Bunga Api


Wednesday, August 10, 2011

Kerajaan Negeri Kelantan Merancang Bina Lebuh Raya 63 Kilometer Dari Kota Bharu Ke Kuala Krai

KOTA BHARU 10 Ogos - Kerajaan Negeri Kelantan merancang membina lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer antara Kota Bharu ke Kuala Krai yang bakal menyaksikan penduduk negeri ini membayar tol buat pertama kali selepas lebih 20 tahun pemerintahan PAS di sini. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (foto) berkata, pembinaan lebuh raya itu dijangka menelan belanja RM1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah. Husam mendakwa, permohonan mereka sebelum ini untuk pembangunannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) tidak mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan, justeru kerajaan negeri mengambil keputusan membangunkannya sendiri sebagai jalan negeri secara penswastaan. "Kerajaan negeri mengambil keputusan memulakan sendiri pembangunan lebuh raya ini tanpa menunggu lagi Kerajaan Persekutuan kerana mungkin Kerajaan Persekutuan tidak melihatnya sebagai keutamaan mereka. "Tujuan kita ambil inisiatif ini untuk membantu anak Kelantan terutama yang pulang berhari raya mengelak kesesakan yang teruk, kalau ada jalan terus dari Kuala Krai ke Kota Bharu, kita jangka masa perjalanan hanya akan mengambil masa antara 30 hingga 40 minit sahaja. "Memang ada pihak swasta yang sudah datang sebelum ini dan membuat beberapa cadangan tetapi kita perlu melalui beberapa proses dan penilaian terlebih dahulu," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.


[Pengumuman yang pastinya mengejutkan ramai pihak sebenarnya. Jika projek ini menjadi realiti maka ia merupakan satu tamparan hebat buat kerajaan pusat. Tambahan pula, rakyat melihat kerajaan pusat seolah-olah mendera rakyat Kelantan apabila hanya membina Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) hingga ke sempadan negeri itu sahaja. Sebaliknya rakyat Kelantan terpaksa melalui jalan biasa untuk ke ibu negeri Kota Bahru. Malah, jika cadangan ini dilaksanakan kelak maka sudah pasti juga UMNO BN akan semakin sukar untuk merampas semula negeri Kelantan daripada pentadbiran ulamak PAS. Terkadang, bila sesuatu tindakan itu dilihat keterlaluan akhirnya rakyat semakin membenci dan mereka pasti akan merealisikannya dalam pilihanraya umum ke-13 ini pastinya. Fikirkanlah]

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...