Bunga Api


Thursday, February 25, 2010

PAS Perlis : Ust Abd Rashid bukan lagi Ketua Dewan Ulama - sumber peghelihla


KANGAR - PAS Perlis menafikan pembabitan Mantan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Abd Rashid Abd Rahman dalam jawatankuasa parti itu sepertimana yang dilaporkan dalam Berita Harian hari ini.

Laporan tersebut dimuatkan pada seksyen Nasional Berita Harian hari ini, dengan tajuk "Hakim nasihat Ketua Dewan Ulama PAS Perlis : Selesaikan kes tuntutan hak jaga tiga anak secara sulh".

Menurut Pengarah Perhubungan Awam PAS Perlis, Hairy Hashim, laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat memandangkan Ustaz Abd Rashid sudah tidak lagi memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Ulam PAS Perlis.

"Ustaz Abd Rahid telah mengemukakan surat perletakan jawatan beliau pada bulan Julai lalu. Badan Perhubungan PAS Perlis yang bermesyuarat pada 21 Julai memutuskan bahawa permohonan beliau ditangguhkan sehingga ke mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Perlis berikutnya.

"Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Perlis yang diadakan pada bulan Disember lalu telah dimaklumkan bahawa perletakan jawatan beliau telah dipersetujui.

"Jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis kini dipangku oleh Naib Ketua, Ustaz Salleh Adam," jelasnya.

Untuk itu, PAS Perlis meminta pihak yang terbabit membuat pembetulan yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang fitnah dan kekeliruan.
Baca juga disini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...