Bunga Api
Sunday, January 31, 2010
PROGRAM DEWAN PEMUDA PAS KANGAR: JELAJAH UKHUWAH JABATAN AMAL KE BALIK PULAU.
Program jelajah ini telah dianjurkan oleh DPP Kangar ke arah memantapkan Jab. Amal Kaw. Kangar.Pelbagai ilmu yang berjaya di ambil daripada Balik Pulau untuk membina Jab.Amal di Kangar.Kejayaan mereka menjadi contoh dan tauladan kepada Kangar.
Baru tiba ditempat pertemuan di PASTI Sungai Burung.
Jab.Amal Kangar disambut oleh Jabatan Amal Kaw. Balik Pulau.
Amal yang paling awal sekali kami laksanakan setelah tiba disana.
Syukran diucapkan kepada Jab. Amal Balik Pulau di atas jamuan yang disediakan.
En.Norazman Ahmad(Pengarah Jab.Amal Pulau Pinang /Ketua DPP Bukit Mertajam) membentangkan secara keseluruhan berkenaan visi,misi dan aktiviti jab.amal.
Semoga Jab. Amal Kangar dapat beramal dengan segala curahan ilmu yang telah disampaikan.
Jab. Amal Kangar yang sedang kusyuk mendengar pembentangan.
Sesi soal jawab diadakan selepas pembentangan.
Bergambar kenangan sebelum berlepas pulang.
Semoga tautan ukhuwah antara Jab. Amal Balik Pulau dan Kangar terus berkekalan.Takbir!!
Posted by PAS Kawasan Kangar at 9:13 AM 0 comments
Friday, January 29, 2010
KULIAH KITAB FIQH DAULAH BERSAMA TUAN GURU DATO' DR HARON DIN
Posted by PAS Kawasan Kangar at 10:36 AM 0 comments
SEKITAR LAWATAN PRESIDEN PAS KE PERLIS - Ihsan dari blog Peghelihla
Tuan Guru membentangkan kertas kerja di Konvensyen Tarbiyah
Berdialog bersama pimpinan PAS Perlis
Ceramah Pakatan Rakyat di Tapak Kompleks PAS Perlis
Tuan Guru Presiden PAS menyampaikan amanatnya
Posted by PAS Kawasan Kangar at 10:33 AM 0 comments
Sunday, January 24, 2010
KONVENSYEN TARBIYAH PAS PERLIS BERSAMA TUAN GURU PRESIDEN
PESERTA KONVENSYEN :
1. Ahli Badan Perhubungan PAS Perlis.
2. AJK PAS Kawasan Pdg Besar,Arau & Kangar.
3. AJK Dewan Ulama',Pemuda &Muslimat PAS Negeri.
4. AJK Urusan Ulama', Dewan Pemuda & Muslimat PAS Kawasan Pdg Besar, Arau
& Kangar.
5. AJK dan Ahli PAS Cawangan Seluruh Perlis.
Semua dijemput hadir..ALLAHUAKBAR!!
Posted by PAS Kawasan Kangar at 12:26 PM 0 comments
Wednesday, January 20, 2010
GAMBAR CERAMAH UST NASRUDIN TANTAWI( KETUA DPP PUSAT) DI KANGAR
Saudara Falah mempengerusikan majlis
Dari kiri Ust Ya'akob( Ketua DPP Perlis),Cikgu Shukri( Setiausaha Perhubungan PAS Perlis),YB Ust Hashim Jasin(Pesuruhjaya PAS Perlis),Ust Nasrudin Hassan ( Ketua DPP Pusat) dan Ust Ahmad Yahya ( Ketua DPP Kedah) dan Saf pimpinan PAS Kawasan Kangar & Cawangan Kg Guar Syed Alwi.
Petugas Unit Amal(Amirul) mengutip derma. Semoga Allah merahmati kepada mereka yang memberi sumbangan.
Muslimat yang hadir mendengar ceramah
Sdr. Bashir Ishak( Naib Ketua DPP Perlis) dan Ust NasrudinTantawi serius berbincang bagi memastikan semua pemuda jadi geng kita sambil diperhatikan YB Ust Hashim Jasin.
Posted by PAS Kawasan Kangar at 1:10 PM 0 comments
Sunday, January 17, 2010
Wednesday, January 13, 2010
Siri Kuliah Fiqh Daulah Dr. Haron Din
Sila klik gambar untuk terus ke laman video Kuliah Fiqh Daulah.
Ikuti video Kuliah Kitab Fiqh Daulah oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din Al-Hafiz Siri 1 (Muqaddimah) di amaltube.
Kuliah Fiqh Daulah
Tuan Guru Dato' Dr. Hj Haron Din Al-Hafiz
Balai Islam MADI, Perlis
Kitab Fiqh Daulah
Posted by PAS Kawasan Kangar at 1:00 AM 0 comments
Tuesday, January 12, 2010
Tuesday, January 5, 2010
CERAMAH PENJELASAN ISU-ISU MELIBATKAN AGAMA & NASIONAL
Posted by PAS Kawasan Kangar at 9:10 PM 0 comments
MOTIVASI JENTERA PILIHANRAYA PAS KAW. KANGAR
Pengarah JPRPk memberi kata-kata aluan
Peserta kusyuk mendengar motivasi
Pimpinan yang sentiasa bersifat terbuka dan tawadhuk
YB Nasir bersama peserta motivasi.
YB Mohd Nasir Mustafa sedang menyampaikan motivasi
Kesimpulan:
1.Kita mesti bekerja semaksima mungkin bagi memenuhi prasyarat kemenangan Islam.
2.Bekerja dengan penuh sistematik dan sentiasa peka dengan perkembangan masyarakat.
3.Pemuda juga mesti turun bersama golongan - golongan yang telah lalai seperti mat rempit dan sebagainya.
4.Muslimat juga mesti benar-benar menjadi agen penting dalam golongan kaum hawa.
5.Memastikan kita dapat merealisasikan hasrat "Islam Memimpin Perubahan".
Posted by PAS Kawasan Kangar at 8:28 PM 0 comments
Monday, January 4, 2010
Saturday, January 2, 2010
HAKIM AGUSTINE PAUL MENINGGAL DUNIA...
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri S. Augustine Paul yang menjadi perhatian dalam kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun yang lalu meninggal dunia hari ini pada jam 3.15 petang tadi di Hospital Selayang pada usia 64 tahun.Punca kematian tidak diketahui tetapi mendiang telah terlantar sakit untuk tempoh yang lama.
Bermakna ramai yang terlibat dalam konspirasi tahun 1998 itu ditimpa pelbagai misteri dan bala serta musibah. Masih ingat lagi apa yang berlaku kepada Tan Sri Mohtar Abdullah, Dr. Qistina, Azizan (bekas pemandu Anwar) dan Datuk Aziz Shamsudin. Masihkah lagi ada yang beranggapan semua ini secara kebetulan? Tak relevan?
Ingatlah mereka yang kini merancang konspirasi kedua dalam kes liwat terhadap Anwar tentang doa orang yang dizalimi. Wallahualam.
sumber:kedahlanie
Posted by PAS Kawasan Kangar at 6:54 PM 0 comments
Turunkan BN untuk elak Barang Naik
15 Muharram 1431
Hadiah paling istemewa kepada seluruh rakyat Malaysia pada hari ini tidak lain ialah dengan kenaikan harga runcit gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam tadi.
Alasan yang diberikan seperti yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ialah berikutan kenaikan harga gula mentah dunia. Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari kelmarin namun isu ini telah hangat diperkatakan dan keputsannya telah diketahui oleh banyak pihak sebelum ini.
Memang benarlah kata banyak pihak bahawa slogan "rakyat didahulukan, prestasi diutamakan" adalah suatu realiti yang memang berlaku dan sekali ini rakyat sekali lagi didahulukan untuk tahun 2010 dengan terpaksa menaggung kenaikan harga barangan perlu tersebut.
Selain itu benarkan slogan BN adalah menefistasi dari Barang Naik yang akan ditanggung oleh rakyat selagi mana BN memerintah Malaysia.
Hampir tidak ada rakyat Malaysia yang tidak terlibat dengan gula, walaupun dia mengidap diabetis namun pengambilan gula cuma dikurangkan pengunaannya namun dia masih memerlukan gula.
Kerana itu kenaikan harga gula saya andaikan hadiah yang tidak semanis barangan itu untuk tahun 2010 kepada semua rakyat Malaysia. Tambahan pula kenaikan harga gula akan memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain yang beraskan kepada gula pada masa akan datang.
Oleh itu bagi sesiapapun rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kemakmuran ekonomi rakyat yang patut terbela, mestilah memberikan peluang kepada Pakatan
Rakyat untuk menduduki Putra Jaya bagi menggantikan peranan BN yang sekian lama telah mengkhianati amanah dan mandat rakyat.
Sesungguhnya untuk mengelakkan harga barang naik, BN mestilah diturunkan secepat mungkin.
dicatat oleh drs. khalil idham lim
Posted by PAS Kawasan Kangar at 6:25 PM 0 comments
Friday, January 1, 2010
Sedutan Rakaman Ceramah Politik 30/12/09
YB PKR Ahmad Kassim MP Kuala Kedah
Lihat lagi video...
YB PAS Dato' Hj Mahfuz Omar1
YB PAS Dato' Hj Mahfuz Omar2
YB PAS Dato' Hj Mahfuz Omar3
YB PAS Dato' Hj Mahfuz Omar4
YB PAS Dato' Hj Mahfuz Omar5
Posted by PAS Kawasan Kangar at 4:30 AM 0 comments