Bunga Api


Monday, April 25, 2011

YDP Kangar juga kekal, TYDP baru


KANGAR - PAS Kawasan Kangar mencatatkan satu sejarah tersendiri apabila tiada pertandingan diadakan bagi pemilihan jawatan utama parti pada tahun ini.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 36 yang diadakan 24 April lalu, semua jawatan kecuali Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-kira dimenangi tanpa bertanding.

Dalam mesyuarat agung yang diadakan di Dewan Dato' Dr Haron Din, Kompleks PAS Perlis di sini, Hairy Hashim kekal selaku Yang Dipertua PAS Kawasan.

Beliau akan berganding dengan Ustaz Ya'akub Abu Seman selaku Timbalan Yang Dipertua dan Abdul Zakaria selaku Naib Yang Dipertua.

Sementara itu, bagi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pula, jawatan tersebut turut tidak dipertandingkan memandangkan jumlah pencalonan yang ada sudah mencukupi untuk mengisi kuota yang diperuntukkan oleh perlembagaan parti.

Manakala Jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan Pemeriksa Kira-kira pula, para perwakilan secara sebualat suara menerima semua cadangan yang dibuat semasa mesyuarat agung dijalankan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...