Bunga Api


Sunday, May 22, 2011

Rumah Al-Taqwa tak dapat bantuan kerajaan pusat

Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

rosmah hilton hotel 221209 sharizatDatuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.

"Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu malam semalam.

Sehingga awal pagi ini, semua 25 mangsa yang tertimbus berjaya dicari dan dikeluarkan. Mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat pada kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.30 petang semalam itu.

Shahrizat berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...