012

Pembaca Berita TV3 Tersasul Sebut Perdana Menteri Malaysia "Anwar Ibrahim" Malam Tadi



Berita paling panas yang seluruh rakyat Malaysia dengar malam tadi ialah berkenaan seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 yang menggemparkan negara apabila tersasul menyebut nama Perdana Menteri Malaysia ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pembaca berita wanita itu kemudian mengubah semula skrip kepada nama Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membacakan kenyataan berkenaan Perdana Menteri Malaysia itu yang dijemput menghadiri Sidang Tahunan ke-100 ANC di Afrika Selatan.



Ramai yang terkejut dengan perkara ini dan tidak menyangka ia boleh berlaku ketika suasana menjelang pilihanraya sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Kemungkinan besar Pembaca Berita itu akan dikenakan tindakan "displin" sama ada digantung atau pun dipecat. Sebelum ini beberapa selebriti seperti Wardina Safiyyah pernah juga dikenakan tindakan apabila beliau hadir ke satu majlis anjuran pembangkang. Beliau kemudian dilihat kembali mengendalikan rancangan popular "Malaysia Hari Ini" selepas isu kontroversi itu.



Namun beliau kemudiannya berundur dari MHI awal tahun ini. Banyak lagi laporan yang diterima berkaitan kesilapan yang menyebabkan kakitangan TV3 dikenakan tindakan displin sebelum ini. Paling menarik ada jurukamera TV3 yang dikenakan tindakan gara-gara hanya menyiarkan "tangan Rosmah Mansor" tanpa wajahnya pada satu majlis yang dihadiri oleh PM Najib Razak satu ketika dulu. Berita ini heboh diperkatakan dimana Rosmah telah memanggil beberapa orang kanan TV3 akibat kesilapan tersebut. Kini kes yang sama bakal berlaku kepada PembaJustify Fullca Berita TV3 pula. Apapun, sama-sama kita nantikan info selasnjutnya kontroversi ini.

Saturday, January 7, 2012

Penjelasan Mufti Kedah.....puak2 tak puas hati tu masih tak puas hati lagi ka???



kalau puak2 umno ni masih lagi tak paham dan tak reti....aku rasa dah pakat kena pi mandi ayaq 40 jenis bunga lah kot.....

yg dok hingaq tu pun entah apa kelulusan yang depa ada.....kepala depa pun takat SPM saja, yang jadi pak turut pun hanya sbb kepentingan politik saja....dah tu, kaitkan dgn orang itu ini....macam depa lah pandai dan mahir segala......

patut padan kalau puak2 ni dok menentang lagi, aku syorkan kpd Tuanku Sultan supaya ambik tindakan ke atas puak2 tak reti bahasa tu.....

lagi apa mau kata.....aku bancuh saja.....

Aziz Bari: Dewan Negara jadi 'pintu belakang' menteri kalah

13 Safar 1433H.

Pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari menekankan keperluan membaiki sistem Dewan Negara yang didakwa menjadi "pintu belakang" kepada menteri yang kalah.

Tegasnya, Dewan Negara tidak akan berjalan dengan baik sekiranya amalan sama terus berlaku.

Berucap dalam ceramah jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya malam tadi, Dr Abdul Aziz membangkitkan isu wang zakat digunakan untuk membayar kos guaman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum dan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dikaitkan dengan isu projek lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Bukan salah lantik menteri kalah jadi anggota Dewan Negara. Tetapi janganlah ramai sangat.

"Ini yang ada dalam Dewan Negara sekarang ini," sindir bekas pensyarah undang-undang kanan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Sementara itu, Anwar pula dalam ucapannya berkata bukti berbentuk dokumen bagi membuktikan dakwaan berlakunya penyalahgunaan wang zakat Jamil Khir akan didedahkan pada masa terdekat.

"Bukti pembayaran pun ada. Kita ada keluarkan dalam masa sehari dua lagi," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jamil Khir pada 31 Disember dilaporkan menafikan berlaku penyelewengan wang zakat bagi pembayaran kos guamannya dalam kes tuntutan qazaf Anwar.

Sebaliknya, menteri itu mendakwa, wang yang digunakan bukan daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas kerajaan untuk pembayaran kos guaman.

Manakala semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail pula berkata jika sekalipun wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman, ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Dr Muhammad Yamin berkata, ia berdasarkan keputusan mesyuarat khas Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan bil 2/2009 yang dipengerusikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan pada 3 September 2009 yang memperakukan Anggaran Belanjawan MAIWP 2010 termasuk penggunaan wang zakat bagi maksud bayaran khidmat guaman.

Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa undang-undang harus dilaksanakan secara adil tanpa memilih bulu.

"Islam tidak membezakan antara miskin dan kaya. Islam tidak membezakan kelas. Ini tidak, orang kaya terlepas, orang miskin dihukum," katanya.

Sambil membacakan laporan akhbar berhubung kes amil di Johor memulangkan wang zakat sebanyak RM19,510 dan dihukum penjara empat tahun dan tiga sebatan, Anwar mendakwa, wujud dua undang-undang di negara ini.

"Saya tak terima ini! Ini salah," katanya sambil menghempas akhbar itu ke atas rostrum menyebabkan orang ramai bersorak.

Turut berucap pada malam tadi Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan aktivis Hishamuddin Rais.

Malaysiakini/-

Friday, January 6, 2012

INGATLAH, HUKUMAN ALLAH PASTI ADIL

10 Safar 1433 H | 5 January 2012

901 menjadi hari yang dinanti oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, khususnya yang mengikuti isu politik negara dan perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

Secara sedar dan tidak sedar, sebahagian pemerhati telah membuat pelbagai telahan berhubung keputusan mahkamah pada hari tersebut. Ramai penganalisa politik kini telah bertukar menjadi pak nujum semata-mata untuk lebih mensensasikan keputusan yang akan diumumkan nanti.


Dari pelbagai andaian, lebih ramai menjangkakan DSAI akan dihumban semula ke penjara Sungai Buluh kerana kalau bukan untuk itu, kenapa diteruskan perbicaraan walaupun disedari awal, terdapat banyak kelemahan yang boleh menyebabkan kes ini dibuang awal-awal lagi. Ini andaian pertama.


Kumpulan kedua yang sangat minoriti pula berpendapat bahawa DSAI akan dibebaskan kerana beberapa kelemahan dalam penghujahan sepanjang perbicaraan.


Manakala andaian ketiga lebih kepada untuk mengaibkan beliau, iaitu dengan andaian kes sodomi berlaku tetapi beliau dibebaskan kerana tiadanya unsur paksaan sebagaimana yang dituduh oleh pengadu.


Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman.


Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu.

Wednesday, January 4, 2012

Apa Erti Dakwat Kekal Jika Daftar Pemilih Tidak Dibersihkan?

Perlu perubahan menyeluruh, bukan hanya dakwat kekal

PETALING JAYA, 3 Jan: Biarpun kerajaan mengumumkan dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti, namun Pakatan Rakyat berpendapat ianya masih tidak boleh menjamin proses pilihan raya bersih dan telus.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pilihan raya yang adil memerlukan prubahan secara menyeluruh bukan sahaja kepada penggunaan dakwat kekal.

Ianya termasuk pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, undi pos serta pengurusan pilihan raya secara keseluruhannya.

"...perlu kepada pembersihan pilihan raya secara menyeluruh bukan hanya kepada penggunaan dakwat kekal sahaja.

"Ia meliputi pembersihan daftar pemilih, kebebasan media, pengurusan pilihan yang cekap dan juga termasuk undi pos. Jika ini tidak dilakukan perubahan maka sistem pilihanraya di negara ini tidak akan bersih," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di Tropicana di sini.

Turut bersama pada sidang media itu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta Presiden PKR Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Masih curiga

Sementara itu Anwar mendakwa, Pakatan Rakyat masih curiga dengan janji pembaharuan pilihan raya oleh kerajaan khususnya dalam perkara berkaitan daftar pemilih.

Ini kerana terdapat perubahan pada saat akhir terhadap senarai pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kita menggesa senarai pengundi dibersihkan. Kita masih curiga dengan proses sekarang kerana berlaku perubahan pada daftar pemilih di saat akhir," katanya.

Dalam pada itu juga Anwar turut memaklumkan Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 akan berlangsung di Alor Setar, Kedah pada 13 dan 14 Januari ini.

Konvensyen kali ini katanya memilih tema 'Bersihkan Malaysia'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...