Bunga Api


Monday, September 26, 2011

Video

Sunday, September 25, 2011

BBQ Raya Pemuda Kangar

Tn Hj Jamil Kamis bersama orang muda sedang bermain karom


Kaum ibu juga tidak ketinggalan dalam program BBQ pada malam ini


Antara hadirin yang hadir pada program malam ini di Kg Teluk Jambu,Jalan Nesam,Bintong


Kemuncak..

Ketua Pemuda DUN Bintong Sdr Zulkifli Salleh atau lebih dikenali sebagai Pak Tam yang memakai baju tajaan Herbalife turut hadir bersama dalam BBQ Raya anjuran DPPKK


Karom mainan yang menguji kecekapan jari anda..


Ustaz Nazrul Ikman Nerudin turut bersama pada malam ini dan berjaya layak ke pusingan suku akhir bagi pertandingan karom ini.


Sosej,daging burger bakar dan ikan cencaru adalah menu yang disediakan untuk mereka yang hadir




Wednesday, September 21, 2011

Sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Kangar












Tuesday, September 20, 2011

PRU13: Pembubaran Parlimen Awal Disember 2011

Olih Subky Latif : DIPERCAYAI Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan sebelum Hari Natal 25 Disember akan datang.
Tanda-tanda pilihan raya sudah hampir berdasarkan perlantikan pengurus pilihan raya bagi Parlimen sudah pun dibuat.
Sudah ada pegawai pengurus pilihan raya itu telah menerima perlantikan dari Suruhanjaya Pilihan Raya.
Seorang daripadanya memberitahu saya, dia sudah menerima perlantikan itu.
Dia tidak diberitahu bila pilihan raya itu akan diadakan kerana tarikhnya tidak dinyatakan, tetapi dia menunggu arahan bila latihan persiapan akan diadakan.
Dengan maklumat itu dapat diduga bahawa pilihan raya sudah hampir.
Ia adalah tanda awal selepas jentera pilihan raya BN sudah selesai mengadakan pilihan raya olok-olok dan Perdana Menteri sudah pun menjelajah ke seluruh negara bagi meningkatkan persiapan jentera pilihan raya partinya.
Apa pun ia tidak mungkin diadakan sebelum bulan Disember, pertama disebabkan latihan bagi pegawai pengurus dan lain-lain kaki tangan bagi peti undi belum bermula.

Ia tidak mungkin dibuat sebelum Oktober kerana menjelang Oktober rombongan haji ke Mekah mula berangkat.
Tidak ada kemungkinan pilihan raya itu akan diadakan dalam musim haji kerana Suruhanjaya Pilihan Raya pernah ada pengalaman mengadakannya dalam musim haji dalam tahun 1980an dulu.
Ada calon dari Wanita UMNO Pulau Pinang yang sudah berada di Tanah Suci terpaksa balik kerana bertanding. Ia satu kesalahan bagi ibadat haji bagi jamaah yang sudah berada di Mekah kembali ke tanahair sebelum mengerjakan haji.
Tindakan kerajaan bersetuju mengadakan pilihan raya dalam musim haji itu adalah perampas hak pengundi yang mengerjakan haji dari melakukan tanggungjawab menentukan wakil dan kerajaan yang hendak dipilihnya.
Beribu-ribu jamaah haji telah hilang peluang mengundi dan mereka hanya mengikut perkembangannya dari jauh.
Jamaah yang malang itu adalah pengundi bagi calon PAS dan BN khususnya UMNO. Mereka saja yang menunaikan haji.
Ia tidak menjejaskan pengundi DAP dan lain-lain pengundi BN bukan Islam. Tindakan itu merugi pengundi Islam saja. Jelaslah tindakan itu bersifat merampas hak orang Islam.
Menjelang pilihan raya itu saya pernah menulis rencana menyeru umat Islam yang bercadang untuk menunaikan haji tahun itu membatalkan hasratnya ke Mekah kerana mengundi itu lebih aula. Ia hanya berlaku empat atau lima tahun sekali dan rakyat wajib mengutamakan pengundi kerana ia menentukan kerajaan yang hendak ditegakkan. Adapun haji ada setiap tahun.
Mursyidul Am PAS sekarang, ketika itu belum menjadi Menteri Besar Kelantan telah menyokong saranan rencana saya itu.
UMNO tidak dapat memberi jawapan atas kecaman pembangkang atas kejadian itu.
Dipercayai UMNO yang membelenggu SPR tidak mahu kejadian itu berulang.
Jamaah haji hanya selsai pulang menjelang hujung bulan November. Maka selepas itu barulah pillihan raya itu akan diadakan.
Apapun ia tidak mungkin adakan hujung bulan itu kerana ia sedang dalam musim peperiksaan. Beberapa peperiksaan sekolah menengah belum selesai. Pillihan raya tidak mungkin diadakan sebelum selesai peperiksaan kerana ia melibatkan guru-guru sebagai pengendali hari mengundi dan sekolah sebagai tempat tempat mengundi.
Masalah yang besar dalam bulan Disember selalunya ia adalah musim hujan di pantai timur. Ia boleh menyukarkan jika musim hujan itu diikuti oleh banjir.
Tetapi banjir sekarang tidak lagi semestinya hujung tahun saja dan tidak saja di pantai timur. Ia boleh berlaku di mana-mana saja dan bila-bila masa.
Bagi hujung tahun ini tiada lagi masa yang lebih baik selain dari bulan Disember, dan ia mestilah sebelum hari Krismas.
Jika tidak diadakan waktu itu, maka ia terpaksa memikirkan tahun 2012 pula. - Hrkh

Monday, September 12, 2011

Serangan Israel membunuh seorang pejuang, mencederakan seorang bapa dan dua kanak-kanak di Gaza

Isnin, 12/09/2011 - Seorang pejuang dari Briged Salahuddin telah terbunuh dan dua kanak-kanak dan bapa mereka cedera dalam serangan udara di kawasan Kissufim di timur Khan Younis pada petang Selasa.


Satu sumber perubatan memberitahu bahawa para mangsa dibawa ke hospital Naser di Khan Younis. Briged Salahuddin, sayap bersenjata jawatankuasa pejuang berkata bahawa Khaled Samhoud, salah seorang komander kanannya telah dibunuh dalam serangan ke atas kumpulan pejuang di timur Khan Younis.


sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati

Tuesday, September 6, 2011

Pejuang Kemerdekaan dan Isu Mat Indera - Pandangan Riduan Mohamad Nor


Monday, September 5, 2011

Peluru tentera AU bunuh jurukamera BernamaTV

Tembakan yang membunuh jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor dan mencederakan jurukamera TV3 dilepaskan oleh tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU), lapor media Barat dan Afrika.

somalia soldiers on truck 1"Fakta sekarang agak kabur, saya bercakap secara peribadi dengan presiden Somalia mengenai kejadian itu dan saya secara ikhlas memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan.

"Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana askar yang didapati bertindak melulu, " lapor New York Times yang memetik komander tentera pengaman AU Mejar Jeneral Fred Mugisha.

Maklumat ini bagaimanapun belum disampaikan dalam kenyataan kepada kerajaan Malaysia yang masih berusaha menentukan punca serangan dan dalang di sebalik kejadian Jumaat lalu itu.

noramfaizul mohd norPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menghubungi kerajaan Somalia mengenai isu itu dan dijanjikan laporan penuh oleh Presiden Somalia Sheikh Sharif Sheikh Ahmed sebaik sisatan selesai.

Pembangkang, keluarga allahyarham dan anggota NGO sebelum ini mengecam penganjur misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia.

Ini kerana mereka didakwa gagal memberi perlindungan dan latihan mencukupi kepada kumpulan wartawan yang dibawa ke Somalia bagi membuat liputan.

Wartawan terlibat memaklumkan mereka tidak dibekalkan jaket kalis peluru, mahupun diberi latihan khusus tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi bahaya di zon pertempuran.

najib bernamatv cameraman 040911Najib pula pada sidang akhbarnya semalam berkata, kini bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV itu.

"Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan).

"Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tetapi tiada jaminan sepenuhnya (mengenai keselamatan) sebaik anda berada di kawasan konflik," katanya.

Malaysiakini

PAS S'gor: Tulis semula sejarah merdeka

Pemuda PAS Selangor berkata, pihaknya amat bersetuju sekiranya sejarah kemerdekaan negara ini dikaji semula dan ditulis semula "secara berilmiah dan beradab".


Ketua dewan itu Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, ini kerana masyarakat seolah-olah melihat sejarah kemerdekaan seperti sejarah Umno semata-mata, tanpa membabitkan tokoh lain.


"Dewan Pemuda PAS negeri Selangor mengganggap sejarah kemerdekaan Malaysia masih ada banyak kelompongan fakta yang perlu ditambah dan diperbaiki, terutamanya yang membabitkan perjuangan tokoh-tokoh agamawan yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat melawan penjajah," katanya.


Menurutnya lagi, pejuang kemerdekaan yang didakwa dinafikan hak dinobat sebagai tokoh kemerdekaan antaranya beberapa ulama seperti Tok Janggut di Kelantan, Abdul Rahman Limbong (Terengganu), Mat Kilau dan Dato' Bahaman (Pahang), Abu Baqar Basyir dan Dr Burhanuddin Al Helmi.

Malaysiakini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...