Bunga Api


Tuesday, October 25, 2011

PERTANDINGAN FOTOGRAFI PAS KAWASAN KANGAR (FOTOPAS ‘11)



Menjelang PRU13 yang akan menjelang tidak lama lagi, Lujnah Penerangan, Dakwah dan ICT PAS Kawasan Kangar menganjurkan “Pertandingan Fotografi PAS Kawasan Kangar – Fotopas’11” untuk menerangkan kepada rakyat konsep Negara Berkebajikan PAS. Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kangar menjemput mana-mana individu atau kumpulan yang berminat untuk menyertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah :-


Tempat Pertama – RM300.00

Tempat Kedua – RM200.00

Tempat ketiga - RM100.00

Kriteria Foto yang di kehendaki :

Gambar yang di ambil mestilah berkaitan dengan negeri Perlis dalam skop berikut :

· Pimpinan PAS

· Bangunan/Bendera/Markas PAS

· Makanan

· Kebudayaan

· Sukan

· Tempat tumpuan

· Panorama

· Rumah Ibadah

· Natural/Semulajadi

· Kehidupan

· Alam

· Tempat rekreasi

· Dramatic&emotional action

· Landscape

Maklumat lain:

1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak foto yang dikehendaki.

2. Foto peserta akan turut dipaparkan dalam laman Blog PAS Kawasan Kangar di paskangar.blogspot.com dan dibenarkan untuk dikongsi atau digunakan untuk tujuan promosi Negara Berkebajikan di semua jaringan sosial.

3. Foto yang dihantarkan menjadi hakmilik Lujnah Penerangan PAS Kawasan Kangar.

Penghantaran dan Tarikh Tutup :

1. Foto yang telah siap hendaklah dihantar kepada urusetia Fotopas’11 di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kangar sebelum/pada15 November 2011 secara ‘soft-copy’ (dalam bentuk CD),
atau

2. Juga boleh menghantar foto yang telah siap melalui email berikut – fotopas11@yahoo.com dengan tajuk " Fotopas’11" dengan menyertakan maklumat-maklumat berikut :-

a. Nama Peserta

b. No. Kad Pengenalan

c. No. Telefon Bimbit


Penilaian :

1. Penilaian akan dibuat berdasarkan:

a. Pematuhan kepada kriteria yang ditetapkan

b. Mesej gambar.

c. Kualiti gambar.

d. Markah tambahan akan diberi kepada mana-mana gambar yang paling popular di laman facebook ( pas kawasan kangar) melalui komen dan klik ‘Like’ yang paling banyak.

Keputusan:

1. PAS Kawasan Kangar berhak untuk menerima atau menolak mana-mana penyertaan berdasarkan hasil penilaian kriteria yang ditetapkan tanpa sebarang makluman.

2. Pihak urusetia pertandingan akan memilih 10 gambar terbaik dan akan dipamerkan di dalam FB (Pas KawasanKangar) selama 9 hari iaitu bermula 16 November, 2011 HINGGA 24 November, 2011.

3. Keputusan mengenai 3 gambar terbaik akan diumumkan pada 30 November 2011 melalui Blog PAS Kawasan Kangar di paskangar.blogspot.com dan juga email kepada pemenang.

4. Keputusan hakim adalah muktamad.

Pertanyaan:

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila email kepada
fotopas11@yahoo.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau hubungi 019-4299668 (Termizi) / 013-3007428 (Iqbal).


Sekian. Terima kasih.


Saturday, October 8, 2011

Bajet 2012 bersifat 'on-off'

KUALA LUMPUR, 8 Okt: PAS tidak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012 semalam kerana pemberiannya banyak bersifat one-off.


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan akan dapat menampung pemberian one-off tersebut kerana tidak ada jaminan subsidi barang keperluan asas tidak akan dikurangkan tahun hadapan.


Belanjawan ini, katanya sekaligus tidak dapat membantu rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi.


"Banyak perkara yang diumum bersifat one off. Semua itu dapat dicover balik oleh kerajaan kerana kerajaan tidak memberikan jaminan subsidi harga minyak dan keperluan asas yang lain tidak akan dikurangkan pada 2012.


"Rakyat akan berhadapan dengan kos sara hidup dan belanjawan hari ini tidak menyelesaikan masalah seperti yang diwarwarkan iaitu hendak menyelesaikan masalah beban kos sara hidup rakyat," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen selepas pembentangan belanjawan petang semalam.


Antara bayaran secara one-off ialah bantuan kepada bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) seramai 4,300 orang.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berkata, Datuk Seri Najib Razak dilihat ingin "berlawan" dengan Pakatan Rakyat dengan cuba mempamerkan belanjawan yang lebih baik daripada yang dibentangkan Pakatan, Selasa lalu.


"Kerajaan terdesak kerana ingin menunjukkan belanjawannya lebih baik daripada belanjawan Pakatan.


"Nampaknya Najib berpegang pada konsep "perlawanan" dalam pembentangan bajet. Tapi apa yang penting, rakyat dapat apa yang diumumkan," katanya.


Syarikat teksi untung


Selain itu, mengulas mengenai pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, beliau berkata ianya lebih menguntungkan syarikat teksi daripada pemandunya.


"Sepatutnya Najib mengumumkan penghapusan permit syarikat teksi dengan diberikan permit kepada individu," katanya.


Ogos lalu, Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor menganjurkan pertemuan dengan pimpinan Pakatan Rakyat menuntut sepuluh resolusi bagi meningkatkan taraf hidup mereka.


Dalam pertemuan tersebut, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan seorang bekas menteri diberikan sebanyak 100 permit teksi walaupun individu berkenaan telahpun menerima saham dalam syarikat bumiputera.


Keadaan itu memeritkan golongan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi daripada syarikat berkenaan.


Harakahdaily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...