Bunga Api


Saturday, April 16, 2011

Laporan langsung PRN Sarawak 2011 6.35pm


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata DAP hampir pasti mempertahankan Meradong dan mungkin merampas Repok dari SUPP tetapi tewas di Bukit Raja yang kali pertama ditandinginya, lapor MalaysiaKini.
6.20 pm: KEADILAN terus mendahului di DUN Tasik Biru, Demak Laut, Batu Lintang, Tarat, Tebenu, Kedup, Layar, Meluan, Dalat, Tamin, Kakus dan Jepak, lapor Merdeka Review.
DAP pula mendahului di Meradong dan Bukit Assek tetapi ketinggalan di Dudong dan Bawang Assan. Bagaimanapun, PAS kalah kelima-lima kawasan yang ditandinginya
6.05 pm : Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, orang ramai boleh mengetahui jumlah terkini undi dengan turut serta mengikuti pengiraan undi di Pusat Media KEADILAN, Jln Satok, Kuching Sarawak.
Ibu Pejabat KEADILAN juga akan membuka pusat penjumlahan undi mulai jam 7 malam, kata Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah.
6.00 pm: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian secara tidak rasmi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri N 70 Ba’kelalan dengan majoriti 541 undi walaupun satu lagi kotak undi dari Kampong Lellang yang hanya mengandungi 100 pengundi, belum dikira.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dalam Twitternya menyatakan: “Insyaallah Keadilan menang satu lagi kerusi di Ba’kelalan”.
5.32pm: Pengurus Kempen KEADILAN di Ba’kelalan, Paul Bian menyatakan, laporan tidak rasmi menunjukkan abangnya Baru Bian mendahului dengan 540 undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira, lapor MalaysiaKini
Beliau yakin abangnya menang kerusi DUN berkenaan.
5.19 petang – KEADILAN mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan salinan borang 14 kepada ejen pengundian, iaitu borang yang mengesahkan jumlah undi rasmi yang telah dikira di setiap saluran undi, kata Timbalan Presiden, Mohamad Azmin Ali.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...