Bunga Api


Wednesday, June 23, 2010

Program Hi Tea bersama masyarakat Tiong Hua Kaki Bukit

Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perlis (DHPP) telah mengorak langkah menjadi penghubung PAS dengan non-muslim terutama masyarakat Tiong Hua di negeri Perlis, terbaru mereka mengadakan Program Hi-Tea pimpinan PAS Perlis bersama dengan masyarakat Tiong Hua di Kaki Bukit, Perlis.

Program diadakan bagi mendengar luahan masyarakat Tiong Hua berkenaan dengan status tanah TOL (Temporary Occupation License) yang mereka duduki selama hampir 80 tahun di sekitar kawasan Kaki Bukit dan juga untuk menjalinkan hubungan dengan msyarakat Tiong Hua disitu.

Program tersebut di hadiri oleh beberapa orang pimpinan PAS Negeri Perlis iaitu Mohd Iqbal-Ketua Penerangan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Yaakob Abu Seman-Ketua Pemuda PAS Perlis, Sdr Hairy Hasyim-Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Perlis dan YB Rusele Eizan-ADUN Simpang Empat. Turut hadir bersama adalah Sdr Kor Chu Liang-Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat dan Cikgu Khoo Yang Chong-Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perlis.

Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar apabila lebih kurang 100 orang penduduk hadir.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Cikgu Khoo, kemudiannya saudara Hairy Hasyim. Beliau menyatakan bahawa PAS bersedia pada bila-bila masa untuk turun memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan termasuk masyarakat Tiong Hua. Selain itu, (PAS) mengharapkan masyarakat Tiong Hua di Kaki Bukit akan memilih PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.

Kemudian ucapan di teruskan dengan saudara Mohd Iqbal. Saudara Mohd Iqbal menyatakan bahawa peranan PAS yang menjadi duta penyelamat dan kasih sayang bukan hanya kepada masyarakat Melayu, tetapi juga kepada semua bangsa dan agama. Kata beliau, misi kebajikan PAS adalah untuk semua.

Seterusnya, Ucapan daripada Ustaz Yaakob Abu Seman. Beliau menjelaskan bahawa UMNO, MCA dan MIC menjadi hantu kerana menakut-nakutkan rakyat dengan pemahaman politik perkauman sempit. Selain itu, beliau membawa contoh kejayaan PAS dalam mentadbir kerajaan Kelantan selama hampir 20 tahun. Kerajaan Kelantan mentadbir dengan penuh amanah dan tanggungjawab dengan membuka ruang seluas-luasnya untuk setiap agama dan bangsa mengamalkan ajaran agama dan budaya masing-masing.

Seterusnya, YB Rusele Eizan menyampaikan ucapan. Beliau menyatakan bahawa semua agama yang ada dalam dunia ini mengajak penganutnya untuk berbuat baik. Tidak ada satu pun agama yang mengajak penganutnya bersikap zalim dan menindas orang lain. PAS sebagai parti yang mempunyai prinsip dan dasar yang berorientasikan agama iaitu agama Islam komited untuk terus memperjuangkan keadilan dan membanteras kezaliman kerana ianya adalah suruhan agama.

Ucapan YB Rusele Eizan di cemari oleh gangguan dari pihak polis yang meminta supaya program tersebut di berhentikan segera. Setelah perbincangan di adakan diantara pimpinan PAS dan DHPP, mereka akur dengan arahan yang di berikan dan program tersebut dihentikan serta merta tanpa sempat diadakan sesi dialog dengan hadirin yang datang.

Wakil penduduk menyatakan rasa kecewa kerana tidak dapat menceritakan masalah yang mereka hadapi.

Cikgu Khoo menyampaikan ucapan alu - aluan
Sdr Hairy Hasyim menyampaikan ucapan
Sdr Iqbal menyampaikan ucapan
Ust Ya'akub menyampaikan ucapan
Hadirin yang hadir
YB Rus'sele Eizan menyampaikan ucapan
Polis datang menghalang
Penduduk yang hadir

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...